ICT jangka tumbuh 13 peratus

ICT jangka tumbuh 13 peratus



INDUSTRI teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dijangka terus mencatatkan pertumbuhan dua angka tahun depan walaupun harga minyak dunia terus meningkat serta kesan krisis gadai janji di Amerika Syarikat (AS).

Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), David Wong Nan Fay, berkata industri itu merekodkan pertumbuhan sederhana iaitu 13 peratus tahun ini berbanding sebelum ini.

“Industri ini dijangkakan terus meningkat meskipun ia tidak serancak yang kami mahukan.

“Kami menjangkakan industri itu akan berkembang antara 12 dan 13 peratus tahun depan didahului sektor pembuatan, perbankan, kewangan, kerajaan, pengangkutan dan pengguna, yang berbelanja besar untuk ICT,” katanya.

Beliau berkata, menurut laporan Digital Planet 2006, perbelanjaan ICT Malaysia akan meningkat daripada RM36.76 bilion (AS$11.4 bilion) pada 2007 kepada RM43.52 bilion pada 2008.

Wong berkata, Internet akan terus mendahului dalam semua sektor ekonomi.

manakala e-dagang, e-perbankan, e-kerajaan dan Sekolah Bestari akan terus menggerakkan persekitaran tanpa kertas.

“Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, langganan dial Internet mempunyai 11.5 juta pengguna.

“Kadar penembusan jalur lebar negara masih rendah iaitu 12.8 peratus bagi setiap 100 isi rumah kerana banyak organisasi masih mengambil sikap tunggu dan lihat untuk mengunakan jalur lebar, dengan alasan kos tinggi, perkhidmatan tidak konsisten serta gangguan liputan, sebagai alasan,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, Pikom optimistik langganan Internet akan meningkat memandangkan lebih banyak inovasi kandungan serta aplikasi baru yang dikeluarkan.

– Bernama

Panduan menggunakan paypal dan mengeluarkan duit ke kad kredit/debit anda

Adakah anda tahu bahawa paypal adalah pemproses kad kredit(3rd party credit card processor) paling besar di dunia?

Pernahkah anda terlihat ada lambang paypal sebagai cara pembayaran melalui internet?

Kenapa anda perlu mengunakan Paypal?

Bagaimana nak setup akaun?

Bagaimana nak terima pembayaran dengan paypal?

Panduan menggunakan paypal dan mengeluarkan duit ke kad kredit/debit anda. How to withdraw paypal

Di sini saya ingin berkongsi secara ringkas dan mudah agar anda dapat memahami dan mengikut step by step panduan membuka akaun paypal.

Continue reading