TRIP MEMANCING PULAU SEMBILAN – P9 2009

Alhamdulillah. Misi memancing di pulau sembilan telah pun selamat dilaksanakan pada 27,28 dan 29 january 2009. Misi memancing yang penuh dengan “sembilan”. Haha. Seramai 8 orang kaki pancing bersama 2 orang lagi tekong memeriahkan pesta memancing pada kali ini.

 Antaranya saya, angah, adi, jiji, Mark, Mamat, Syamsul dan Adik. Dengan menggunakan khidmat bot tekong abang man yang lebih besar dan selesa. Trip kali ini penuh dengan ruang untuk kami bergerak dan berehat. Saya selalu ke “dek atas” di mana boleh casting tanpa gangguan. hu2.

Perjalanan dimulakan pada hari selasa hari raya china pukul 3 petang 27 januari 2009. Buat pertama kali, kaki pancing datang tepat pada waktunya. Memang mengagumkan! =p Selalunya lambat jerk. wakaka. Mungkin kali ni lebih bersemangat nak pergi pulau sembilan. Kereta “MPV” saya telah berjaya menyumbat 4 orang dengan barang2 manakala NGV mamat hanya 3 orang. Tu pun tambah agi sorang bile dah sampai Teluk batik jadi 5 orang. xtaula camne azab orang belakang naik MPV tu. kah2.

Haa.. kat atas ni gambar cara isi minyak bot. Dapat gak tengok camne dorang isi minyak guna paip direct dari jeti masuk tong minyak.

Dalam perjalanan ke sana yang mengambil masa 3 jam sejauh 200km dari Sg Buloh ke Teluk Batik, kami terlihat satu kemalangan yang agak dahsyat melibatkan 5 buah kereta pada waktu hujan. Sepanjang perjalanan tu ktorang risau jugak kalo esoknya hujan macam hari tu.

Gambar: Jentera joran telah siap terpacul di depan bot bersedia untuk berperang. yeeha! Sorang bawak 2 joran tuh. Belagak giler! Last2 sempat layan satu je. kah2.

KLIK SINI UNTUK LIHAT GAMBAR DAN REPORT LENGKAP MEMANCING P9 ’09

Gambar: Jiji buat muka “sengkuang” dengan isyarat peace yang membosankan. ahaks!

Gambar: Taiko mancing P9> Mark n Mamat. Tengah sapu sunblock.

 Pada hari pertama ni, macam biasa, sebabkan excited sangat, perkataan terencat pun dah mula terkeluar. “Weh, jomla kita beli topi ‘sengkuang’ dekat kedai sebelah!” Sengkuang tu sebenarnya jiji nak cakap “mengkuang” Dengan muka selambernye dan confident je cakap die btol. Sib baik pakar menangkap ayat terencat nih dengar. kah2!

Pastu adi plak bleh tersasul agi malam tu masa berteduh di port camping di teluk batik. “Die kalo hujan ikan jadi lebih ‘friendster'” Padahal nak cakap ikan tu ‘friendly’. So pas ni sapa2 nak cakap friendly boleh jugak cakap friendster, sebab sama je maknanya tuh. wakaka! sabar la eh encik adi oi. kui2. So kita kena add lagi ramai orang kat friendster nih. =p

Gambar: Adik yang beperwatakan ganaz tapi power gaks tuh mancing. konon2 tengah bawak kapal ar tuh. Padahal benda tu bukan stereng pon. Anyway, tu idea bodoh beta. haha

Gambar: Syamsul posing kat jeti. Tu dah kapal orang lain tu. Ske2 je ko erk. hu2.

Sesampai di sana pada pukul 630pm kami terus beli topi pancing dengan harga rm12 shj di kedai sebelah topi ‘sengkuang’. Amik ko kan dah malu. kah2. kerek sangat ngan makcik tu. hu2. pastu terus pergi ke teluk batik cari port camping. Nak “parking tepi laut” xde. so kitorang cari lagi port. Tapi sebelum tu kitorang singgah makan dulu kat restoran ikan bakar. Lepas makan, dok kat tepi laut lagi. hujan pulak turun dengan lebatnya sampai kitorang pon decide utk tido kat umah pakcik jiji. Sib baik pakcik jiji tu “friendster”. Xdelah kitorang berhujan malam tu. Sebelum tidur, prepare dengan joran semua. Pagi berikutnya bangun pada pukul 530am dan bersiap.

 Approaching Pulau Sembilan! So excited!

Peralatan persediaan untuk memancing di laut :

Rod pancing 2 batang  dalam range 15 paun yang melentur dengan baik beserta machine dalam range series 3000 ke atas dan besar.

Mata kail yang besar dan mengancam. Kalo bleh long shank. Ada bentuk untuk spesis tertentu. Ni pepandai korang lah nak pilih.

tali perambut dalam 30 paun ke 50 paun je dah cukup.

tali utama dalam 20 paun ke 30 paun. Kalo bleh pakai fluorocarbon atau benang

Spoon yang berkilat silver besar dan lebar.

APOLLO sangatlah penting. So kena bawak saiz 6,8 dan 12. Yang saiz 8 tu kalo bleh bagi banyak lagi tambah sampai 3 set. Jangan menyesal kalo x bawak banyak nanti! Sangat penting!

Batu saiz 6 dah memadai. Bawak dalam 6 ketul batu ladung.

Tangguk kena bawak sebab nak tangguk malam2 dan amik ikan besar di tepi bot.

Playar dan pisau

Torch light yang terang.

Plaster luka tangan

Air 100 plus 2 botol sorang dan air mineral 2 botol cukup untuk sehari.

Topi nelayan untuk buat memancing

Cool box atau polisterine box untuk simpan ikan bawak balik

plastik sampah warna hitam untuk letak ikan dan sampah2 lain serta barang2

makanan kegemaran yang lalu untuk dimakan masa mabuk macam coklat, roti bun cream gardenia 60sen kalo nk bagus bawak banyak dalam 10 ke. Tu je yang lalu nk makan. Pil mabuk brand novomin di farmasi dan Asam untuk elak mabuk. Keropok dan kuaci. Biskut xyah bawak la.. dah bape trip bawak satu tin x penah nak makan. Ade trip tu siap “ter” buang lagi kat laut satu tin tuh. kui2. Ali cafe memang masyuk..

Tu je kot. yang lain2, lu pikir la sendiri! hu2

Gambar : Tempat kitorang mandi-manda terjun maut dari atas kapal. Ni first time saya terjun dari tempat tinggi camtu ke dalam laut. Perh.. nikmat beb! Dari atas atap dek kedua bot tu, selamber je terjun ke laut. Gayat x gayat la masa terjun tu. Baru dapat rasa macam mana perasaan orang terjun nak bunuh diri. Masa die tengah terjun tu mesti ada rasa menyesal. kah2! tapi bile dah masuk air tu, tuhan jela yg tau betapa leganya rasa.. hu2.

Gambar: Abang Man tengah drive bot laju nye menuju ke destinasi. Tengah pakai gear reverse. ahaks!

Pagi bertolak menaiki bot tekong abang man yang luas tu siap dengan toilet lagi belakang tu. So xde masalah nak membuang hajat kat laut. hu2. Bertolak dari darat teluk batik pukul 8 pagi. Masa ke P9 dalam 3 jam lebih. Sampai2 je port memancing, Saya terus melabuhkan apollo! haha. memang best. Tapi Mamat hero kita yang dapat dulu dengan 3 ekor ikan naik x sampai 5 minit pon. Ikan pertama ku selepas tu adalah salmon comel. Tapi malangnya dah dibuat trolling experimen dan terbuang begitu sahaja. kui2. Tekong kali ni rajin ubah port dan cari lubuk pancing yang lagi bagus. Bleh kata geng “ray ban” banyak jugak dapat ikan. Especially ikan jepun masa hari kedua tuh.

Gambar : Angah berjaya menaikkan ikan pertama dalam hidupnya! Die terbakar saya ajak mancing laut. Skang Ayong lak dah terbakar. Tadi die pergi beli machine baru terus untuk join kitorang punye next trip. kui2. Syok bakar orang nih. Nak2 adik bradik sndiri. haha.

Banyak jenis ikan best2 kitorang dapat dalam trip nih. Paling best jiji n Adi dapat ikan GT atau Geropoh besar beb! Jiji punya GT 3 kilogram, adi punya dalam 1.5 kg kot lepas timbang kat darat. Mula2 adi la yang dapat. Pastu si jiji yang baru bangun tido sibuk gak nak main spoon n dapat gak GT lagi besar. Memang kecoh ar satu bot. Lepas tu Adi dapat agi ikan “helang” he2. Bleh kata bro Adi kita “Man of the match” la kali ni. Banyak die dapat. haha.

Gambar: Adi taiko GT and Mark Taiko Landuk!

Hari kedua bertambah meriah selepas subuh, semua berpesta apollo dengan ikan selar, jepun, landuk, uji rashid, cak raya, ntah ape nama pelik2 lagi lah. Malam tu kitorang main tangguk je. Sotong xyah candat dah beb. Pergi tepi bot, tengok sotong lalu, strike dengan tangguk je dah dapat dekat 10 ekor besar2 malam tuh. ada yang buat umpan. Siap todak pon bleh tangguk! Best siot. Saya dapat tangguk ikan terbang. kah2. die terbang2 saya geram sangat amik tangguk, abih la die. kui2.

Gambar: Kerapu Mark seakan tersengih sama ngan Mark. kah2.

Gambar: Den agi best. Dapek kerapu dua ekor sekali. Sekor mak, sekor anak. Dorang ngah cari sarapan tuh. haha. Den memang kaki kerapu la! watcha!

Gambar: Ikan GT atau Geropoh Adi yang Friendster! Dengan spoon shajer.. Cayolah! Our first GT! Besor beb!

Gambar: Ikan telinga gajah yang dah dibuat masak tiga rasa. Sedap ke? Hmm.. Besarnye ai.. Power ar ko Di! yeah! Tapi ade agi satu jenis ikan agi power. Nak tengok? Jap2.

Haa.. ni la die ikan paling power skali. Our Man of the match jugak yang tangkap. Mr Adi the fisherman! haha. Masa mancing tu tibe2 ade sekor helang sambar umpan Adi. Sekali helang tu terkena mata kail tu. Tarik balik, catch n release. Baru ingat nak buat masak 8 rasa. Ape la korang gi lepaskan helang tu. Besar lak tuh. kui2.

Gambar: Wah geng “Ray Ban” sedang bermandi matahari (sun bath=p) dengan bergaya kacamata original Ray Ban! Tu lah rahsia kejayaan dorang. Memancing sambil pakai spec ori. Next trip kena beli ni. Harga xmahal pon. Sebijik Rm1000 jerk.. weee!!! =p

Lihatlah hasilnya!!!

Ni baru 20% dari hasil tangkapan kitorang. Yang lain x sempat amik gambar sebab dah penat. Tengok tu yang besar kat kiri tu ikan landuk Mark sampai 5 ekor besar2 camtuh. Ikan kecik2 kitorang dapat pon besar2 cam yg kat kanan tuh.

Dalam box tu ade agi. Ade agi satu box adi punye. Ade agi satu coleman besar satu pemeluk tu geng ray ban punye. Banyak seyh…! Masa ni ngah siap2 nak siang ikan dulu buang perut n insang bagi x busuk. Thanks to Adi sebab ajar saya siang ikan2 tu. Psycho beb siang ikan pelik2 nih. Last2 dah banyak sangat ikan dah biasa dah. Selambar je koyak ikan todak tu bare hand. Gua dah x psycho agi! yeah! First time siang ikan la katakan.. kah2.

So, overall memang puas hati! Trip yang memenatkan tapi sangat berbaloi. Walaupun ade mabuk sekali malam tu sampai termuntah n mabuk pas 24 jam kat laut, tapi masa memang dimanfaatkan sepenuhnya. Paling best biler dapat 3 ikan sekali kat apollo tu besar2, yang last sekali tu kena sambar ngan ikan Barracuda depan2 mata saya! Ikan sebesar 15cm yg saya dapat tu terbelah dua akibat disambar barracuda masa nak naikkan atas permukaan di tepi bot. Dapat gak tgk ikan besar tu menyambar ikan lain. Memang ganaz! Baik punyer…=p Thanks to all of you guys for creating another nice trip of fishing to the sea! Peace!

8 thoughts on “TRIP MEMANCING PULAU SEMBILAN – P9 2009

  1. chayok2…… sungguh friendster ikan2 di sana…. yeah….. aku rasa kalu umpan sengkuang pun depa rembat gak…. muahahaha

  2. assalamualaikum….kawan, tahniah… cerita yang menarik.
    selain dari P. Sembilang kat mana lagi tempat yang menarik dan banyak terdapat ikan-ikan yang bersaiz bagak….

  3. Wasalam. slain p9, bleh try di laut nenasi. di situ memang banyak ikan besar2. tinggal tahan tak tahan je dengan gelombang laut. memancing di laut china selatan memang mencabar.

  4. ke….la 2… Bagus teruskan usha kamu…yg helang 2kenape lepaskan… kan boleh wat pameran

  5. Lyla, hu2.. tu la pasal.. masa tu sy tidur. Kalo terjaga nak jugak simpan bawak balik bela dalam sangkar.. kui2.. =p

  6. bagilah no pon tekong tu. bolehlah kita org booking nanti. tq krn cerita ni dpt jugak hiburkan aku yg tgh gian nak turun mancing. dah sebulan tak turun. dah gatal tangan. salam

  7. Salam Kepada member pancing,

    Saya dan rakan saya , baru nak ambik minat ngan activity memancing. Kami nak lawat Pulau Pangkor pada 20 Ogos. Sebagai activity ingin nak pancing kat situ. Ada contact dan informasi tentang activity pancing Kat Pulau Pangkor!
    Kami perlukan tekong yang bole tunjok ajar dan kami perlukan sewa joran sekali. Group melawat 4 orang jer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *