Server Transfer , domain name owner’s detail detection

detect owner 

Salam sejahtera dan selamat tahun baru saya ucapkan. =)

Pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada semua pembaca setia blog saya ini kerana sejak beberapa hari lepas server provider laman ini memindahkan data dari singapore ke malaysia. Saya sudah lama juga ingin menulis di blog ini tapi tak kesampaian. Kerana terlalu kerap bermasalah, saya sudah pindahkan server saya terus ke pengkalan data hosting terbaik di malaysia iaitu Datakl.com. Saya sudah melakukan survey ke semua hosting provider di Malaysia dengan mengambil faktor kelajuan, ruang, bandwidth dan support service. datakl menepati citarasa saya kerana mempunyai server paling laju pernah saya cuba. Cuba Start> Run> type ping datakl.com > lihat data kelajuan server tersebut dalam ms(milisecond). Saya bermasalah untuk contact server provider lama sebab diorang tak bekalkan informasi untuk contact masa server down beberapa hari. Akhirnya saya baru teringat yang kita boleh check detail profile owner suatu domain name dengan melawat laman web www.whois.net

cuma taipkan nama domain dan anda dapat lihat semua maklumat mengenai owner termasuk nama,alamat,nombor telefon dan maklumat website. Haha.. Mereka tak boleh lari dari saya.. Akhir sekali dapat juga saya contact mereka. Lepas saya contact dan push mereka, baru web ni boleh up balik. Tapi lepas tu saya cepat-cepat backup wordpress saya ke server datakl. Untuk pengetahuan, perkhidmatan whois adalah percuma. Anda boleh lihat semua maklumat owner domain kecuali yang ada membeli private domain service yang boleh mengelak dari orang melihat maklumat peribadi mereka. Tapi sayangnya tak ramai yang tahu mengenai perkhidmatan tersebut dan ramai juga yang menganggapnya tak penting termasuk saya.=) Bagi saya, tak perlulah nak menyorok kan? Tapi jika ia mengenai isu keselamatan,maka anda bolehlah beli servis tersebut. Mungkin satu hari nanti saya pun nak menyorok..hehe..jadi sesiapa yang nak tahu server atau domain name owner punya detail, bolehlah ke laman web tersebut.

3 thoughts on “Server Transfer , domain name owner’s detail detection

  1. salam shufi,

    saya dah tau jugak akan hal nie, so demi keselamatan saya beli domain saya melalui ecommercemastery selain domain murah, mereka ada ‘FREE Who Is Privacy Protection For LIFE.

  2. boleh buat balik tak link download untuk ebook Panduan Ringkas penggunaan Maybank2u dan Cimbclicks pdf tu..ada yg nak download tak dapt…

  3. hmm..bagus juga kalau bleh dapat privacy protection for life yer. saya memang bercadang nak tukar domain provider. nantila dulu..hu2.. saya dah upload balik file tu. terima kasih ingatkan saya.. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *