Urusan Bank Dan Perniagaan Anda – Company Current account | Debit card online banking

Huh,

Sejak akhir2 ni saya begitu sibuk uruskan hal2 berkaitan bank dan perniagaan Webd Biz. Terima kasih kepada abang saya yang membantu dalam proses tersebut sedikit. Hu2..

Hari ni baru setel semua terutama mengenai akaun semasa perniagaan Maybank (Enterprise Company Current Account) untuk Webd Biz Solution serta PBeBank registration setelah siap debit kad public bank.

Memang jauh sebenarnya perjalanan seorang yang ingin menjadi usahawan ni. Kadang2 pernah jugak rasa nak jatuh. Siapa yang x cukup kuat memang susah nak teruskan. Tapi saya teruskan juga. Sebab saya ada misi dan misi yang perlu diselesaikan. ececeh..

Ringkaskan cerita, untuk membuka akaun semasa di maybank anda mesti mempunyai seorang introducer iaitu orang yang mempunyai current account maybank tak kira lah company atau individu. Ambil borang dan isi semua maklumat dengan betul. Sediakan satu cop company yang simple (Nama Syarikat (Nombor pendaftaran), ruangan kosong dan “authorised signature”) untuk anda guna apabila anda mendapat buku cek dan sebarang urusan nanti. Selepas itu hantar ke maybank dan datang semula dalam masa seminggu setelah anda memasukkan wang berjumlah rm2000 ke dalam akaun anda itu. Wang tersebut boleh dikeluarkan semula setelah selesai proses pendaftaran. Pastikan anda memohon untuk online banking serta phone banking sekali untuk lebih memudahkan urusan anda. Jadi x payah pakai cek sangat. Akhir sekali anda akan dapat buku cek.Hu2.. 1st time saya pegang buku cek dan saya x pernah pun terbayang dapat pegang buku cek sendiri.. jakunnyer.. he2.. Telefon maybank phone banking untuk daftar nombor telefon bimbit untuk internet banking. Register online banking di maybank2u.com.my pada 1st time login. Masukkan kod akses dan buat username baru. Tada! siap.. Gunakanlah akaun semasa anda dengan betul serta rekodkan sebarang kemasukan dan pengeluaran wang dari akaun tersebut.

Untuk public bank debit card, anda perlu ke bank untuk memohon online banking. Mereka akan beri anda username dan pin number untuk anda akses masuk ke pbebank.

Anda boleh memantau kegiatan debit kad anda hanya dari internet.

Semoga urusan anda lebih berjalan lancar..=)

1 thought on “Urusan Bank Dan Perniagaan Anda – Company Current account | Debit card online banking

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *