How to make cheque deposit to maybank?

maybank cheque deposit

Tadi saya baru buat cheque deposit menggunakan cek ambank ke akaun maybank.

Jadi saya nak kongsi lah sikit bagaimana nak buat cheque deposit tersebut.

How to do make cheque deposit to maybank? buat cheque deposit cek ambank ke akaun maybank

Caranya mudah sahaja. Apabila anda dapat cek, tak kira lah cek apa pun dan dari bank mana pun, jika anda ingin cash kan memang tak boleh. Anda perlu masukkan ke akaun bank anda.

Dalam kes ini, kita guna contoh cek ambank deposit ke akaun maybank. Anda hanya perlu ke mesin deposit cek atau cheque deposit machine maybank. Kemudian, buang segala klip yang ada dan tinggalkan hanya sekeping cek untuk dimasukkan ke dalam mesin tersebut.

Pastikan anda tulis nombor akaun maybank anda pada belakang cek beserta dengan nama penuh anda. Pergi ke mesin deposit dan tekan masuk untuk memulakan proses deposit. Masukkan nombor akaun anda dan tekan ok. Kemudian teruskan dengan memastikan nama yang tertera pada skrin adalah nama anda.

Masukkan cek ambank anda dan tunggu sehingga resit keluar. Simpan resit tersebut sehingga anda tahu yang duit anda telah pun dimasukkan dalam tempoh tiga hari bekerja. Boleh periksa melalui perbankan internet maybank2u.com. Kemudian baru lah anda boleh keluarkan duit dari mesin ATM anda.

Semua bank (Ambank, Maybank, Public Bank, CIMB Bank, Bank Islam, dan lain lain bank tempatan) menggunakan cara yang sama untuk deposit cek.

_How to do make cheque deposit to maybank?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *