Berlagak sangat ke saya ni? -Tips index file untuk anda

Wow.. ada orang cakap saya belagak ke? haha.. Setakat 4000 visitor/month kat blog saya ni saya ckp nk blagak? What the.. Kalo cakap pasal web paultan yang dah ranking 185 dalam Malaysia or malaysia kini yang dah dapat top 13 dalam malaysia ataupun laman web utusan malaysia yang top18 dari segi traffic tu xpela nak belagak. Ni web KDI yang baru cecah 1600 visitor per day tu cam xde benda je nak banding ngan web2 bsar..

So kat sini saya xnak pembaca blog ni salah faham. Siapa yang nak salah faham, hentikan membaca blog saya. APA YANG SAYA CERITAKAN DI SINI HANYALAH UNTUK BERKONGSI “MY EXCITEMENT”. Bukan untuk belagak ke apa. Dah nama web ni pun “its about me, me and my excited journey”.. Aiyoo.. Amma.. Acha Saptriasa.. =)

Hu2.. Sapa yang x knal saya tu mungkin la selalu cakap saya berlagak. Tapi sape yang kenal saya tu die tau saya ni kuat bergurau n slalu epy..muahaha.. X suke orang keliling sedey.. wink!

Hmm.. Arini, sebabkan saya “belagak” sangat, saya kuar makan ngan family saya belanja dorang makan McD. Anak mana yang x happy tgk orang tua die happy. Mak saya cakap, ni 1st time dalam hidup die dapat makan McDonald.. Uh! Saya x tau pasal tu. Sebab selalu dia makan KFC. Tibe2 rase terharu. Saya memang selalu ada duit lebey blanja family makan macam2. Kalini saja nak bagi dorang rase ayam goreng McD tu. Sebab sedap sangat.

I’m Lovin It! huhu.. Kat sini nak promote ayam goreng McD yang spicy sahaja yer.. Lagi sedap dari ayam KFC. Sebab ayam KFC cepat muak. Ayam McD die punya pedas meresap ke tulang tu.. haha. Saya n kawan2 skang slalu sgt gi mkn McD. Rase2 cam kebulur je.. “Jom McD!” haha!. Ape nak jadila. Baru kurus cikit dah nak stat balik tabiat buruk nih.

Anak sedara saya tu bleh wat prangai lak. Dah janji ngan saya xnak wat perangai kat luar masa makan tadi, sekali die g tumpahkan air coke saya abih basah meja n baju die. Ish2.. Bijak2… Die saya belikan mainan sukela sampai xbleh dok diam. Pastu gi la refill air yang tumpah tu. Pastu sume tgk saya cam tkejut. “sejak bile bleh refill air?” hu2.. Ni pon ramai x tau. Kalo makan kat McD mana2 pon, skang ni dah bleh refill water unlimited. caranya mudah je. “kak, tolong refill eh.. kasi penuh..” sambil buat muka x bersalah. Saya pon xtau dulu. ha2.. Pastu nak wat perangai x senonoh agi, kalao nak amik sauce kat situ, mintak extra penutup cawan air coke tu. Pastu tekan je tempat isi sos tu sekuat hati dan banyak kali atas penutup yang besar tu. Lebih cepat dan nampak lebih tamak. kui2.. Jangan bg tau manager McD tau. Nanti xbleh wat tabiat effisien tu agi. haha

Ok dalam membebel ni, saya kasi satu tips lagi sebagai hadiah kepada anda membaca bebelan saya. Untuk buat laman web, contohnya dalam wordpress untuk customer xdapat tgk dulu sbelum siap, bleh ubah filename “index.php” kepada nama lain seperti “indexx.php” supaya bila orang taip domain name websaya.com ke apa dorang x jumpe laman web tu. Tapi jangan lupa gantikan dengan temporary page supaya nampak lebih professional.

Cara nak buat temporary page, pakai dreamweaver je senang. Tulis la “maaf, laman web dalam pembinaan” ke apa ke.. pastu save dengan nama “index.htm” . pastu transfer ke server atau webhosting anda under www folder.

Nanti bila try bukak websaya.com kuar la file index.htm tu.. Tapi dalam masa yang sama boleh akses web yang anda sedang buat tu dengan url camni “websaya.com/indexx.php” . Tapi ada prob lain pastu. Anda mungkin x nampak post anda. Jadi untuk nampakkan balik, tukar jela balik indexx.php jadi index.php dan buang file index.htm.

Kenapa kena guna index file ye? sebab semua server atau hosting menyasarkan nama file “index” sama ada dot htm/html/php/asp/xhtml etc utk laman utama secara automatik. Tu dah memang standard.

Renung2kan.. dan selamat beramal.. =)

1 thought on “Berlagak sangat ke saya ni? -Tips index file untuk anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *