Problem With Paypal? Dont Panic..

Hmm..

Nampaknya saya mengalami sedikit masalah dengan paypal ni..

Masalahnya apabila anda menggunakan debit kad mastercard kerana paypal hanya boleh keluarkan wang ke akaun debit kad visa sahaja.

Alamak! Kan saya dah cakap buka akaun Debit Kad Public Bank!

Saya cuba keluarkan ke dalam kredit kad Maybank kawan saya.

Bom! Masalah lagi. Maybank credit card memang tak boleh keluarkan wang paypal anda!

Jangan terpedaya! Hu.. Sedihnya.. Apabila anda masukkan wang paypal anda ke akaun credit card anda,ia seolah-olah memasukkan duit untuk membayar hutang kredit kad anda! Anda tidak boleh keluarkan cash dari credit card kerana interest rate yang mencekik darah melalui caj daily basis! Itu sebabnya orang ramai tidak keluarkan cash dari kredit kad. Ini juga bermakna saya sudah melangsaikan kredit kad kawan saya berjumlah RM800! Wow! Saya amat teruja apabila melihat wang paypal telah masuk ke akaun kredit kad tersebut tapi sekarang tengah pening nak keluarkan.

Satu cara yang mudah adalah sama ada anda belanjakan wang itu melalui kredit kad ataupun anda buat kad debit public bank secepat mungkin dan transfer wang itu ke debit kad. Hmm.. saya nak apply public bank lah. Lagi bagus.

Satu lagi masalah apabila anda berurusan dengan paypal dan anda tidak mempunyai cukup dokumen.Mereka akan paparkan screen begini dalam akaun anda:

paypal

Tapi jangan panic, anda ikut sahaja arahan untuk upload passport, IC, Driving Licence dan utility bill.

prob_paypal2.JPG

Harap tiada masalah lagi bila debit kad public bank dah siap..=)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *