Cara membeli domain name dan menggunakan shopping cart dengan pembayaran kad debit/kredit

Cara membeli domain name dan menggunakan shopping cart dengan pembayaran kad debit/kredit

Berikut adalah proses standard membeli domain name dan menggunakan shopping cart pada laman web serta melakukan pembayaran menggunakan kad debit atau kredit.

domain1.JPG

1) ^ Pergi ke laman web yang anda ingin beli barang dari shopping cart. Dalam kes ini, laman web domain name provider untuk beli domain name mycuti.info. Harga promosi paling murah iaitu hanya USD0.99 satu domain name .info bersamaan RM3.20 sahaja setahun. Masukkan nama domain yang anda ingin beli dan search. Sekiranya masih “available” boleh teruskan untuk membeli.

domain3.JPG

2)  ^ Daftar butiran diri anda untuk mendapatkan username pelanggan laman web tersebut dan tekan “continue”. Sebelum itu anda akan diminta mengisi butiran domain name server (DNS) anda. Selalunya dalam bentuk NS1.hostinganda.com dan NS2.hostinganda.com. Dapatkan DNS tersebut dari web hosting provider anda.

domain22.JPG

3) ^ Selepas anda pasti untuk membeli domain, tekan “proceed to checkout”. Jika anda masih mahu membeli barangan lain, tekan “Shop for More Products” dan kembali ke “checkout”

domain4.JPG

4) ^ Pastikan barangan anda pada laman checkout betul dan harga perlu dibayar betul. Kemudian tekan “Checkout Now” ^

 

domain5.JPG

5) ^ Anda perlu meletakkan butiran debit kad atau kredit kad anda seperti nama pada kad, nombor kad di depan, tarikh expired dan nombor kod keselamatan 3 digit di belakang kad anda. Pilih pembayaran menggunakan kad kredit atau debit lebih mudah dan cepat. Skrin seperti di atas akan terpapar. Apabila ucapan “Thank you” terpapar, maknanya anda sudah selesai membuat bayaran dan belian. Mudah kan? ^

Untuk makluman, cara di atas adalah basic atau asas untuk melakukan pembelian secara online menggunakan kredit atau debit kad dengan selamat. Sama dengan semua shopping cart di dunia konsepnya.

domain6.JPG

^ Nak tahu domain http://kereta.info yang saya beli bersama http://mycuti.info sudah didaftarkan untuk ke belum, sila ke http://checkdomain.webd.biz dan type kereta dan klik “go”. Anda dapat lihat keputusan di laman itu dengan pantas bahawa domain kereta.info dah jadi “domain taken”. Kalau nak detail lagi, klik “whois” dan anda akan nampak nama anda sudah didaftarkan untuk domain name yang anda beli.

domain7.JPG

^ Kemudian untuk menyelaraskan nama domain anda dengan laman web anda harus menambah “addon domain” pada control panel web hosting anda. Untuk hosting linux, sila ke http://lamanwebanda.com/cpanel (tukar lamanwebanda dengan nama domain sedia ada anda atau ip address web hosting anda). Masukkan butiran username dan password. Klik “addon domain”

domain8.JPG

^ Isikan butiran nama domain yang anda baru daftar tadi dan tekan “add domain” ^

 

domain9.JPG

^ Jeng2.. Siap dah.. type je address anda dan laman web anda akan keluar jika anda sudah upload file “index.html” ke dalam folder web anda tadi dengan menggunakan free ftp manager.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *