Pulau Batu Puteh Jatuh ke Tangan Singapore

Akhirnya Pulau Batu Putih jatuh ke tangan Singapura! Malaysia hanya dapat middle rocks. Adeyh.. Memang x patut la keputusan tu. Kalau ikutkan dalam peta, Pulau Batu Putih tu memang jauh dari Singapura dan dekat dengan Johor. Seronok la Singapore dapat luaskan laut die. Boleh la diorang tambak lagi. hurm.. Kat bawah ni map pulau batu putih, middle rocks dan south ledge beserta artikel lanjut.

pulau batu putih map

Oleh Jundullah
Keputusan siapa pemilik Pulau Batu Putih yang akan diumumkan esok pada 23 Mei 2008 (Jumaat) oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia dan Singapura.

Krisis antara kerajaan Malaysia dan Singapura dalam membuat tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih seluas 0.2 hektar yang sebesar dua padang bola sepak itu adalah krisis yang memakan masa hampir 28 tahun.

Selama itu jugalah kedua-dua jiran ini bertegang urat dan leher dan sampai satu masa yang tegang bila mana dikhabarkan kedua-dua negara hampir berperang kerana adanya dakwaan pencerobohan.
Malaysia mula menuntut pulau tersebut pada tahun 1979 ketika menerbitkan peta rasmi baru, yang memasukkan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) dalam perairan laut wilayahnya. Manakala jarak Pulau Batu Puteh ini adalah jauh dari Singapura iaitu lebih dari 12 batu nautika. Malaysia mengatakan bahawa apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km sekeliling (10 batu nautika) kepada pihak British pada tahun 1824, penyerahan ini tidak termasuk Pulau Batu Puteh. Sultan Johor hanya memberi kebenaran kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut pada tahun 1844. Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) terletak 46 km (25 batu nautikal) dari Singapura; dan 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor. Continue reading