Books Are Amazing! Get to know about everything..

Kepentingan buku sebagai sumber rujukan yang paling baik

Beberapa hari lalu saya sering ke MPH Bookstore di One Utama untuk meluangkan masa saya di sana. Saya dapati tempat seperti itu sangat sesuai untuk para usahawan dan information seekers macam saya ni..hu2.. Sebab terlalu banyak buku yang boleh anda buka dan baca secara percuma! Saya akan selalu meluangkan masa di sana untuk membaca buku terutamanya dalam bidang komputer, internet, motivasi dan perniagaan..

mph.jpg

Untuk para usahawan yang ingin mencari peluang buat duit atau menjana pendapatan sampingan, saya amat syorkan anda menjadikan aktiviti membaca buku mengenai perniagaan dan motivasi di sana. Banyak idea boleh diperoleh dan pelbagai panduan yang boleh diikut. Selalunya saya akan baca dulu isi kandungan sebuah buku. Jika saya dapati buku itu dapat memberi panduan atau menyeronokkan, saya akan beli terus dan baca di rumah..

Sebagai seorang insan yang lahir pada zaman maklumat ini, kita perlu memanfaatkan segala peluang.. Contohnya jika kita hendak menjadi usahawan berjaya, kita perlu membaca maklumat dan kisah usahawan yang telah berjaya agar kita dapat “Instant Knowledge” atau Maklumat Segera mengenai sesuatu bidang. Jadi kita tak perlu melalui segala kesusahan dan pengalaman dahulu untuk mendapatkan sesuatu. Ikut sahaja panduan dan ilmu yang diberi melalui buku-buku. Jangan jadi terlalu ego untuk membaca dan berfikir yang andalah yang paling hebat dan tahu di muka bumi ni. Sebab anda tidak akan berjaya jika masih berfikiran begitu.

Rendahkan ego anda, tuntutlah segala ilmu agar anda menjadi insan yang berjaya.

Di kedai buku tersebut, anda boleh menjana idea melalui seksyen2 buku yang ada di situ. Fikiran anda akan lebih terbuka dan mudah untuk melakukan sesuatu dengan bijak.

Be an information seeker!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *