Selamat datang!

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya setup satu laman khas untuk tatapan saudara/saudari terutama golongan yang prihatin mengenai internet,website dan komputer. Saya akan menceritakan pengalaman saya dan berkongsi segala tips dalam 3 kategori berasingan tersebut. saya juga akan menceritakan sedikit sebanyak perjalanan hidup saya bagi sesiapa yang berminat mengenali diri saya dengan lebih mendalam terutamanya kepada rakan-rakan saya dan para rakan kongsi cyber yang telah berurusan dengan saya.

Insyaallah saya akan berikan yang terbaik melalui laman ini. Content yang diisi adalah lain dari yang lain kerana konsep saya yang mementingkan ringkasan serta mudah difahami sama ada dlm bentuk point form atau gambarajah.

Segala tips mudah, panduan,peluang keemasan, berita terkini mengenai komputer dan internet akan diselitkan di sini sekerap mungkin untuk santapan rakan-rakan sekalian.

Oleh itu, selalulah singgah di laman saya ini untuk update terkini dan bersama kita berkongsi serta belajar komputer dan internet setiap hari. Berilah pendapat anda dan daftar sebagai ahli laman ini percuma!

Jika ada sebarang masalah boleh kemukakan pada saya dan saya akan cuba membantu.

Yang Ikhlas,

Shufi

1 thought on “Selamat datang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *