YES! My 1st International online business transaction successful!

Salam usahawan,

Pada pagi ini saya begitu gembira kerana telah berjaya menerima pembelian dari seorang warga Amerika Syarikat berasal dari Florida.. Alhamdulillah.

Nexg Biz Online Shop

Bagi sesiapa yang masih tidak tahu bahawa anda berpeluang menjana pendapatan melalui internet, jangan lepaskan peluang membaca kisah benar seorang Internet Marketeer.

Ikuti kisah gembira saya..

Pada mulanya saya kurang percaya apabila Ms Bo ingin membeli produk yang saya jual di Internet kerana saya tidak sempat menyiapkan shopping cart di http://nexg.biz .

Saya baru sahaja menyiapkan laman http://biz.nexg.biz dan hanya melakukan sedikit promosi melalui enjin carian dengan menghantar laman web nexg.biz ke search engine.

Itu sahaja. Untuk pengetahuan semua, Nexg adalah kumpulan online bisnes Smart Naco Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat MLM yang kukuh di empat buah negara ASEAN.

Kerana yakin akan produk Smart Naco mendapat sambutan semua pihak di Malaysia, saya pun mencuba nasib menjual melalui internet dengan shopping cart yang tak siap pun.

Saya hampir-hampir mengabaikan email dari Ms Bo kerana saya berfikir “Eh, tak logik pula ada orang yang nak beli barang sedangkan saya masih belum siapkan web lagi. Rupa-rupanya Ms Bo terjumpa perkataan ‘Jeli Gamat’ di internet setelah saya mengaplikasikan Strategi SEO(Search Engine Optimization) pada web saya. Begitu tidak disangka ada orang US yang berminat dengan produk yang berasal dari Malaysia.

Email beliau saya tak hiraukan buat pertama kali.Tetapi pada kali kedua saya lihat, hati saya berkata “Takpelah, tak baik kalau ada orang email kita tak reply.” Saya pun reply email beliau. Sungguh mengejutkan yang beliau ingin membeli 12 botol jeli gamat Smart Naco terus dari saya dan meminta saya menyiapkan shopping cart agar proses pembelian lebih mudah dan selamat.

Pada masa itu, saya masih tak percaya sama ada beliau serius atau mahu mempermainkan saya. Tapi saya fikir,jika saya siapkan shopping cart tersebut,apa salahnya. Maka saya setelah saya menyiapkan Nexg Online Shop (NOS) di http://buy.nexg.biz dalam tempoh sehari,saya memberitahu Ms Bo tentang web tersebut.

Nexg Biz Online Shop

Setelah 2-3 jam, saya mendapati ada email “Order Confirmation” dalam inbox admin@ nexg.biz saya. Saya lihat ada transaksi dilakukan beliau untuk membeli 12 jeli gamat Smart Naco bernilai USD 263 = RM 870 !

Email confirm

Saya masih tak percaya!

Terus saya periksa akaun Paypal saya dan mendapati memang benar transaksi telah dilakukan! Akhirnya saya berjaya membuat urusan jual beli dengan selamat melalui Internet dengan menerima kredit kad sebagai medium pembayaran!

1st paypal

Gembira tidak terkata dan inilah titik tolak permulaan saya berniaga secara serius melalui internet secara global.

Sebelum ini telah banyak transaksi dalam Malaysia yang saya hasilkan. Tetapi apabila kali pertama mendapat perhatian global, saya rasa sangat gembira dan bersyukur.

Saya harap kisah gembira ini dapat dikongsi bersama rakan-rakan dan menaikkan semangat semua usahawan internet untuk terus berjuang dan jangan sekali-kali berputus asa.

“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”

Usaha yang kita taburkan tidak akan jadi sia-sia jika kita yakin dan terus berusaha.

Wasalam =)

P/S: Bagi sesiapa yang berminat menjana pendapatan melalui internet, ikuti kandungan seterusnya dari laman web ini. InsyaAllah, banyak lagi perkara menarik yang ingin saya kongsikan kepada semua sebagai panduan untuk berjaya bersama.

…….Nak pegi stokis smart naco dah ni. Beli 12 jeli gamat dan hantar ke US. =)

3 thoughts on “YES! My 1st International online business transaction successful!

  1. hmm…npk promising…
    boleh tak tolong citekan pasal smart naco lbih lanjut
    coz it looks like a bright bussiness….im interested..

  2. Shufi.. cam best je bleh buat jualan kat internet nih. tp camana kalau xde web site sendiri?.. rasa mcm best Zen Cart yg u guna utk NexG business.. hrp bleh jd sifoo. bleh??? plzzzz……………..

  3. Maaf saya lambat reply email kerana saya baru pulang dari beijing dan sibuk menguruskan semula perniagaan di internet. Saya harap dapat membantu ramai orang yang berminat dalam perniagaan internet. Tp mungkin terhad kerana saya masih sibuk dengan projek baru. Segala tips akan diberi melalui blog saya. Jika saudara berminat untuk memulakan biz internet, saya akan membantu dari A-Z untuk setup shopping cart yang bagus dan efektif dalam pakej laman web webd di http://webd.biz
    Jangan terlambat untuk meneroka peluang bisnes maya di Malaysia.. Anda mungkin adalah usahawan berjaya yang seterusnya melalui internet..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *