Jom Kita Uji Kekuatannya =p > Enjoy Experience @ Banting

sn850547.JPG

(Camping at 2200hrs. still bright? nop! Pic taken with longger shutter)

Hak2! tu trade mark “Pak Tam”, pakar menangkap ketam kami semasa misi menjaring di Pantai Banting. “Jom uji kekuatannya” lepas tu “patah” pulak oleh orang laut yang tau jejak jalan tak berlumpur. haha.. misi penuh misteri.

Hari ni baru pulang dari misi lepas gian camping di Pantai Kelanang berhampiran banting.

Persediaan selepas solat jumaat di Setapak. Haha.. ade la hal tuh. Sibuk tol ar. hu2. Pastu bergerak dari pusat persatuan camping subang pada pukul 5 lebih. Sampai awal kami singgah membeli peralatan dan pada kali ini misi lebih lengkap kerana dari pengalaman yang lepas, kami belajar menjadi “campers” yang lebih berjaya.. kah2.

pau sedap

(The best pau ayam in the world! Besar tapak tangan + harga RM1 jer + Roti sedap n lembut n manis + inti berisi sedap tak terhingga! Menyebabkan saya mula meminati pau ayam! Yeah! Singgah Banting cari benda ni dulu!)

Terlalu banyak aktiviti yang sgt compact dalam masa sehari camping. Tapi sayangnya pada kali ini kami x dapat memperolehi “kijing” kerana bukan musimnya. Kalo dapat best tu bakar.. sedap nyer..mm.. hu2..Sampai sahaja di sana, kami terus bersedia untuk memasang jaring di pantai lebih 300 meter ke laut. agak jauh tu. Dengan perjalanan sepanjang pantai berlumpur paya bakau. Pada malam gelap pukul9 plak tuh. Fuh! Best giler dapat menikmati dan merasai bagaimana teknik menjaring ikan dengan betul.

sn850616.JPG

(Best pic of full moon. Layan blues jiwang bawah pokok nih n bulan mengambang..hu2.. besh2)

Pengalaman yang jarang orang nak dapat n nak cuba. Sib baik ade member yang memang pakar menjaring nih.. he2. thanks bro. susahkan je.. hu2.. Dalam 45 minit jugaklah nak pasang jaring tuh. Alat yg penting, 2 kayu panjang utk buat pasak, jaring panjang dlm 100 meter kot, torch light dah tentu and batu untuk pemberat. Tapi malam tu kitorang untung sangat2 sebab air paling cantik, bulan mengambang penuh yang menerangi keindahan malam and hari yang x hujan langsung walaupun sekarang ni musim hujan hari2. Memang sangat nasib ar. Timing memang baik gler. Yang dahsyat nye, pagi jumaat tu baru teringin nak pegi, plan dalam bape minit, kompem and terus pegi petang tu jugak.. kah2.. memang ganazz..

Lepas menjaring, kitorang prepare campsite. Part paling penat n susah is biler kena sediakan kayu api dan menyalakan campfire. uh! nak cari kayu memang agak susah, kena potong kayu yang keras guna parang jer. Tapi masa ni lah banyak belajar hidup susah. Benda2 camni best buat yang mana x ramai org muda2 nak buat.. ha2. macam dah tua sgt jerk. yela.. rugi x merasa semua nih.. best woo.. Dapatlah teknik memotong kayu keras dengan parang dengan lebih berkesan. hu2. Cara nak hidupkan api dengan lebih baik berbanding dulu. Sebenarnya senang je.. cume kena ade teknik step by step.

sn850557.JPG

(Best pic of our special fire effect.)

Lepas berjaya hidupkan api yang marak, prepare utk sesi membakar makanan pulak. Perh.. bab makan memang paling best! Macam2 nak bakar masa tuh. byk gler makan. Pastu rehat2 sambil menikmati keindahan alam. Bermain dengan api.. Taking a lot of pictures. Thanks tu my cheap digital camera S85 that can take a picture at night without the aid of flash. hu2.. cukup ar tu.. janji bleh amik gambar..hak2.

Tidur agak lambat sebab ade sekor kucing manja nih nak bermanja ngan saya. haha.. kesian kucing tu. kalo leh bawak balik, dah bawak dah. hmm.. kucing ni sebenarnya mangsa kekejaman sorang orang laut yang ter baling batu besar ke arahnya. kesian2.. hu2.

Bangun pagi lepas subuh terus gerak nak amik jaring. Air masih pasang. kena tunggu surut dalam pukul 9 pagi. banyak juga hasil tangkapan kali ni. dekat penuh sebaldi kitorang. dengan tangkapan terbaik seekor belut panjang dalam semeter. kitorang simpan untuk dimakan bersama kat mana2 restoran yang bleh masak belut. Xtaula nak masak ape. Psyco gak nak makan sebab x pernah makan.

sn850637.JPG

( Hasil tangkapan yang memuaskan!)

Masa kutip hasil ni yang paling best. Ketam paling psyco nak lepaskan dari jaring sebab suka menggeletek, dengan sepit yang tajam dan berpintal2 dengan jaring. pengalaman yang sungguh menarik. Balik tu terus my mom masak ketam2 tuh.. sedap gak ketam2 biru nih. manis isi dier.

Kira misi kalini lebih kepada menikmati ketenangan, merentasi batas psycology, menerap keberanian, belajar lebih erti hidup, menimba pengalaman untuk menjadi “better person”.. kah2.. amik.. ayat x nak kalah. bukan ” to be an engineer” ar.. haha.. bosan sungguh aspiration tuh.

Anyway, its a very2 good experience.. “be a better person, live life happily!”