Panduan penggunaan maybank2u dan cimbclicks

m2u cimb

Panduan Ringkas penggunaan Maybank2u dan Cimbclicks

  • Transaksi dua bank ini sangat penting dalam perniagaan di internet

  • Anda perlu tahu cara paling mudah mengendali pembayaran online

  • Sila download di http://webd.biz/panduanm2ucimb.pdf

  • Sungguh mudah untuk difahami dan anda boleh aplikasikannya

Anda boleh menggunakan kedua-dua akaun bank ini bagi transaksi internet seluruh malaysia.

Selalunya apabila anda sudah melakukan transaksi, bukti pembayaran iaitu last confirmation page pada akhir setiap proses pembayaran atau selepas pembayaran selesai hendaklah anda copy dan paste pada email anda dan hantarkan kepada penjual produk untuk bukti pembayaran. Selepas pengesahan pembayaran, penjual akan menghantar produk dalam masa 3 hari biasanya.

Anda tidak perlu risau akan keselamatan pembelian melalui internet kerana apabila transaksi berjaya dilakukan, rekod penjual akan disimpan dalam payment history dalam akaun anda. Oleh itu,jika terdapat sebarang penipuan oleh penjual, anda boleh membuat laporan polis dan maybank atau cimb akan memberi kerjasama dalam menjejak penipu tersebut melalui data sah akaun mereka.

Setakat ini, transaksi internet melalui bank tempatan tiada masalah dan boleh dikatakan 99% dari peniaga internet di Malaysia menggunakannya.

Amat mudah dan cepat!

Banyak lagi faedah menggunakan akaun bank online:

  1. Topup prepaid anda dengan hanya beberapa saat sahaja diperlukan

  2. Pembayaran bil bulanan tanpa perlu beratur panjang di pejabat pos atau kaunter pembayaran

  3. Pembayaran ansuran mudah

  4. Transaksi wang ke akaun keluarga dan rakan dgn mudah

  5. Melihat baki wang tanpa perlu ke ATM

  6. banyak lagi servis seperti pelaburan dll

Selain dari 2 bank tersebut,anda juga boleh guna Ambank online ataupun bank tempatan lain. Sila rujuk pada penyedia perkhidmatan perbankan anda.

Secara umumnya, penggunaan akaun online bank tempatan adalah hampir sama caranya.

Download ebook panduan ringkas tersebut dan sebarkanlah pada rakan-rakan yang masih belum tahu bagaimana menggunakan akaun online.

Semoga mendapat manfaat.

Jika ada sebarang komen, sila ajukan.

Atau anda ingin bertanyakan masalah berkenaan, mungkin saya atau rakan lain boleh membantu.

1 thought on “Panduan penggunaan maybank2u dan cimbclicks

  1. Pingback: Catatan Amir Hakimi - Info Semasa | Perkongsian Maklumat | Pendapatan Internet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *