I AM SOOOOO HAPPY!

Arh.. Its all about my happiness.. Oh! God! Dont know what to say. just wanna scream “I’am Happy! Thank you Allah for giving me such a happy life today!”

uh2.. Entahlah. Semakin hari semakin ceria, semakin bermakna bagi diri saya. Semakin menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Alhamdulillah.. Walaupun bulan puasa ni penuh dengan cabaran. Specially nikmat kesihatan saya banyak yang ditarik sejak mula puasa hari tu, tapi saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merasa gembira dan menjalani hidup dengan lebih baik.

Dah beberapa hari saya tak sihat. Suara dah makin seksi. kah2. dekat 2 minggu jugak malas nak gi klinik. Maybe x cukup rehat n terlalu byk kerja. Saya dah xleh nk pk ape dah. Tapi sume tu berbaloi dan memuaskan. Banyak sangat detik manis buat saya sekarang. N i think i dont need to say it here. Let the special one knows. The main important thing is, I should say “alhamdulillah”. =)

Ok cerita cikit la..haha. Skang ni suke sangat berjalan. Jalan2 cari pasal ngan member2. Hari tu gi Melaka sempena ekspedisi menjajah melaka selama 3 hari. Best sangat dapat gi sana n jumpe kawan2 lama kat UTEM. Syok habis. Bagi saya, melaka menyimpan seribu satu memori indah buat saya. Bleh kata takde langsung memori duka sepanjang saya di Melaka dulu. So bile dapat pergi sana balik, seronok sangat. Nak tau ape yang kitorang buat and cari pasal kat sana, lawatlah web MCZ kitorang. kah2. Macam2 perangai.

To my bestfren, Eqmal, u are always my bestfren. Happy to see u all. Kimi, Engku, Hafizudin, WanD, Uqasha n lain2.. Best gler budak2 nih. Tahun depan dorang dah grad.

Papepun, gambar ni paling best ar masa kat melaka. Cam cover album plak. tengok banyak kali tergelak2. muahaha!

Ni plak gambar kitorang gi matta fair ari tuh. Pastu gi berbuka kat masjid wilayah persekutuan. Sambil sesi fotograf. “Gambar Jugak lawa die” > ayat hikmat tame 67 > (lawa jugak gambar die). hu2

@ matta fair – Soryla.. saya suka kaler putih..Jom naik! hi2 =p

Berbuka di Masjid Wilayah Persekutuan

Bleh kata tiap2 minggu ade je aktiviti. Skang ni cam travel n photo jadi keutamaan. Sampai 3 orang terbakar beli kamera DSLR sebab minat giler. Gi matta fair tu sbnarnya nak usha pakej pelancongan dalam negara untuk trip2 kitorang pasni.

Sambil usha sikit interesting places kat cape town. Sebab saya dah plan nak buat longest flight travel dari Kuala Lumpur – Cape Town (south africa) – Buenos Aires (Argentina) – Johannesburg – Kuala Lumpur.

Tu la flight paling panjang yang MAS bleh wat. Kira2 total one way flying hours dalam lebih 24 Hours macam tu la. Panas ar punggung dok dalam kapal terbang tu. Ni kira satu lagi kerja gile saya nak buat. Kah2! Harga tiket kapal tu sebenarnya mahal gler dalam RM8000. Tapi kitorang dapat murah la sikit.. hu2. Benefit kena guna habis2an.

So plan travel satu cape town dalam masa 3 hari je. Rasenye cukup. Pastu singgah Buenos Aires kejap n sambung balik KL. Perh. Xtau la bleh bertahan ke tak. Kalo dah bosan sangat dalam kapal tu, kacau stewardess je la jawabnye. kui2. Xpun ingat nak kacau pilot sekali. Dok jump seat tgk camne die bawak kapal. Harap2 ada peluang. Tiket pon dah confirm. Pergi 5 october 08. Means hari raya kelima camtu. wahahaha. kering giler pergi time tuh. X sabar rasenye. hoho. Nak pergi jauh2.. Rindula orang kat sini ngan saya..ihik! =p

Cerita pasal nak dekat raya ni, teringat pulak kat kad raya. Ramai orang sekarang sure dah lupa nak buat kad raya. Maklumlah dah ada internet. Sume main online jerh. Kad raya pon nak kad raya online. Tapi x sangka jugak ada lagi yang prefer kad raya pos. Adelah “makcik bulat comel =p” ni sibuk2 suh saya hantar kad raya. Dah lama giler x sentuh kad raya. Xpela sekali sekala. Tapi hantar kad raya online pon style gak. Cuma x dapat feel sangat ar.. xbleh simpan. kena bukak pc lak. So, sape2 nak hantar kad raya kat saya bleh ar. hu2. Saya masih support kad raya pos nih. =)

Ade member saya yang lain pergi melancong akhir tahun ni pon xnak kalah tu.. haha. Bleh kata semua pergi tempat lain2. Ade yang belasah pergi time puasa lak. Ade yang nak gi Paris lah.. London lah.. Los Angeles lah.. Australia lah.. Beijing lah.. uh2. Bleh kata batch kitorang ni merayau satu dunia akhir tahun ni. Semua benua ada wakil lak. hu2.

Ni sbnarnya baru balik majlis berbuka puasa kat umah dorang. Satu batch melantak. Memang terbaik la makanan hari ni. Barbekue ayam, hotdog, lamb, pasta.. yang paling best air root bir special punye. Puas n lega giler dapat minum time berbuka. Pastu geng nikon D40 DSLR ada 3 orang tu sibuk la mengambil gambar. Dah rasa macam artis lak famous orang amikkan gambar nih. haha. bagusla. nanti time nak kawin, xyah ar panggil photographer sebab dorang dah ada. so bayar murah cikit ar harga member2. Kamera power macam2 efect bleh buat. Merapu2 jer. Nanti saya upload antara gambar merapu kitorang kat sini. hu2. Menarik sungguh aktiviti malam ni. Main mercun ar. Aduih.. Macam budak2 plak. Tapi memang best ar kan. Hurm..

Sekarang ni kurang kerja sikit sebab banyak yang dah siap. nak update web lain pon x sempat b4 this. Sibuk ngan KDI n KxxM. Nak update webd plak. Ni baru la ade pluang nak merapu. kalo x, jgn harap ler.. hu2. Anyway, yang paling kelakar sekarang is komen name of proton MPV kat KDI. Kalo korang bace komen2 dorang dari awal sampai akhir memang rase nak gelak kuat2 je. Lawak giler. X sangka topik tu hangat giler. Sampai satu hari leh dapat 70 komen. Memang terkejut ar. Macam2 idea dorang. Bernas jugak.

Pasal proton MPV ni jugakla yang mem famouskan KDI. Sampai ade dialog camni:

A: Weh, kalo ko nak tau pasal kereta, check web KDI ar. B:KDI ape eh? A: Kereta Dot Info. B: Owh..tu website batch mate aku tuh. A: Kepala kau..kau semua orang top jadi member kau..X percaya aku!

B” tu kawan saya sebenarnya. Kira apa yang die cakap kat member die tu betul ar. Cuma si A tu xnak caya. haha. lawak sampai tergelak besar tadi biler dapat tau. X sangka cepat je KDI tersebar sampai dah bleh dikatakan setingkat dengan web kereta yang lain. Walaupun orang cakap domain name dot .info is hard to rank in search engine, now i have prove it is absolutely wrong! Dah terlalu banyak keyword yang KDI mendahului web kereta lain macam kereta.com,.org, etc. Kalo korang search “kereta” kat google and yahoo and MSN, korang tau la kat mana kedudukan KDI skang. Cuba check alexa rank pon skang dah memasuki rank 500000 yang susah nak dapat. Banding ngan web kereta lain yang masih rank lebih sejuta walau dah bertahun kat internet. Sume ni perlukan strategi dan konsentrasi. Memang susah. Tapi kalo btol2 buat x mustahil. Target dalam beberapa bulan lagi visitor perday dalam 10000 unique visitor. Sekang baru capai 35% dari target tu. Xpe.. kayuh slow2. hu2.

Xde plan nak bukak advert space lagi. Tapi dah ade company n agent yang dok offer produk dorang utk kitorang advertise. pening tu. Takot x terlarat kalo buat. Part yang best biler ade media and advertising company contact untuk mintak tolong kitorang publishkan press release pasal client dorang cam NAZA, Ferrari, etc yang berkaitan kereta. Seronak gak camtu. Entahla. Banyak sangat plan dalam kepala tapi kena pilih priority mana yang perlu dulu. Memang x cukup tangan. Thanks to Aizat sebab menjadi edior kdi yang setia. At least ringan sikit beban tu. bleh handle admin part. hurm.. Ingat nak cari lagi sorang dua utk jadi editor. Tapi kena betul2 minat pasal kereta la. Payment mesti dapat.. mane bleh free je kan.. Dont worry.. Payment editor akan saya bayar setiap 27 HB. x banyak pon.. minimum 200/300 sebulan la kalo ikut trend sekarang. Ikut kerajinan gak. Kalo rajin, dapatlah bonus lagi. kui2. hurm..  Kalo bleh nak orang yg saya kenal n percaya. Before KDI ni berkembang lebih jauh.

tu jela nak bebel buat hari ni. K la. Penat ar. Nak tido lak. babai.. gudnyte..=)