Sotong Goreng Jadi Punca – Trip To Terengganu

Wahaha.. Lama giler aku x update blog ni. Ari ni aku update gaks skali. Sgt2 sibuk. Ape cer dengan sotong goreng tu? Nanti last post ni aku cerita. Ni nak cerita trip mancing aku minggu lepas. Trip candat sotong Pulau Kapas, Terengganu.. Fuh! Penat beb! Pergi hari Khamis 30April09 malam tu pukul 11pm sampai hari Ahad pagi kul 5 pagi baru sampai umah. Lepas tu terus pergi family day di Sungai dkat genting kul 10 pagi tu jgak lepas 7 jam perjalanan balik dari terengganu. Perhh.. memang rasa nak pengsan. huhu..

dsc00190

(On the way to Masjid Al-Aqsa di Palestin. Depan tu kereta Tan.)

Seramai 6 orang iaitu aku, angah, adi, tan, Salleh and Ijat dgn 2 kereta pergi ke terengganu untuk mencandat. Sampai kat Kuala Terengganu pukul 6 lebey pagi. Aku buat rekod perjalanan paling jauh direct all the way aku selama lebih 7 jam jadi driver. Fuh.. memang x tahan. dahla petang semalamnya penat main volley. x rehat terus gi sana. Pagi tu terus pergi rumah nenek Salleh. Pas solat terus membuta sampai tengah hari. Tengah hari sebelum solat Jumaat, kitorang singgah Taman Tamadun Islam terengganu. Haa.. Gambar kat atas tu bukan di Palesting sebenarnye.. agak2 la kan.. Tu replika masjid di Palestin. Ada banyak replika masjid di Taman Tamadun tu selain dari Masjid Kristal Terengganu yang femes tuh. Bleh tahan gak Terengganu ni tempat menarik die byk gaks.

dsc00202

Masjid Kristal. Kagum gak ngan senibina die. Kat sini aku xtau la betapa banyaknya masjid. Tapi xleh buat solat jumaat. ape dar..

dsc00205

Yang ni la lampu masjid kristal.. Kubah die lutsinar n besar tuh.. cantik2..

Lepas solat Jumaat di Masjid terapung, kitorang lepak2 dekat pantai sebelah je masjid terapung tu. Air die cantik beb.. jernih je.. x macam pantai kat barat. Pantai die cantik. Dulu aku datang ombak besar2.. Sekang dah cam tenang je pantai die.

dsc00228

Lepas lepak kat pantai tu, kitorang gi shopping barang2 utk bawak naik bot. Bertolak dari Jeti Marang pukul 625 petang.

dsc002391

Matahari terbenam : Aku menikmati perjalanan yang besh menuju port mencandat di belakang pulau kapas. Gelora laut x sekuat yang disangkakan. Aku x mabuk langsung. Langsung x macam gi nenasi dulu. Tu yang besh.

sn851736

Jeng2! My second sotong in my life. haha.. yang 1st x sempat nak amik gambar sbab xcited sgt! kui2..Besar giler.. Ada sampai besar lengan tu.. tak main dah la besar2 ibu jari.. hu2

sn851737

Angah pon dapat sotong besar. Masa naikkan tu, memancut2 sotong tu kuarkan air laut dari dalam badan die. Ganah demo.. Tapi tarik sotong x feel sangat ar.. bile dah dapat naik atas tu baru rasa best ar..

dsc00261

Orang laut yang sememangnya pakar menangkap ikan.. Untung ar ko adi.. (dgn nada x puas hati n jeles =p) Aku pagi tu baru bangun tido masa subuh bajet nak memancing plak.  Aku yakin masa tu kalo aku letak je apollo sesaat mesti dapat berekor ikan punya. Sebab memang time die. Aku baru nak pasang apollo pastu tekong cakap “dah2! ready nak balik!” P*#$%^*^!!!! Aku x sempat nak memancing! Argh!!! Dahla aku bawak 3 batang joran aku, aksesori aku dah beli bepuluh2 hinggit, tapi aku x gune langsung!!! Aku terkesima! Aku kaku seribu bahasa. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. kera di hutan disusukan, aku jarang minum susu!!! Kan dah aku mengarut tahap gaban. Serius aku kecewa gler. Aku x bajet pon tekong tu nak balik pagi. selalu trip kitorang tekong balik lepas sehari means tgh hari or petang. Argh!!! aku pon pasrah… pasang balik tiga2 joran aku n mula muhasabah diri. apekah dosaku??? hu.. sadis.. So trip kalini aku balik ngan 7 ekor sotong besar sahaja. Ok la kot. dari ada orang lain dapat 2, 3 ekor jerk.. hu2..

dsc00563

Balik umah nenek salleh agi pastu gi beli keropok lekor famous dkat Batu Rakit berhampiran UMP or Kustem tempat angah study dulu. Perh.. korang tengok jela berapa ramai yang datang kat situ. aku beratur stengah jam tau semata2 nak beli keropok lekor die yang sedap. Yang kat sini lagi sedap dari Keropok lekor Losong. I like! Tu angah tengah beratur, adi tengah shopping, Tan baru nak masuk frame.. hu2

dsc00565

Tu dia.. benda yang famous dkat restoran area airport Kuala Terengganu, Segala hidupan laut digoreng dengan tepung. Tu udang celup tepung. ade ikan, sotong, ntah ape agi tah. Ramai orang gak situ. Airport kat situ pun dah cantik n dipanjangkan lagi ke pantai. Dulu aku datang buruk gak pastu pendek je landasan die sampai aku experience heavy landing.

Sepanjang kat terengganu memang best banyak jalan2.. Dok umah nenek salleh makan sedap2.. datang2 dah makan nasi dagang pure punye.Pastu makan nasi kuning lak.. Sotong goreng tepung mak Salleh masak memang terbaik ar.. serius. sedap gler.. dahla sotong tu besar n fresh.. fuh! Thanks a lot to Bro Salleh n family. =)

Kitorang lepas tu pon bertolak balik tapi hujan jalan bahaya gler.. bape kali dah kereta skidding. kejam sungguh jalan malam tu.. ha.. lupe lak. aku x dapat banyak sotong sebab malam mencandat tu hujan lebat gler.. aku sempat mencandat dalam 3-4 jam je. lepas tu aku tido. Hujan x turun menegak dah kat laut. Die turun melintang sebab angin. Cuak gak aku. ni 1st time aku turun laut hujan lebat gler sampai subuh lak tuh. tapi best la dapat experience camni. baru tau kesusahan hidup sorang nelayan.

dsc002991

Ok ni masa picnic family day dekat dengan genting. sungai ni memang terbaik sebab x sejuk sangat air die. So bleh berendam lama2.. agipon, port ni memang dah jadi official port utk big family aku. Tu paklong, harith n ina baru nak turun ke sungai. Kitorang makan mcam2.. sotong yang aku n angah dapat aku bawak setong suh bakar bbq. macam2 ada.. ayam.. hotdog.. ikan siakap besar gabak.. nasi goreng.. rojak.. aku balik nak termuntah makan byk sgt. huh. pueh ati den. tapi aku pening kepala sebab penat sangat so aku tido dalam kemah jap lepas mandi tu. balik sume singgah umah aut celebrate birthday ajah n nabila.

dsc00292

On the way gi Sungai dekat genting.. aku jadi safety car untuk konvoi geng2 motor besar selama beberapa minit.. kui2.. Ha.. cerita pasal motor, teringat lak aku ade sorang member ni.. nama dirahsiakan sebab die xnak orang tau die dah dapat motor besar.. Aku berpeluang naik motor die kat bawah ni ha jadi penumpang.. Die gi bawak aku kat highway rawang ke utara ngan speed lebih 160km/jam!!! kejam punye member.. aku kat belakang dah gigil2 pegang bar tuh. Serius laju gler. aku x penah lak terbayang naik motor lagi laju dari kereta sampai 160kmj.. bagus gak kawasaki er6n ni..

 

sn851711

Berbalik kepada tajuk asal.. aku sbenarnya dua hari lepas dalam proses merajuk aka memprotes sebab dua hari lepas aku n mak gi beli aircond utk ruang tamu. Kira aku bayarkan separuh utk aircond 2 horsepower tu. aku dah cakap nk letak dkat skit ngan bilik sbab nak bagi rasa sikit je. Tgk2 dorang pasang tempat lain.. aku pon kecik hati la.. 2 hari aku x makan umah n senyap je.. wawawa.. kaki merajuk ke aku ni? tapi aku x melawan ar.. aku senyap je.. xnak derhaka.. hmm.. pastu semalam aku balik2 dorang dah pasang satu aircond baru 1hp kat bilik aku.. aku pon terkezzut! tapi aku buat dono je.. aku rasa cam bazir je dorang wat camtu.. tapi tadi aku balik dari klia, ngah penat n lapar, tibe2 mak aku masak sotong goreng.. perh.. aku xleh tahan ar dengar je kan.. aku tau sotong besar yang aku dapat ari tu kalo goreng memang sodap.. aku pon melantak ar.. kah2.. pastu dah x jadi ar nak protest. aku pon pakai jela aircond dalam bilik aku tuh. tapi aku bayar la nanti sebab aku x suke pakai barang yang orang lain bayarkan skang mahal lak tuh.. xpela aku byr utk yg dlm bilik aku ngan kat depan tu sikit.

sn851738 sn851720

 Ditambah ngan speaker sonic gear aku nih… makin best ar bilik aku.. cam wayang dah ar.. syiok ar camnih! baru semangat buat kejer.. tapi tenet cam tuuutt plak arini.. hu2.. ok la.. nanti aku sambung cerita kat diari aku ni pasal my first week kejer kat klia.. =) Kesimpulannya.. hidup mesti happy.. kerja mesti happy.. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *