Sharing something about life and success

 

Salam semua,

Saya ingin kongsikan sedikit mengenai kehidupan seorang insan yang ingin berjaya dalam apa jua bidang.

Dalam menjalani kehidupan, kita mestilah tahu hala tuju kita, tahu tanggungjawab kita dan tahu bagaimana mengatasi masalah. Tersebut adalah perkara yang terpenting dalam hidup kita jika ingin berjaya dalam apa jua yang kita lakukan.

Pertama sekali kita mestilah mengetahui hala tuju,bermaksud kita mesti mempunyai cita-cita dan berusaha ke arahnya. Dalam mengejar cita-cita, kita perlu tahu apakah asam garam kehidupan. Sebenarnya tiada apa yang perlu kita takutkan atau risaukan dalam hidup kita. Semakin kita berasa takut dan risau, semakin kita jauh dari kejayaan. Berani dan yakin dalam bertindak. lakukan sahaja apa yang anda perlu lakukan untuk berjaya. Jangan hiraukan apa orang nak kata. Selagi kita tak menyusahkan atau mengganggu orang lain, tak perlu risau atau takut. Hidup kita adalah milik kita. Jangan biarkan orang lain menguasai fikiran kita. Berani! Yakin! Jadilah insan yang lebih  matang! Anda pasti akan mampu mengorak langkah dan bertindak!

Dalam hidup kita, tanggungjawab adalah satu perkara yang wajib dilaksanakan. Bagi umat islam, paling penting kita tahu tanggungjawab kita hidup di dunia ini kerana apa. Saya menyeru kepada semua, janganlah terlalu mengejar kebendaan atau kesenangan yang kelak akan memakan diri kita jika kita tiada asas yang kukuh mengenai tujuan kita sebenarnya dilahirkan di muka bumi ini. Segala yang kita usahakan sepanjang hayat ini adalah sebagai kemudahan kita untuk hidup dan beribadat kepadaNya! Kejayaan yang sebenar adalah di akhirat kelak. Di mana kita akan hidup lebih lama di sana. Ramai antara kita terutama golongan muda masih x sedar mengenai hakikat ini! Masih lagi dibuai mimpi dan keseronokan hidup di dunia. Masih menganggap dunia adalah segala-galanya! Percayalah, akan tiba satu saat, anda pasti akan sedar tentang hakikat ini. cuma masa yang menentukan. Jika anda seorang yang lembut hati dan berfikiran positif, pasti anda dapat menerima ini dan melakukan sesuatu terhadapnya.

kehidupan

Dalam hidup saya sendiri sebagai seorang yang baru memasuki alam dewasa, masih melihat ramai yang mengejar kehidupan di dunia. Bukan hendak menunjukkan yang diri ini lebih baik. Saya pun apa kurangnya. bukanlah seorang insan yang sempurna dan pernah melakukan kesilapan akibat pemikiran yang masih tidak matang dan tidak sedar hakikat sebenar hidup kita. Oleh itu, bersyukurlah dan hargailah apa yang ada. jika seorang isteri ditakdirkan mengahwini lelaki yang kurang baik, tidak kaya ataupun tidak menyenangkan, redhalah dan jalankan sahaja tanggungjawab anda sebagai isteri. Semua itu dugaan dan pasti akan terbalas di akhirat. Jika dugaan anda lebih besar, ganjarannya pasti lebih manis. Ingatlah bahawa syurga mempunyai banyak peringkat. Tak mustahil anda akan mendapat syurga teratas jika anda mampu melalui dugaan yang lebih hebat dari orang lain. Tuhan maha adil. Setiap kekejaman atau kejahatan terhadap orang lain pasti akan terbalas dengan keburukan. Setiap kebaikan pasti akan mendapat ganjaran yang sangat baik. Pilihlah mana satu yang anda mahukan.

Dunia ini hanya tempat menyediakan bekalan untuk ke akhirat. Oleh itu, sekiranya anda kecundang, kehilangan sesuatu, putus cinta ataupun berbagai lagi masalah, janganlah sesekali berasa anda sudah gagal! Thats no no! Semua itu adalah dugaan dan cabaran untuk kita teruskan kehidupan yang lebih baik dan matang! jika kita berjaya menempuhnya dengan baik, ganjarannya adalah di akhirat sana! Misalnya jika anda putus cinta dengan orang yang anda sayang seikhlasnya, seharusnya kita tidak melatah dan tenang menghadapi cabaran. Walaupun perit tapi jika kita boleh menghadapinya, kita adalah orang yang paling berjaya! Ya, walaupun anda tidak dapat memilikinya di dunia, jika kasih sayang anda ikhlas sepanjang hayat untuk si dia, anda boleh memilikinya di akhirat kelak. Redhalah dengan ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan oleh tuhan. Sama juga jika anda jatuh dalam perniagaan, jangan sesekali berasa gagal! Bangun! Jika x mampu bangun, merangkaklah! ke arah hala tuju anda! dengan berbekalkan semangat dan motivasi mengenai hakikat sebenar anda hidup di dunia. Perbaiki segala kesilapan, cuba dan terus mencuba! Jika kita mengalah selepas terjatuh, bermaksud kita akan terus terjatuh dan lebih memeritkan diri kita! Jangan biarkan diri kita di takuk yang menyakitkan! Teruskan hidup yang lebih baik.

Insyaallah jika kita berpegang kepada tiga faktor utama ini, kita akan menjadi seorang insan yang lebih sempurna dan berjaya!

Ketahui hala tuju! Jalankan tanggungjawab! Redha hadapi dan selesaikan masalah dengan betul!

Ikhlas dari insan kepada insan. Bersamalah kita mengamalkannya.. =) 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *