Laman web jualan anda? Bajet hosting? Perlu ke upah webmaster?

web jualan anda

Untuk membina sebuah laman web jualan, anda perlu mengambil kira beberapa faktor.

Perlu juga dipertimbangkan adakah web tersebut hanya statik beberapa page atau guna blog ataupun ada sistem lain seperti affiliate dan autoresponder.

Saya cadangkan pembinaan laman web cukup sekadar satu untuk setiap produk. Lebih mudah untuk anda promosikan produk anda nanti. Sebab promosi adalah 90% kejayaan dalam bisnes. Buat web hanya dalam 10%.

Tapi perlu diingat! Buat web pun jangan main2! Anda perlu buat analisis, kajian pasaran, kajian keyword, dan bermacam-macam lagi. sebab tu ramai yang lebih prefer upah webmaster. Sebab apa? sebab proses untuk bina laman web adalah satu perkara yang melecehkan dan perlukan masa untuk anda mengetahui semua tips dan trik. Jadi orang yang berfikiran bisnes pun x larat nak fikir. Lebih baik fikir pasal marketing dan biarlah webmaster yang selesaikan kerumitan laman web tu.

Dari segi SEO pula, boleh naikkan trafik web dengan mudah terutamanya jika web tu dalam bentuk blog. Teknik yang selalu diguna oleh IM hanya dengan blog. Senang dan mudah untuk menambah sebarang maklumat.

Jika buat blog, hanya perlukan dalam 300MB dan pastikan bandwidth lebih tinggi untuk menampung visitor yang banyak. Kalau 1 GB bandwidth pun rasanya dah cukup. Nak selamat beli je yang besar terus.. banyak yang murah sekarang.. RM50 dah boleh dapat 2GB space dan unlimited bandwidth

Jika anda mahukan laman web yang sangat sesuai untuk apa sahaja perniagaan anda, sila layari http://mylisis.com dan dapatkan pakej tak masuk akal yang saya tawarkan buat pertama kali di Malaysia! =)