Perjumpaan dengan client dari German – Pengalaman menarik

malaysia business

Salam semua,

Pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya mengenai perjumpaan saya dengan seorang client dari German. Namun saya tidak akan mendedahkan projek yang telah kami bincangkan kerana itu adalah sulit sama sekali..he2..

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Nak cari rumah nya di Kelab Golf Shah Alam pun tak jadi masalah sebab selalunya saya ni kalau dah masuk Shah Alam je mesti sesat.hu2.. Unik nya perjumpaan saya dengan client hari ini adalah kerana saya pertama kali berbincang dengan seorang yang berasal dari German. Pemikiran beliau sungguh lain dan boleh dikatakan mengagumkan.

Beliau mempunyai sebuah syarikat consultant yang besar. Terlibat sama dalam merancang projek penyusutan kos untuk Syarikat Penerbangan Malaysia iaitu Malaysia Airlines. Secara kebetulan pula. Saya pun bekerja di MAS. jadi kami pun berborak panjang. Bahasa inggeris saya pun nampaknya boleh tahan walaupun susah sikit nak catch German slang ni. Tapi saya dah pernah bekerja dengan orang Australia di MAS yang BI dia lagi teruk..haha.. Faham2 jela..

Apa yang membuka minda saya adalah sepatutnya kita rakyat Malaysia berasa sangat beruntung kerana kita mempunyai peluang yang cerah untuk bangun di negara sendiri terutamanya kaum bumiputra. Mendengar keluhan beliau apabila menetap di Malaysia selama 2 tahun, sukar baginya untuk mengembangkan bisnes sebagai seorang pelabur asing kerana di Malaysia sekarang segala-galanya berpihak kepada bumiputra. Loan, status penduduk, hakmilik tanah dan sokongan kerajaan adalah faktor utama pelabur asing melabur di Malaysia.

malaysia german

Oleh sebab itulah beliau bercadang untuk meninggalkan Malaysia dalam masa 2 bulan ini untuk melabur di Vietnam. Mendengar kisahnya, menarik juga menjadi seorang pelabur asing ni. Terutama pada negara yang mempunyai potensi untuk lebih maju.

Apa yang perlu kita ubah tentang pemikiran dari segi perniagaan dan peluang untuk berjaya sangat banyak. Untuk menjadi seorang usahawan, kita tidak patut mengharapkan keuntungan semata-mata. Kita perlu mencuba dan mencapai target sekurang-kurangnya segala modal dapat kembali. Itu sudah dikira sebagai satu kejayaan. Jika tidak, sampai bila kita tak berani nak ambil risiko untuk berjaya.

Selain dari itu, kita mesti ikhlas dan open minded dalam membentuk hubungan perniagaan. Semua perlukan kejujuran untuk sama-sama naik. Bukan macam apa yang berlaku dalam bangsa kita sekarang ni. Sukar untuk bekerjasama dan saling bersaing dengan cara yang tak sihat. Mindset perlu diubah untuk menjadi seorang insan yang membangun. Termasuk saya juga. Perlu ubah dan sentiasa memperbaiki diri.

Huh. Lama juga saya berbincang dan berborak sikit2 sampai 2 jam lebih. Apa yang penting bagi saya sebagai seorang webmaster adalah memahami kehendak pelanggan terlebih dahulu. Jadi saya biarkan beliau menceritakan segalanya dan saya meminta info apa yang perlu untuk memulakan projek dan akhir sekali menandatangani kontrak pembinaan laman web.

Insyaallah saya akan uruskan semua sebaiknya. Kepada sesiapa yang berminat nak join team webd biz solution dan mempunyai pengalaman membina website, bolehlah contact saya. Tak kira siapa pun anda asalkan anda mempunyai keinginan dan semangat yang kuat, insyaallah anda boleh berjaya. Perlu juga tahu lumrah perniagaan ada naik dan turun. Masalah dan sebagainya.

Tapi perlu diingat, hidup ini jangan terlalu mengejar kebendaan dan harta. Sebab nanti bila anda terjatuh, anda akan hilang kawalan dan terus jatuh. Ingatlah bahawa hidup ni sementara. Semua yang kita usahakan di dunia ni hanya sebagai kemudahan untuk kita teruskan hidup sebagai seorang hamba Nya yang patuh. Kejayaan yang sebenar adalah di akhirat.. Hu2.. berceramah la pulak.. =p

Semoga pengalaman saya ni memberi sedikit sebanyak input yang baik dalam diri kita semua..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *