Yes! Yes! I am the winner! Haha!

win lelong autobid system

Uhuk2! Hari ni first time saya rasa macam nak gila beli barang kat lelong. Dah 2 hari saya frust x dapat barang yg nak beli. Hari ni saya memang main gila dengan menggunakan fungsi autobid dalam lelong.com.my.

Hah! Dalam 5 minit terakhir kritikal sangat saya bid asyik ade orang autobid. Last2 saya geram, terus letak harga tinggi n x kira apa dah. Tapi akhirnya saya dapat juga dengan harga yang jauh lebih murah.

Dulu saya ada beli PMP ni satu dengan harga RM199 untuk 1 Gig. Baru ni saya berjaya dalam bid untuk PMP 2Gig dengan harga yang lebih murah sedikit. Hohoho.. Tiru gelak geng wangcyber plak.

Sistem autobid dalam auction site seperti lelong.com.my dan ebay.com adalah satu sistem di mana anda membida satu barang yang anda inginkan dengan meletakkan harga maksimum yang anda ingin beli. Kemudian aktiviti bidding akan secara automatik bid untuk anda sekiranya ada orang yang ingin melawan anda sehingga nilai maksimum yang anda letak.

Contohnya seperti kes saya, saya letakkan harga RM180 untuk maksimum autobid. Saya bid dari harga RM160. Sehingga saat akhir saya menang dengan harga RM178.10. Seronok jugak dapat membida secara online. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *