Perjumpaan dengan client dari German – Pengalaman menarik

malaysia business

Salam semua,

Pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya mengenai perjumpaan saya dengan seorang client dari German. Namun saya tidak akan mendedahkan projek yang telah kami bincangkan kerana itu adalah sulit sama sekali..he2..

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Nak cari rumah nya di Kelab Golf Shah Alam pun tak jadi masalah sebab selalunya saya ni kalau dah masuk Shah Alam je mesti sesat.hu2.. Unik nya perjumpaan saya dengan client hari ini adalah kerana saya pertama kali berbincang dengan seorang yang berasal dari German. Pemikiran beliau sungguh lain dan boleh dikatakan mengagumkan.

Beliau mempunyai sebuah syarikat consultant yang besar. Terlibat sama dalam merancang projek penyusutan kos untuk Syarikat Penerbangan Malaysia iaitu Malaysia Airlines. Secara kebetulan pula. Saya pun bekerja di MAS. jadi kami pun berborak panjang. Bahasa inggeris saya pun nampaknya boleh tahan walaupun susah sikit nak catch German slang ni. Tapi saya dah pernah bekerja dengan orang Australia di MAS yang BI dia lagi teruk..haha.. Faham2 jela..

Apa yang membuka minda saya adalah sepatutnya kita rakyat Malaysia berasa sangat beruntung kerana kita mempunyai peluang yang cerah untuk bangun di negara sendiri terutamanya kaum bumiputra. Mendengar keluhan beliau apabila menetap di Malaysia selama 2 tahun, sukar baginya untuk mengembangkan bisnes sebagai seorang pelabur asing kerana di Malaysia sekarang segala-galanya berpihak kepada bumiputra. Loan, status penduduk, hakmilik tanah dan sokongan kerajaan adalah faktor utama pelabur asing melabur di Malaysia.

malaysia german

Oleh sebab itulah beliau bercadang untuk meninggalkan Malaysia dalam masa 2 bulan ini untuk melabur di Vietnam. Mendengar kisahnya, menarik juga menjadi seorang pelabur asing ni. Terutama pada negara yang mempunyai potensi untuk lebih maju.

Apa yang perlu kita ubah tentang pemikiran dari segi perniagaan dan peluang untuk berjaya sangat banyak. Untuk menjadi seorang usahawan, kita tidak patut mengharapkan keuntungan semata-mata. Kita perlu mencuba dan mencapai target sekurang-kurangnya segala modal dapat kembali. Itu sudah dikira sebagai satu kejayaan. Jika tidak, sampai bila kita tak berani nak ambil risiko untuk berjaya.

Selain dari itu, kita mesti ikhlas dan open minded dalam membentuk hubungan perniagaan. Semua perlukan kejujuran untuk sama-sama naik. Bukan macam apa yang berlaku dalam bangsa kita sekarang ni. Sukar untuk bekerjasama dan saling bersaing dengan cara yang tak sihat. Mindset perlu diubah untuk menjadi seorang insan yang membangun. Termasuk saya juga. Perlu ubah dan sentiasa memperbaiki diri.

Huh. Lama juga saya berbincang dan berborak sikit2 sampai 2 jam lebih. Apa yang penting bagi saya sebagai seorang webmaster adalah memahami kehendak pelanggan terlebih dahulu. Jadi saya biarkan beliau menceritakan segalanya dan saya meminta info apa yang perlu untuk memulakan projek dan akhir sekali menandatangani kontrak pembinaan laman web.

Insyaallah saya akan uruskan semua sebaiknya. Kepada sesiapa yang berminat nak join team webd biz solution dan mempunyai pengalaman membina website, bolehlah contact saya. Tak kira siapa pun anda asalkan anda mempunyai keinginan dan semangat yang kuat, insyaallah anda boleh berjaya. Perlu juga tahu lumrah perniagaan ada naik dan turun. Masalah dan sebagainya.

Tapi perlu diingat, hidup ini jangan terlalu mengejar kebendaan dan harta. Sebab nanti bila anda terjatuh, anda akan hilang kawalan dan terus jatuh. Ingatlah bahawa hidup ni sementara. Semua yang kita usahakan di dunia ni hanya sebagai kemudahan untuk kita teruskan hidup sebagai seorang hamba Nya yang patuh. Kejayaan yang sebenar adalah di akhirat.. Hu2.. berceramah la pulak.. =p

Semoga pengalaman saya ni memberi sedikit sebanyak input yang baik dalam diri kita semua..

Tolong! Bilik Ku Terbakar! Meletup! Ka Ba Bom!

Lihat gambar di bawah:

Ka Ba Bom!

bomb.jpg

Tolong! Bilik Ku Terbakar! Meletup! Ka Ba Bom!

Hu2.. Sebenarnya tak adalah letup-letup ni.. saje je kelentong korang.. Jangan marah yer..hi2.. =p

Saya saja je nak ber lawak sikit.. Nak hilangkan penat hari ni dan mata saya pun macam stress sikit. Penat juga hari ni. Lama saya tak sentuh skrip affiliate dan autoresponder. Semua jadi kucar-kacir.

Alhamdulillah saya berjaya juga siapkan web affiliate khas untuk mylisis.com dalam masa …Hmm.. berapa lama eh? Dari pukul 2 petang tadi, campur makan, solat, lepak-lepak, layan sedara datang rumah lagi.. sampai pukul 2 pagi baru siap.. ahaks!

Lembab betul kan? tak pela.. relax n enjoy.. Hi2..

Sekarang saya akan tumpukan sepenuhnya pada promosi. InsyaAllah dalam masa yang terdekat ni saya akan buat satu report pendedahan mengenai macam mana rakyat Malaysia boleh dapat duit melalui internet “Logik Ke?”

Dan jangan terlepas peluang keemasan untuk rakan-rakan yang melawat ke blog saya ini! Satu tawaran menarik yang mungkin tak masuk akal untuk anda!

Baiklah, bagi sesiapa yang nak mulakan promosi affiliate servis terbaru dari Webd Biz Solution, bolehlah jadi yang terawal mendaftar sebagai agent affiliate di:

http://mylisis.com/my/user

Ha.. bagi sesiapa yang tak percaya boleh dapat duit melalui internet, duduk jela diam-diam kat situ sementara ramai dah dapat duit dan sementara saya terangkan bagaimana blogger malaysia ni buat duit tanpa kacau orang atau menjadi salesman ke, join MLM ke ntah ape2 tah lagi..=)

Check it out!

Laman web jualan anda? Bajet hosting? Perlu ke upah webmaster?

web jualan anda

Untuk membina sebuah laman web jualan, anda perlu mengambil kira beberapa faktor.

Perlu juga dipertimbangkan adakah web tersebut hanya statik beberapa page atau guna blog ataupun ada sistem lain seperti affiliate dan autoresponder.

Saya cadangkan pembinaan laman web cukup sekadar satu untuk setiap produk. Lebih mudah untuk anda promosikan produk anda nanti. Sebab promosi adalah 90% kejayaan dalam bisnes. Buat web hanya dalam 10%.

Tapi perlu diingat! Buat web pun jangan main2! Anda perlu buat analisis, kajian pasaran, kajian keyword, dan bermacam-macam lagi. sebab tu ramai yang lebih prefer upah webmaster. Sebab apa? sebab proses untuk bina laman web adalah satu perkara yang melecehkan dan perlukan masa untuk anda mengetahui semua tips dan trik. Jadi orang yang berfikiran bisnes pun x larat nak fikir. Lebih baik fikir pasal marketing dan biarlah webmaster yang selesaikan kerumitan laman web tu.

Dari segi SEO pula, boleh naikkan trafik web dengan mudah terutamanya jika web tu dalam bentuk blog. Teknik yang selalu diguna oleh IM hanya dengan blog. Senang dan mudah untuk menambah sebarang maklumat.

Jika buat blog, hanya perlukan dalam 300MB dan pastikan bandwidth lebih tinggi untuk menampung visitor yang banyak. Kalau 1 GB bandwidth pun rasanya dah cukup. Nak selamat beli je yang besar terus.. banyak yang murah sekarang.. RM50 dah boleh dapat 2GB space dan unlimited bandwidth

Jika anda mahukan laman web yang sangat sesuai untuk apa sahaja perniagaan anda, sila layari http://mylisis.com dan dapatkan pakej tak masuk akal yang saya tawarkan buat pertama kali di Malaysia! =)

My Card : Debit Card Visa VS Master Card ; Business Card

debit card

Kad debit visa vs mastercard dan bisnes kad ku.. =)

Saya baru sahaja selesaikan semua urusan untuk kad visa & mastercard serta bisnes kad.

Saya baru sahaja menerima kad public bank visa disusuli beberapa hari dengan saya punya bisnes kad.

Alhamdulillah proses semua berjalan lancar. dan dah boleh guna pun. baru-baru ni saya ada beli ebook dari US berharga RM90 dengan guna nexg mastercard. Sungguh mudah jika anda lakukan pembayaran terus menggunakan debit card melalui clickbank. Satu applikasi web yang boleh dipercayai. saya lagi suka membeli guna web clickbank sebab mudah dan x payah nak susah2 register la ape macam paypal. kalau paypal leceh nak kena verified dll. Jika sesiapa ada jual digital product, i really suggest guna clickbank.

Saya cadangkan anda guna public bank debit visa card sebab jika guna paypal, boleh direct keluarkan duit. Lagipun yuran tahunan rm25 sahaja berbanding nexg rm36.

Sila rujuk panduan saya mengenai debit card dalam blog ni..

Macam paypal saya sekarang masih menunggu proses verify transaction dari orang US yang beli produk dari saya beberapa bulan lalu. dokumen dah hantar tapi diorang lambat reply. kene soound sikit, baru nak gerak. leceh betul. habis akaun paypal saya under limitation. Tak tahu bila diorang boleh setelkan.

kad bisnes

Saya juga ada buat bisnes kad baru. Sebenarnya sebelum ni pernah buat tapi x elok. Semalam saya pergi times square KL tingkat 5 ada kedai print biz card. Murah dan cantik. Saya dah design siap-siap biz card tu dalam bentuk adobe illustrator file dengan saiz kad bisnes 86mm x 52mm. Pastikan anda bagi tau anda nak guna saiz begitu sebab ada yang potong ikut saiz lain, nanti design jadi tak cantik. Harganya pun murah je.. RM18 utk 100 keping kad. Bila dah print, nampak cantik pulak dengan design saya berkonsepkan background purple. Ada sebab saya pilih purple.. tak boleh bagitau la.. rahsia..he2.. Jadi, siapa yang nak buat bisnes kad ke, kad nama ke, saya suggest anda pergi ke sana.

Bagaimana buat duit online?

Buat duit online? Boleh ke? Macam mana ye?

Di sini saya ada terjumpa satu artikel yang pastinya dapat menjelaskan dengan baik mengenai Bagaimana Affiliate program dapat membantu anda.

Pengalaman saya sewaktu mula-mula menceburi bidang affiliate adalah apabila saya menyertai satu program di aike-software.com. Ia merupakan satu program yang dibina oleh orang melayu dan produknya memang banyak yang bagus.

Pada mulanya saya hanya ingin membeli produk yang bernilai RM30.

Saya telah pun mendapat produk tersebut. Kemudian selang beberapa hari saya terkejut apabila menerima rm10 dalam maybank2u saya. Saya lihat email,rupa-rupanya ada orang lain yang telah membeli produk aike-software di mana saya menjadi random sponsor. Pembahagian untung adalah seperti berikut:

Continue reading

Panduan Pengesahan Akaun Paypal Guna Public Bank Kad Debit

paypal public bank debit card

Ebook ini bagus untuk newbie yang baru nak membuat debit kad dan mengesahkan akaun paypal.com.Sungguh mudah untuk diikuti dan anda disyorkan membaca kerana ebook ini akan mempercepat proses anda untuk menerima pembayaran secara online by credit card through paypal.com

Setelah membuat kajian terhadap debit kad, saya mendapati debit kad Public bank adalah yang terbaik di malaysia!

Seriously, I mean it. Walaupun saya pakai Ambank Nexg. Kerana yuran yang rendah dan paypal hanya menerima visa debit kad sahaja.Mastercard tidak diterima untuk pengeluaran tetapi hanya berfungsi untuk verify paypal sahaja.

No need to check another debit card. Get your PB visa electron now!

Antara kelebihan PB visa electron:

Continue reading

Gunakan web anda untuk BUAT DUIT!

Anda ada web sendiri? Tahu tak yang anda boleh dapat duit dari web anda?

Adakah anda mempunyai blog atau web yang mempunyai trafik yang tinggi?Bagaimana untuk memanfaatkannya untuk mendapat wang?

Pernah dengar ramai orang memdapat wang hanya dari membuat blog? Bagaimana?

Untuk pengetahuan anda, memang benar anda boleh mendapatkan wang dari blog anda!

adsense

Dengan program payperclick yang paling famous iaitu Google adsense!… Continue reading

YES! My 1st International online business transaction successful!

Salam usahawan,

Pada pagi ini saya begitu gembira kerana telah berjaya menerima pembelian dari seorang warga Amerika Syarikat berasal dari Florida.. Alhamdulillah.

Nexg Biz Online Shop

Bagi sesiapa yang masih tidak tahu bahawa anda berpeluang menjana pendapatan melalui internet, jangan lepaskan peluang membaca kisah benar seorang Internet Marketeer.

Ikuti kisah gembira saya..

Continue reading

Jangan terpedaya!

Jangan mudah terpedaya! Baca artikel ini dengan lebih lanjut:

Kepada rakan yang dikasihi..

Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa kebangsaan telah sebulat suara memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama islam. Kenyataan ini telah serba sedikit menggembirakan saya, kerana sejak dahulu lagi telah saya ketahui, skim-skim pelaburan yang dijalankan di internet ini sebenarnya adalah merupakan skim ponzi alaf baru yang hanya bertujuan untuk menipu masyarakat yang sememangnya terlalu mudah percaya dengan angan-angan untuk menjadi kaya dengan cepat.

Continue reading