Cara Membeli (LCD Monitor) dan Install Hard Disk Sata Maxtor

beli lcd screen detect dead pixel

Eh? Nak beli LCD Screen pun kena ada panduan atau cara ke? Mengarut lah! Ahaha.. Janganlah fikir macam tu.. Semua benda mesti ada cara yang proper.. Termasuk buat laman web.. Jangan main hentam je.. uhuk2! Baiklah, teknik ringkasnya begini:

1) Survey harga untuk setiap jenama dan model

2)  Bandingkan kualiti:

Colour contrast untuk samsung 8000 standard dan LG 10000 lebih baik dan jelas.

Menggunakan screen yang bila anda sentuh, tak ada kesan cap jari dan tak kotor

Bila anda pandang dari sisi, anda akan masih nampak warna jelas, bukan gelap atau kehilangan setiap warna

2 mili second lightening fast response time adalah terbaik untuk gamerz. Makin kurang makin bagus. Selalunya standard 5ms je..

Pe agi eh? hu2.. tu jela kot..

3) Buat test untuk dead pixel atau “pixel mati =p”

Anda perlu run test dekat kedai yang anda beli tu jugak. Dia akan run program sebagai contoh, “dead pixel buddy” seperti dalam gambar atas untuk lihat mana-mana pixel yang mati atau x berfungsi. Caranya, screen akan diuji dengan mengeluarkan warna berbeza penuh. Mulakan dengan hitam, putih, merah, hijau, biru dan kuning. Lihat pada screen jika ada bintik yang x menyenangkan dan tak diundang. sepatutnya screen dipenuhi dengan warna.

4) Jangan lupa simpan resit untuk warranty..=)

Mudah je kan? Oleh itu, jangan lalai dan tertipu.. buat survey dulu..

=========================================================

Untuk hard disk pulak, cara install hard disk sata maxtor mudah sahaja..

1) Pasangkan hard disk sata anda dengan menggunakan cable sata pada motherboard anda. Dalam keadaan PC off

2) On PC anda dan masuk windows xp seperti biasa.

3) Klik Start > Run

4) Type compmgmt.msc dan tekan ok

install hard disk

5) Window computer management akan muncul. Klik “Disk Management”

6) Anda akan nampak hard disk lama anda dalam status “healthy” Right Click pada hard disk baru anda dan klik “new volume” untuk buat partition baru

install hard disk maxtor

7) Tetapkan jumlah kapasiti dalam hard disk anda. Contoh di bawah adalah bagi hard disk baru saya berkapasiti 160GB dan saya baru buat partition kedua berkapasiti 50000 MB. Teruskan buat partition sampai hard disk anda penuh. Ikut sahaja arahan mudah.

install hard disk maxtor sata

8) Format menggunakan NTFS (jangan guna fast format) dan letakkan nama untuk hard disk anda

9) Tunggu sehingga proses format untuk setiap partition habis. Memang lambat sebab anda format dalam keadaan PC anda running windows.

1 thought on “Cara Membeli (LCD Monitor) dan Install Hard Disk Sata Maxtor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *