HANYA SENANGIN MENJADI SANTAPANKU – KELONG TRIP

sn851296
(Ayong 1st time naik bot gi kelong)
First of all, pengumuman ckit, blog ni akan ditulis menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua hanya aku dan kau mulai hari ini kerana lebih mudah untuk aku meluahkan idea2 aku dalam nih yang juga merupakan public diari ku.. =)
Pada 13 Feb lepas, aku dan geng2 pancing sekali lagi bertandang ke kelong hanya selepas 2 minggu melepaskan gian di Pulau 9. Tujuan utama hanyalah untuk memberi peluang kepada abang2 ku yang dah terbakar dan bersemangat untuk ke laut buat pertama kali memancing di kelong. Peserta kelong kali ini adalah aku, angah, ayong, Naam, Afiq dan Tan.

Perjalanan mengikut jalan lain memakan masa 2 jam setengah untuk ke bagan lalang. Sambil sempat singgah membeli Pau dari kedai cik adik yang menjual Pau paling besh di dunia di simpang Kg Lang Tengah. Dapat juga menyantap Pau yang dah lama ku idam2kan selama nih. Harga seringgit sebesar tapak tangan aku memang berbaloi dengan inti yang penuh. Aku dah pesan kat dia spy buat lebih pau ayam pada hari esok.
Sesampai di sana lambat dalam 840 mlm. Kami terus bergegas menaiki bot. Alangkah terkejutnya aku tengok paras air yang begitu tinggi. Sehingga mencecah level bawah kelong tempat kami bermain tamban.
Aku berkenalan dengan Abang Rizal Taiko pancing kelong kali ini. Beliau sangat peramah dan banyak membantu kami mengenai teori2 memancing. Pada malam itu, kami hanya menunggu air surut sedikit dan arus tenang. Masing2 bersiap dengan joran. Dalam pukul 11 kami terus melabuhkan apollo untuk mengorat si tamban yang malu2 pada malam itu. Hanya beberapa ekor tamban dapat dinaikkan.
sn851298
(Ikan jenjulung naam)
Taiko menyauk diberi kepada Naam kerana pada malam tu, die memang kerja menyauk je dah dapat ikan and sotong. Ikan terbesar disauk adalah jenjulung yang katanya sedap bila die dah makan masak pindang. wah! Seronok gak menangguk kat bawah kelong tuh.
Beberapa jam kemudian datang segerombolan manusia seramai 10 orang yang pada mulanya kami ni macam x senang la sbab ramai sangat. Tapi dengar2 masa tu ada artis sekali bawak famili die. Xtaula artis celah mana kan. Aku pon wat derk je..
Tapi lepas lama ckit, masa aku nak casting joran berumpankan ikan aku tu, tibe2 aku terdengar ade sorang pompuan cakap “Are you serious?” dengan nada mirip suara sorang artis yang pernah aku dgr. Wah! siapa kah itu? Aku cuba menoleh kebelakang dan terlihat NORISH KARMAN sedang menyediakan roti sandwich untuk famili die!!! wahaha! Rasa cam x caya lak ada gak artis bawak famili gi mancing. Aku tgk curi2, rupa macam die, tapi lain plak aku tgk x macam dlm tv sbab die x mekap.
Aku pon wat xtau agi berpura2 yg tu bukan Norish karman. Lama ckit, bile ramai dah tido, aku ternampak die tido di depan kelong mngadap laut. Aik? Biar betik tido camtu je? Aku bgtau Naam, die trkejut dan kami sama2 mengecam muka die masa die tngah tido. Wah memang betul die. kompem. cuma muka macam pucat sikit sebab x mekap la tu. Hu2.. Pelik2.. memang pelik.. bleh lak trip kalini ade artis sekali. dahla cerita yang die brlakon sume aku minat. kah2.. Spa Q n Kasut Tumit Tinggi. Nak je aku tanye ape ending Spa Q kat die. kui2..
sn851303
(ni la umpun-umpun.. umpan general untuk memancing.)
Pastu aku pon bermain la tamban lagi kat bawah kelong. Angah n Ayong dok kat atas je memancing. Dah tngah malam masa tu sejuk gilar… aku sampai selsema teruk smpai la skang dsebabkan angin yg kuat n sejuk malam tu mmg xtahan beb!. Aku pon layan ar maggie + hotdog + telur menu favourite aku di laut. Perh.. sedap seyh.. makan maggie kat kelong memang superb!

keesokan paginye masa tido aku terjaga sebab Naam kejut cakap yang Norish Karman dah nak balik. Arh.. aku peduli ape. aku sambung tido balik.
Pastu aku bangun2 tgk dorang dah tangkap byk gler ikan kecik2 buat umpan kat bawah kelong. Aku dengan muka bangun tido terus menyambar ikan bilis hidup yang dorang dapat utk dijadikan umpan untuk joran baru pirate aku tu. Masa aku buat sarapan, tibe2 ayong jerit, woi! ko dapat ikan nih! Die karau2 sampai tepi kelong pastu kitorang nampak ikan tu diheret dengan mudah.
sn851299
(ikan senangin aku yang sedap!)
Aku pon terus sentap naik atas kelong dengan gembira! Ikan ku! yeah! Seekor senangin yang jinak dan x banyak melawan masa tu menyambar umpan bilis hidup aku tadi. Wah, memang rezeki aku. Walaupun x dapat byk ikan, at least, dapat gak ikan mahal n jarang aku makan. Bile mak aku masak goreng tepung ubi, perh.. lagi sedap dari isi kerapu beb!
Huh! Hari yang panas dan penat. Kami berehat dari tengah hari sampai petang. Masa balik “singgah pau” bermaksud singgah beli pau kat Banting yang disalah dengar oleh aku menjadi “singapore”. Lain kali cakap terang2 ar.. aiseyh.. hu2.. So masa singgah pau tu, aku kecewa sebab pau ayam dah abih. Yang ada pau kaya, kacang n sardin. adeyh.. aku biar dorang sentap semua dulu baru aku abihkan balance die. Aku beli sekali semua habiskan stok die untuk bagi parent aku rasa pau tu. Kira kedai die tutup just after aku sapu sume pau die. kire die kena pau la!!! wakaka! Siap dapat diskaun banyak agi. Konyang den makan pau.
sn851319
(bawah kelong yang meriah! Lokasi pesta tamban)
Walaupun trip kalini x banyak ikan, tapi aku rasa berbaloi jugakla sebab banyak lagi pengalaman aku dapat masa di kelong sebagai seorang pemancing. Mari memancing bersama Norish karman! wakakak!

Esok, pertandingan CS interbatch TAME67 aku lawan LAME62. Aku pon participate. Pasni aku nak training menembak. Harap2 esok aku berjaya mengharumkan nama TE67! hidup TE67!!! Tembak2!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *