Coretan Lawatan ke Beijing 2007..

Salam rindu pada Malaysia..

Alhamdulillah saya telah selamat sampai di Malaysia pada 05/12/07 pukul 4 petang dengan menaiki pesawat MAS A330-300 yang mana pilot nya begitu hebat mendaratkan pesawat tanpa rasa hentakan langsung di Bumi Malaysia..he2.. syabas diucapkan..uhuk2!

Hari ini baru saya berkesempatan untuk mencoret sedikit pengalaman saya selama berada di Beijing 8 hari 7 malam..

(GAMBAR akan diselitkan dalam post ini dalam masa 3 hari lagi..=))

Bermula pada hari pertama..


Menaiki pesawat A330-300 9M-MKS MH 370 dari KUL ke PEK(Beijing) pada pukul 1230 dan sampai pukul 609 pagi. Waktu adalah sama dgn di Msia.. Sejuk terus menyerang tubuh sebaik sahaja menjejakkan kaki di Beijing International Airport dengan suhu bawah paras beku sehingga -4 celcius.. Disambut dengan seorang tourist guide beragama islam berbangsa cina bernama MUSA.. Kami dibawa menaiki kereta volkswagon santana mengharungi airport expwy ke bandar beijing dan check in hotel pukul 8. Penginapan sungguh memuaskan dan selesa. Kami berempat (Saya, Mak, Akmal dan Badri) berehat dalam bilik masing2. Tgh hari kami dijamu dengan pembuka selera yang paling best di Beijing iaitu satay kambing! Di restoran islam yang baru di buka. Terkejutnya kami dihidangkan dengan 9 jenis lauk dan hanya semangkuk kecil nasi. Pada mulanya terketar2 juga makan menggunakan chopstick. tapi dah lame ok plak.. Selesai makan,kami ke masjid berhampiran menunaikan solat. Kemudian ke summer palace di mana tempat Maharaja China bersemayam semasa musim panas. Terlalu banyak kisah sejarah di sebalik dinasti tersebut. Rakan saya Badri sempat mengambil gambar berpakaian sebagai seorang maharaja. Hu2.. Apa yang mengejutkan di sana, waktu siang sangat pendek sehingga anda boleh selesaikan semua 5 waktu solat dalam masa 12 jam sahaja. pada pukul 430 sudah gelap dan pukul 8 malam dirasakan seperti sudah lewat malam..kedai tutup pada pukul 9 mlm.

Hari kedua..
Pukul 830 kami makan roti sahaja dan terus bergegas keluar menaiki subway beijing ke tiananmen square iaitu dataran paling besar di dunia..Penat kami berjalan kaki di sana. Merentasi dataran dan terus memasuki forbidden city di mana terletaknya Istana utama Maharaja China pada waktu dahulu. Banyak kisah menarik terutamanya mengenai fakta dinasti. Seorang maharaja boleh beristerikan 100 wanita pada masa yg sama utk mengekalkan zuriat. Setelah Maharaja Mati, kesemua isteri berkorban membunuh diri dan mayatnya dibiarkan berdiri di dalam tanah. Seramai 14000 penduduk di dalam istana itu termasuk hamba dan gundik. Mereka sangat setia. Lantai dibina dgn berlapis2 batu untuk mengelakkan serangan dari bawah.Sesiapa yang memasuki tanpa kebenaran akan dipancung. Di belakang terdapat taman yang indah dihiasi pokok yang unik dan lovetree yang menandakan cinta seorang maharaja pada zaman dulu. Setelah penat berjalan, kami berkesempatan menaiki bas kabel. bas itu seperti bas biasa tetapi di atas nya seperti komuter. menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya berjalan di atas jalan raya. Seperti biasa, kami makan dengan lauk yg sgt istimewa setiap masa tidak kurang 7 lauk untuk 5 orang. selepas solat,kami ke massage center berpeluang merasa teknik urutan china dgn hanya rm10(20yuan).. kemudian kami ke silk store dan berpeluang menarik gumpalan sutera sehingga menjadi sehelai kain. kami ke teahouse untuk mempelajari jenis teh dan adat minum teh sbelum ke wangfujing untuk mencari kasut sebagai persediaan memanjat tembok besar china keesokan hari. Tapi malangnya kami tidak jumpa kasut yang sesuai. Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba saya dilanggar oleh seorang lelaki cina yang sedang menaiki basikal. Pada mulanya saya x kisah dan terus memaafkannya. Tak disangka lelaki tersebut berpatah balik ke arah saya dan menyapa saya.. “Where are you from?” Saya terkejut kerana di sana amat susah untuk mencari orang cina yang tahu berbahsa english. Rupanya dia adalah seorang lecturer University di Beijing.. Dia rasa bersalah dan meminta maaf.. Saya cakap tak kisah dan its no problem.. Then die pun bercerita yang die mempunya sebuah galeri caligraphy dan mahu saya melihatnya.. Dan saya mendapat tulisan Cina yang begitu tinggi nilai seninya dari seorang karyawan calligraphy professional beruliskan nama saya dalam bahasa cina..saya rasa sungguh bertuah.. Badri tahu bahasa cina dan die cakap memang tulisan tu kira paling cantik die pernah nampak.. wah..bangga pulak saya.. Kami terus bergegas balik dan makan malam.. Saya cuba ke Cyber Cafe di sana dan mendapati amat sukar untuk saya connect internet di sana..

Hari ketiga…
Sarapan pukul 630 pagi sungguh menyelerakan pelbagai lauk dihidang oleh pihak hotel..
Pukul 830 kami ke kilang jade,crystal dan burn cream center.. Pelbagai barangan menarik dan berkualiti di situ..Kami berpeluang melihat proses membuat tembikar dan tembaga sebelum makan dan solat di restoran berhampiran Great Wall Of China..
Pertama kali melihat di depan mata, Great Wall Of China sungguh hebat dan gagah tersergam meliputi 6000 km dari timur ke barat untuk menentang penceroboh dari utara terutamanya kaum mongolia.. dibina selama 250 tahun.. Saya,Badri dan Akmal hanya berjaya memanjat Great Wall sehingga menara ketiga sahaja..Di mana orang selalu mendapatkan sijil memanjat great wall.. Meluangkan masa selama hampir sejam menikmati pemandangan di atas menara..Kemudian kami turun dengan rasa puat hati..
Dalam perjalanan balik kami singgah di restoran Jiu Jiu Foo milik seorang jutawan berbangsa Cina dari Malaysia.. Alangkah terkejut kami berpeluang berjumpa dgn jutawan tersebut. Kami bangga dengan kejayaan perniagaan batu permata yang dimilikinya sehingga diminta menjadi sponsor dalam sukan olimpik 2008 di beijing. Tak pernah saya dengar kisahnya. Tapi sungguh membanggakan. Dia tidak pernah lupakan tanah air malaysia dan berkata kepada kami yang Dia lebih sukakan kehidupan di Malaysia berbanding di China.. Dia amat gembira apabila rakannya yang datang dari Malaysia memberinya sambal belacan.. Terharu mendengar ceritanya..Kami sempat melihat stadium olimpik utama berbentuk sarang burung yang sangat hebat reka bentuknya..

Hari keempat..
Kami ke rumah imam Abdul Hakim yang sangat terkenal dengan tulisan khat tradisional cina yang hebat..pernah datang ke malaysia,brunei dll utk pameran tulisan khatnya.. Saya tidak ketinggalan mendapatkan tulisan khatnya yang bertuliskan nama saya dalam bahasa arab dan cina dengan harga rm50. Kemudian kami ke masjid terbesar di beijing terletak di daerah chaoyang. kami memulakan aktiviti membeli belah di russian market di mana tempat famous untuk membeli barangan seperti langsir,cadar dan alas meja..selain itu,baju dan pakaian juga terdapat dengan harga semurah 6 kali ganda dari harga biasa. cuma kena pandai bargain la..

Hari kelima..
Pukul 945 kami ke silkstreet.. Satu lagi tempat yang menjadi tumpuan pelancong luar untuk bargain gila-gila.. Saya masih teringat peristiwa kejam saya..hu2.. Masa nak beli jaket giorgio armani di sebuah kedai.. pada mulanya saya diberi dengan harga 980yuan(RM490) untuk sehelai jaket.. Memang kualiti tinggi dan kulitnya nampak bagus.. Tapi saya sedar yang harga di sana memang murah berganda-ganda dari harga yang ditawarkan. saya pun dengan jari x malu menekan kalkulator dgn harga 140yuan.. prempuan yang menjaga kedai itu tidak setuju. Kalau ikut memang x masuk akal harga tu. tapi bila saya cakap “Nevermind, I dont want it..” tiba-tiba perempuan muda tersebut menarik tangan saya sekuatnya dan saya melihat matanya merah merayu agar saya menaikkan harga dan membeli jaket tersebut..uhuk2! sebabkan x sampai hati, saya naikkan 10 yuan shj..=p..kejam x? jadi 150yuan.. dia tetap x stuju tapi mahu saya menaikkan harga lagi.. at last, saya pun dah macam malas nak beli sbnarnya.. saya pun beredar dari tempat itu..x sampai 2 meter saya berjalan, dia panggil saya balik dan bersetuju dgn harga 150yuan (rm75) shj.. Saya pun tergelak besar dalam hati..berjaya juga saya bargain..uhuk2! tapi rasa kesian jugak kat dia smpai merayu camtu.. nak wat camne..hu2.. banyak lagi barang yang kami bargain sampai 10 kali ganda murah pun ada..hu2..
Kemudian kami ke yashow dan akhir sekali di tempat favourite kami di chaowai yuexiu.. best sangat shopping kat situ.. adala barang yang dibawa balik ke sini untuk dijual.. nasib baik x lebih 20 kilogram sorang.. kalau tak mesti dah kene excess..

Hari keenam…
Kami menaiki bas sampai sesat ke tianan men square.. Padahal kami nak ke chaowai yeuxiu untuk sambung shopping..=) Kami menaiki teksi hyundai elantra ke silkstreet dan kemudian berjalan hampir 5 kilometer ke chaowai yeuxiu.. Pertama kali kami dihidangkan dengan steamboat cina.. memang x sedap..hu.. xlalu kami nak makan..uhuk! balik kami beli limau segar..habis kami makan..

Hari ketujuh…
Kami berjalan di sekitar hotel..melihat kehidupan orang cina di beijing.. yang ramai penduduk islam tapi anda tak tahu yang mana islam.. melihat pasar pagi..kedai sekitar.. Yang menyedihkan, orang cina hanya boleh melahirkan seorang anak dalam 1 keluarga.. jika lebih, akan didenda 40k yuan (rm20k).. Kesian melihat mereka hanya ada satu anak yang dikasihi.. oleh itu, bersyukurlah kita menjadi rakyat malaysia.. Hargailah segala pemberian tuhan..Saya,Bad dan Akmal berjalan beberapa jam dari pukul 9 hingga 130 pagi di sekitar hotel untuk menatap suasana malam di beijing sebelum kami berlepas balik ke malaysia..

Hari kelapan..
Pukul 6 pagi, kami check out hotel dan terus ke airport menaiki 2 kereta kerana banyak barang yang kami bawa dari sana..pukul 920 pagi, pesawat kami berlepas dan kami sedikit-sebanyak berasa berat hati meninggalkan kenangan di Beijing..

Secara keseluruhannya..
Pakej pelancongan yang kami lalui di bejing sangat memuaskan.. dengan hanya rm890 seorang tidak termasuk tiket kapal terbang, kami diberi penginapan yang memuaskan setaraf hotel seri malaysia selama 8 hari 7 malam, makan lebih dari cukup setiap kali makan 7 ke 9 lauk, pengankutan kami ke mana-mana, tourist guide berbahasa inggeris dan lawatan ke tempat-tempat yang penting di beijing.. Sungguh berbaloi bukan? Selalunya pakej 6 hari 5 mlm termasuk tiket flight hanya RM2000 melalui pakej syarikat pelancongan yang kami gunakan tersebut. Sangat memuaskan.

22 thoughts on “Coretan Lawatan ke Beijing 2007..

  1. Pingback: Gambar Di Beijing… | Jom Belajar Tips Cyber!

  2. A’kum. Saya telah membaca blog anda dan pengalaman anda sangat menarik.

    Boleh saya dapatkan nombor agen dan travl agency untuk pakej ke beijing tu?

    Terima kasih

  3. Assalamualaikum Shufi, Menarik catatan perjalanan diatas. Saya bercadang untuk ke Beijing bersama isteri dan 2 org anak (18 & 20 yo) pada 2nd or 3rd week of Jan 2008. Boleh cadangkan kepada saya agen yang Shufi ambil untuk perjalanan di atas.

    Jazakallah.

  4. Hmm.. Ok siapa nak contact travel agent tu, sila bagi komen di sini untuk dapatkannya.

    Nanti die tanye dari mana tau, cakap je saya (Shufi kawan Badri) yang promote free..Hi2.. saya x dapat komisen pn.. Saje promot sebab saya puas hati dgn pakej die..=)

  5. Assalamualaikum..selepas baca coretan lawatan Shufi ke Beijing..saya berminat dengan travel agent yg arrange perjalanan shufi ke Beijing..nampak macam well organised jer trip tuh. Saya merancang nak bawak famili ke sana..kalau boleh tu dalam musim sejuk..insyaAllah!

  6. Semoga perjalanan awak selamat dan happy selalu..=) kalau nak mintak tour guide dari travel agent tu pastikan dia bagus. Kalaun pergi tak ramai, kena lebih berhati-hati sebab memang style kerajaan china macam paksa kita beli barang mahal kat sana. Tapi buat tak layan je kalau x nak beli.. =)

  7. slm..

    boleh bagi nama dan contact number agency?
    kalo boleh email lg senang…or handset number..

    tq

  8. Assalamualaikum…

    sy amat berminat utk pergi ke China setelah mendengar cerita saudara..boleh saudara emailkan kpd sy contact number agency tu?

    Thanx.

  9. saya dah emailkan pada semua yang nak contact number agensi pelancongan tu. Siapa yang berminat, sila tinggalkan mesej di sini. =)

  10. tahniah kerana memperolehi pengalaman yang manis.Perlukan nama agen dan contact, berminat membawa keluarga ke China. terima kasih.

  11. salam
    berbunga2 baca coretan ni..finally ada harapan utnuk dapatkan travel agent ke china yang bagus….boleh bagi no contact & website (jika ada)…plan nak gi early next year,insyaAllah…..

  12. assalamualaikum En. Shufi, saya seronok baca perjalanan U kat Beijing. Boleh tak bagi email no dan nama ajen yang intertaint U kat beijing tu

  13. waalaikum salam. Number kat bawah ni. Tapi xtau masih aktif lagi ke x number tuh. Saya pon dah lama x contact diorang. Xtau servis dorang macam mana sekarang.

    CS Holidays
    [email protected]
    0326970800

  14. En. shufi, tahun 2009 ni U tak da planing g Bijing ke, U buat la plaining travel dan kita orang boleh join U

  15. Menarik. Sy baru balik s’pore sbnarnya ni. Huh penat gler driving kat sana. Memang ada planning nak gi beijing lagi tapi masa masih xde lagi. Member2 sy pn ade yg nk gi sana lagi. Insya Allah kalo ade rezeki nnt kite g ramai2 borong barang sana.. =)

  16. hi En. shufi, tahun 2009 and 2010 ni saudara tak da planing g Biejing ke, kalau saudara buat la plaining travel dan kami sekeluarga teringin hendah joint sekali.
    menarik sekali perlalanan saudara ini

  17. Planning memang ade tapi nak pergi nya masih takde masa.. hu2.. Anyway, bleh je pergi dalam 4 orang camtu pon dah best.. senang je gi china ni.. pakej pon murah.. kalo pergi ramai sangat leceh jugak nanti.. hmm..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *