SYUKUR ALHAMDULILLAH.. THANKS TO ALL!!! =)

dsc00455
(Sticker kdi yang masih hot baru lepas potong)
Assalam semua,
First of all, aku nak ucapkan syukur pada Allah kerana memberi aku peluang menikmati hidup yang indah ini selain ditugaskan untuk mengabdikan diri padanya.. Bebanyak terima kasih yang x terhingga kepada orang yang tersayang, Mak, Papa, angah, ayong, editor2 kdi, editor2 RMR, loyal members kdi, Webd Customers, KDI collaborators, rakan2 kat MAS Engineering especially TAME 67 & 68, my happy families and frirends!!!! Terima kasih x terhingga!
Aku bersyukur kerana genap setahun kdi menyumbangkan info di dalam dunia internet ni. Special thanks to kdi editors Aizat n Zamel kerana byk menyokong kewujudan team editor kdi. Latest activity kitowang semalam is gi melawat Monstermodz to do some modification on our kancils. Kat sini aku nak cerita sikit pengalaman aku sepanjang setahun mengendalikan laman web kdi.
sn851603
(two of our official kdi kancil being mod at monstermodz – laporan lengkap akan menyusul di kdi)
Formula hidup terbaru aku = BERANI – EGO = BERJAYA!
Sejarahnya bermula begini…
Setelah aku kebosanan membuat laman web orang lain dan membangunkan berpuluh2 laman web syarikat dan individu pada tahun lepas, tibe2 aku terfikir untuk membangunkan satu laman web khas untuk aku sendiri yang mana merangkumi apa yang aku minat which is “kereta”. Aku pun tanpa byk berfikir, terus grab domain name “kereta.info” n bangunkan atas platform normal wp theme yang agak hodoh. Aku disiplinkan diri aku untuk buat post hari2. Pada bulan pertama aku amat terkejut dengan kehadiran lebih 300 visitor setiap hari ke kdi dek kerana artikel hot pertama kdi mengenai Perodua Nautica dan cara optimasi yang aku baru apply dan belum improve lagi.
Kemudian keyakinan dalam diri aku mula melonjak. Aku yakin aku akan berjaya satu hari nanti. Lalu aku pun terus menyelami banyak lagi ilmu SEO dan akhirnya aku come out with satu solution rahsia yang mana aku heavily edit script theme kdi yang ada sekarang ni berdasarkan satu theme simple. Setakat ni hanya ada sorang je selain aku yang aku bagi theme tu tapi tu version alpha. Yang sekarang ni dah final version. Secara x semena2, visitor kdi naik berganda2 setiap bulan.
Mula dengan 500 per day, aku dah mula teruja dan excited dgn perkembangan tu. Lepas tu pada 5 Jun 2008, kdi visitor sampai 911 visitor. Aku sangat happy masa tu. Masa tu Aizat dah byk tlg aku untuk naikkan kdi artikel. Beberapa lama lepas tu Azamel datang membantu secara full time. Semakin naik visitor sehingga ke 3490 pada 09 September 2008. Masa ni aku dah mula rasa x percaya yang kdi boleh meningkat lebih jauh lagi. Tapi aku setkan target untuk lawan competitor lain. Our 1st target is 5000 visitor.
Lepas tu tanpa disangka tiba2 kdi boleh meningkat ke tahap lebih dari tu iaitu lebih 6200 visitor. Aku ingat lagi masa tu aku tengah dok memancing kat laut. Tibe2 Zamel mesej aku bagitau berita gembira tu. Aku rasa macam nak terjun ke laut je. Xsabar nak balik tengok stats kdi. Lepas tu aku dah mula x heran dengan 3000 visitor yang aku kagum sebelum ni.
Sampai sekarang, aku rasa normal pulak kalo visitor dalam 10k sehari. Sebab latest pencapaian kitorang 11521 visitor per day lately. Bila fikir2 balik, aku macam x percaya bleh kalahkan byk web kat internet ni dalam masa setahun je dgn naik dari ranking berbillion ke 168k je! Alhamdulillah.. aku xtau nak cakap ape. Tapi yang penting ni sume atas kebenaran yang maha esa.. Aku hanya berusaha..
168225-rank-alexa
Target aku kalini adalah untuk menjadi sumber rujukan mengenai kereta pertama di Malaysia. Means aku n team kdi berniat untuk mengalahkan satu website mamat cina yang famous pasal kereta tu. Aku xnak sebut sape. Tapi dengan traffic lebih 1.03 juta page impression bulan lepas, kitorang dah selangkah je lagi untuk beat that web. Dengan sambutan ulangtahun kdi ni, kitorang akan banyak buat perubahan drastik untuk menuju ke arah lebih professional dan lebih disukai ramai.
Aku pernah cakap nak beat web tu kat CEO company web dev yang aku jumpe lately untuk meeting collaboration and aku nampak die macam mempersendakan azam aku tu. Tapi xpe. I take it as a challenge. Web tu rank die dalam 12.5k and page impression double with ours which is 2.2 million. So dalam hal ni aku kena serius. Byk rules n teknik baru aku perkenalkan kat editor untuk upgrade our professionalism.
Antara perubahan yang aku ambil adalah mengubah banner, logo, buat sticker untuk diedarkan percuma, create limited forum untuk contribution, edit latest comment supaya lebih menarik, pembahagian section kat mainpage yang menggairahkan =p, menggalakkan org contribute, create own professional words, learn to review, help others, reply segala email yg masuk ke kdi, lebih friendly, lebih terbuka n byk agi konsep yang nak apply.
Sekarang kdi ada beberapa cabang biz yang sedang bergerak selain dari advertisement collaboration with few companies, kitorang akan bukak Malaysia’s 1st online custom car stickers di bawah kelolaan Infinity Biz Solution dengan kerjasama company kdi, Webd Biz Solution.
Selain dari tu, Kitorang sedang menunggu stok auto product dari Singapore untuk diagihkan secara besar2an yang akan memberi keuntungun berganda insyaAllah. Cuma modal yang lebih besar amat diperlukan buat masa sekarang kerana demand amatlah tinggi.
Sekarang ni, aku rasa macam hidup aku ni penuh dgn cheerful event. Aku macam xde masa untuk diri aku sndiri pon. Sampai jadi x sihat cam sekang. Tapi aku rasa sangat happy. Hari2 aku gi kerja, ada member2 yang gembira, petang main volleyball geng koyak, malam aku layan kdi n webd…
dsc00387
(Meriah! Berpuluh2 MAS Trainee Engineer memeriahkan pesta volleyball hari2 di gelanggang MAS Subang)
Cerita pasal volleyball, sekarang kalo bleh hari2 nak main volleyball. Kat MAS tu, batch kitorang je dah 4 team main hari2 memang meriah. Seronok sangat. Aku sampai sanggup beli bola baru yang x menyakitkan tangan lagi nak main. Kenapa eh? Sebab dulu aku minat sangat main volleyball ni masa kat SAS. Tapi sebabkan bdak2 kelas aku ni cam ade diskriminasi xnak bagi bukan geng die main, aku pon x berpeluang nak main. Terus terang aku cakap, dorang ni memang pentingkan diri sendiri n sampai sekarang aku bleh nampak perangai yang sama. Bler ada masalah baru nak contact aku. Tapi x semua la. Aku mmg ban orang2 camni. Sory la. Walaupun korang pandai, tapi aku x respect korang langsung! Lepas kuar SAS, baru aku byk jumpe wonderful members. Walaupun x genius n x perfect, tapi baik dari aspek peribadi dan pergaulan.
Emo lak aku nih.. haha.. sambung pasal volley. So aku suke ajak member2 main volley petang2 walupun dorang ada yg x reti cam aku dulu, tapi aku x discriminate nak pilih team power2 je. bagi aku kalah menang tu perkara biasa ar.. yang penting “kita enjoy!” gaya nora danish =p. Tu sebab aku selalu cakap, play for fun! peace =) So sape2 nak join main volleyball, jom datang kat gelanggang MAS every day at 4pm..kui2..
dsc00395
(Tengok betapa prihatin nye bdak2 nih. Kereta masuk longkang masa kitorang main volley. Tolak2! Masa ni aku jela x sempat tolong. Sempat tolong amik gambar je..kui2..)
Sambung cerita kdi plak. Sepanjang aku handle kdi, mmg byk org yg impressed dgn kdi.. Termasuk manager n CEO company yang penah contact aku. Memang la aku rasa bangga, tapi aku rasa aku kena improve banyak lagi. Terutama dari segi content n strategy. Baru2 ni ada sorang apek cina  tokey workshop mana tah email kdi marah2 n maki2 pasal artikel kdi yang bagi info pasal harga camber nut. Kalo korang baca email panjang die tu pun rasa macam nak bunuh je apek ni. Tapi aku sedar yang sbagai admin kdi, aku xbleh nak melenting2 sangat. Die marah pasal aku reveal harga camber nut tu n ckp pasal mekanik Msia byk “tekan” harga benda alah tu. aku pun reply kat die baik2… cam kat bawah ni..
 ==================================
 
 Dear Choong,
First of all, we are sorry if the article http://kereta.info/important-tyre-care-understanding-wheel-tyre-alignment-what-how-when/ really annoys you. We have removed that part so that you are truely happy with our article.
We are encouraging people to response in any of our info but i really hope that there are no people cursing and using vulgar words as it reflects your own personality. Like you, we are also not perfect.
Thank you for your message.
Continue enjoy reading our latest daily hot info and useful facts on cars everyday just for you! =)
Best regards,
admin kdi
[email protected]
==================================
Benda ni sedikit sebanyak menyedarkan aku supaya lebih tenang melayan kerenah pembaca n lebih professional dalam menulis artikel lepas ni sebab lebih ramai rakyat Malaysia yang merujuk kpd kitorang sekarang. So aku xbleh ar nak buat artikel cam dulu agi. Benda ni pon dah aku tekankan kat editor yang lain. We want to be professional. yes! =)
Ni lah satu2nya email feedback xpuas hati yang kitorang terima sepanjang setahun kendalikan kdi. Yang lain semua memberi pujian n semangat untuk kitorang terus menyumbang. Thanks guys! yang ucap happy besday kat kdi tu pun, aku rasa terharu sangat2..
Sayang kowang!  MMMwuahxxzzss!!!
Sebabkan aku sayang sgt dgn kdi contributor ni, aku akan hadiahkan sticker kdi khas untuk 100 member terpilih kdi. Setakat ni aku belum release lagi sticker tu untuk diagihkan kpd member tapi dah ada yang semangat nak beli dgn harga rm3. http://kereta.info/happy-1st-anniversary-kdi-special-car-stickers-for-keretainfo-members/
Refer post tu kalo ada yang nak tahu pasal sticker tu. Aku pun terkejut gak respon sangatlah positive dari semua. Itu belum promote bukak section lagi tu. baru buat post. Aku rasa sangat terharu dgn sambutan rakyat Malaysia terhadap kdi. Sticker tu aku n ayong design. Infinity Biz Solution akan print dgn quality yang sgt bagus khas untuk semua.
dsc00467
Editor KDI Aizat belanja makan sempena rezekinya yang bertambah.. Alhamdulillah.. Kitorang tumpang kenyang.. uhuk3! =) Thanks bro!
Ni aku baru lepas select seratus member bertuah dari banyak2 member berdaftar kat kdi untuk terima hadiah istimewa tu. Hope korang happy ngan hadiad dari kdi sebagai penghargaan. Lepas ni sticker tu akan mempunyai banyak lagi design2 menarik dan akan diedarkan kepada semua. =)
Next project ngan Infinity Biz Solution is t-shirt n stiker MAS.
Huh. Dah bercabang2 dah biz product. Seronok buat biz nih. Kalo dulu aku byk terhutang budi ngan parent aku masa belajar. Sejak masuk MAS, aku dah x pernah minx duit dorang lagi. Aku guna gaji basic MAS aku sbg modal utk aku dapatkan rezeki macam sekarang. Sekarang papa dah berhenti MAS n aku lah yang akan bertanggungjwab untuk jaga parent aku. Aku bersyukur sebab Allah bagi aku rezeki utk sara hidup aku sekeluarga. Aku percaya rezeki ni bukan aku sorang yang punye. Jadi aku cuba untuk membantu sesiapa yang memerlukan. Aku xpernah terbayang aku akan berjaya sampai ke tahap ni sebelum aku jadi engineer. Sekarang dah terbukti aku mampu. Dan aku perlu berterima kasih kepada yang membantu aku selama ni.
Aku ada pernah tertonton rancangan Dr Fadzilah Khamsah, kaunselor favourite aku, die cerita pasal penyakit manusia. Antaranya:
Kaya = kedekut
Berlimu = ego
Beramal = Berlagak
Lebey kurang macam tu la yang aku ingat. Bila dah banyak duit, jangan jadi kedekut. Bila dah beilmu jangan ego dan bila beramal xperlu berlagak dan sombong. Aku akan cuba hindarkan beberapa penyakit ni. So kalo ada yang rasa aku ni ada penyakit, tolonglah tegur aku.
modles
(Mark, ko tengok betapa kejinya cara ko amik gambar kitorang berdua kat atas tu ngan model f1 petronas kat SIC hari tu. Ko tengok aku amik gambar ko kat bawah gambar kitorang tu cikit punya hot!  tak aci betul! =p )
Aku suka utk amalkan moto hidup baru aku = Berani tolak ego. Aku perlu berani lepas ni n cuba jadi manusia yang x ego. Walau setinggi mana kedudukan kita, kita perlu menerima apa sahaja teguran dan buang sifat ego sebab bagi aku ego bermaksud BODOH. InsyaAllah kita cuba amalkan.. Dalam hidup aku perlu berani. Sebelum ni aku ni bleh kata pengecut giler orangnye. itu x berani inin x berani. Maybe sebab umur kot. tambah lagi aku ni rupe macam budak2 je.. ahaks. Sekarang aku peduli ape! Aku dah 23 tahun. Aku x kisah nak jumpe CEO mana2 syarikat pon, aku xkan tunduk takot lagi! Alhamdulillah sekarang aku dah berjaya mengatasi perasaan takut aku tu.
Malah sekarang ni aku rasa ghairah nak jumpe orang..hu2.. Seronok sangat kalo kenal n jumpe orang. Maybe sebab aku dah x takot lagi n english aku pon dah improve sbab artikel2 kdi. Dapat communicate hari2 ngan org yg lain. Hari2 aku reply email2 org mmg byk gler. Dari kdi n webd. Aku xnak jadi macam kebanyakan blogger yang sombong. Orang contact mmg dorang xlayan. Aku penah contact beberapa competitor dari blog lxxxxF and Syxxxxxxxx n byk agi nak tanya something yang aku harapkan sangat dapat jawapan tapi dorang ignore email aku. So aku xnak orang lain terkilan biler email kdi n webd. Aku cuba jugak jawab yang mana perlukan sangat bantuan. Tapi kadang2 x terlayan gaks. hu2. Sampai ada orang puji cara aku handle kdi..=p thanks bro fla.. tu satu penghargaan..
Currently ade beberapa syarikat nak buat website. Tapi aku sebenarnya rasa macam nak tolak. Sbab x cukup tangan. Ngan projek2 aku sendiri, cabang2 product lagi.. aku rasa kena slow down on Webd. Just aku maintain je web customer yang ada yg dah ikat contract maintenance ngan webd. Tapi maybe aku terima gakla kalo projek simple2 ber kos Rm500 n x lebih dari tu. Tu jela yg larat aku wat utk Webd.
Pasni nak concentrate naikkan RMR lak. Which akan amik masa setahun jugak macam kdi. Means aku akan berusaha memeningkan kepala aku lagi untuk Malaysia 1st review center. Hope 2 editor RMR that is Angah n GG maintain support content sementara aku berusaha naikkan SEO n web RMR rank. InsyaAllah.. RMR coverage lebih meluas n akan lebih berjaya suatu hari nanti.
Akhir kata, aku sekali lagi nak ucapkan terima kasih kepada semua.. Salam kasih untuk semua.. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *