Jangan membebel lagi! Bagi la tips pulak! -tips speaker + casing

He2.. agaknye itulah rintihan pembaca setia blog ni eh? apela asyik cerita pasal benda lain je saya sebelum ni. ahaks. Baiklah, pada hari ini saya akan berkongsi mengenai Hardware dalam komputer anda. 2 komponen yang ingin dikongsi adalah alat pembesar suara dan Casing.

1. Alat Pembesar Suara atau Speaker. Alat ini penting jika anda mengunakan komputer untuk kerja-kerja multimedia, bermain permainan komputer (Computer Game), mendegar lagu-lagu ataupun menonton wayang dari cakra-padat CD dan DVD. Fungsi utama adalah untuk mengeluarkan bunyi. Anda boleh menggunakan 2 jenis speaker iaitu Speaker besar ataupun headphone(earphone). Selalunya ramai yang memilih untuk menggunakan speaker subwoofer seperti altec lansing ATP3 yang mempunyai bunyi gempak gitu. Macam disco kalau pasang.

speaker-altec-lansing-atp3.jpg

Saya pun sebenarnya prefer pakai altec lansing sebab kualiti yang tiada tandingan. Kalau beli laptop, compaq atau HP menjadi pilihan kerana mempunyai speaker altec lansing di mana bunyinya lain dari laptop lain. Cubalah uji mana-mana laptop. Anda pasti dapat rasakan bezanya. Bukan nak promote HP la..hu2.. Bagi tips je..

Kalau headphone tu cukupla pakai brand AVF. Tapi pastikan anda mengikat pangkal wayar headphone tu supaya tidak asyik tertarik dan tahan daripada terlepas wayarnya dari headphone yang selalunya menjadi punca kegagalan fungsi headphone.

pc-casing.jpg

2. Peti Komputer atau Computer Case dikenali juga dengan nama casing,  biasanya diperbuat daripada aluminium. Barangan ini biasanya dijual lengkap dengan bekalan kuasa (Power Supply).  Ada juga peti-peti komputer dijual kosong, tanpa bekalan kuasa (power supply) . Ada pelbagai peti komputer di pasaran, dari segi reka bentuknya, ukuran dan warna.  Di dalam peti komputer inilah terdapat barangan-barangan penting  lain saperti: Papan Induk (Mother Board) Chip Ingatan (Memory Chip) atau pun RAM, Kad Grafik (Graphic Card), Kad Bunyi (Sound Card), Modem dan Pengerak, Penyimpan dan Penyalin Maklumat Cakra-Keras (Hard Disk) dan lain-lain lagi.  Satu lagi barangan komponen dalaman yang paling penting terdapat dalam peti komputer ini ialah (Unit Penyelengaraan Pusat  (CPU) tanpa unit ini komputer tidak boleh berfungsi CPU boleh di ibaratkan sebagai Otak kepada komputer.  Peti komputer melindungi barangan dalamnya (internal components) dari kerosakan dan berhabuk.

Untuk memilih casing, anda perlu pastikan yang casing anda boleh memuatkan motherboard anda yang besar. Adalah lebih baik anda memilih casing yang besar agar tiada masalah untuk anda upgrade barang hardware PC anda akan datang dan memberi pengaliran udara yang lebih baik untuk PC anda kekal pada suhu minimum.

power-logic-power-supply.jpg

Selalunya casing didatangkan sekali dengan power supply. Anda perlu sesuaikan power supply anda dengan prestasi komputer. Jika anda banyak memasang hardware dan menggunakan kuasa elektrik yang tinggi, belilah yang mempunyai nilai watt yang lebih tinggi agar cukup sumber kuasa PC anda. Jika tak cukup maka PC anda akan selalu off sendiri. Macam-macam pulak masalah nanti. Beli je power logic punya brand.. lagi elok dan berbaloi.

belkin-surge-protector.jpg

Ha..cakap pasal power supply, hati-hati jika anda terlupa beli surge protector. Saya pernah komputer kene sambar petir..wakaka.. pastu rosak power supply dan motherboard. Oleh itu, saya sarankan, masukkanlah surge protector dalam bajet anda untuk beli PC. Memang penting sangat2.. x mahal pon.. beli brand belkin je dalam RM50 siap lifetime warranty agi..

PEACE… Komputerku, Syurgaku..ahaks!

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *