Ugh! Sedap sangat ke western food di Big Plate Subang?

 

restoran western food di selangor, subang

Ha.. Soalan cepu emas.. dan akhirnya terjawab apabila saya pergi belanja family saya di big plate kelmarin. Nama restoran western food yang terkenal di Subang, Selangor.. Saja la nak cuba makan sedap sikit kan..

Saya pun pergilah berlima di restoran tu dan bila sampai, memang nampak macam biasa. Tak ada daya tarikan langsung. Lepas duduk, tengok menu.. wah.. boleh tahan mahal die.. Satu pinggan Steak yang biasa RM25.50! Saya pun fikir yang tempat ni mesti makanan die high class sebab mahal macam tu. Kami pun layan lah order untuk 4 orang. Sorang lagi tu yang kecik tu sibuk je bukan nak makan pun. haha.

Saya order jus mangga satu RM 3.80. *Harga semua x termasuk tax 5%. Wah.. siap ada tax lagi. Macam restoran mahal la.. Bila saya dapat je jus mangga tu, saya terkejut! Ugh! Mangga yang dah “teroksida” digunakan untuk buat jus! Macam epal bila kita biar die terbuka kepada persekitaran akan berwarna perang isinya. Maknanya buah tu x fresh! Mungkin saya lupa sebut perkataan “Fresh” manggo juice please..ahaks!

western food restaurant selangor

Tu baru air jus. Sampai pulak menu special yang diberi nama sempena nama restoran “Big Plate” di depan saya. Saya terkejut! Pinggan die memang besar! Tapi isinya ciput.. Memang kalau saya beli daging dan buat sendiri agaknya modal x sampai RM7 dah boleh jadi lebih sedap dari tu! Saya pun makanlah nak rasa.. Makan2 rasa dia pun x sdap! Macam nak bunuh orang dengan minyak banyak sangat macam kuah minyak dah..

Aduih..yang peliknya ramai pulak yang makan dekat situ. Lagi satu, sayur yang die bagi, macam brocoli dan salad, memang keras! X pernah saya makan macam tu. Macam makan sayur x segar yang baru beli dari pasar malam mentah2.. Yux!  Teruk sangat2. Rasa menyesal pulak bawak family saya makan dekat situ. serba salah pulak kat diorang. kesian makan x sedap. sebab saya cakap nak belanja makan banyak dan sedap2. tengok2 bayar mahal je tapi x sedap. Mahal sampai RM Seratus lebih untuk 4 orang! huh! Saya simpan resit tu jadi kenangan makan mahal yang x sedap..hu2.. Agaknya siapa yang datang situ mesti semuanya nak cuba je.. Lepas tu x datang dah. Tengok dorang makan pun muke redha je..

Mungkin diorang x tahu yang ade lagi western food restaurant yang lagi sedap dan berbaloi. Contohnya dekat kampung baru berhampiran masjid kampung baru ada restoran western yang sedap dan memuaskan. Hanya RM7 untuk satu pinggan Chicken Chop. Pernah saya bawak family saya belanja makan kat situ memang kenyang gila! Selain dari tu, ada satu di kelana jaya bernama restoran cow boy. Dekat dengan tasik kelana jaya.

So, lepas ni dalam bulan depan saya nak belanja family saya buat barbeque. Insyaallah.. Nak jemput sedara yang lain sekali. Lagi berbaloi dari makan dekat big plate. hu2.

Makanlah anda sebelum anda dimakan! =p

13 thoughts on “Ugh! Sedap sangat ke western food di Big Plate Subang?

  1. try lah pulak western food kat subang perdana,not bad lah.eh..restoran nk de cusine,restoran melayu kita

  2. I personally think steak kat big plate tu not bad and price dia pun okay jugak. Yang you dok compare dengan steak kat kampung baru and Cowboy tu, memanglah dia murah sebab steak tu takda standard.. ala-ala uptown punya standard je….

  3. Hurm.. Sory kat peminat restoran big plate sebab bagi komen nih. Tapi masa saya pergi tu memang dah x sedap n truk sangat. Tu komen jujur saya lah. Tapi kalo nak try jugak boleh je. Mane tau dorang dah upgrade service ke, jadi bagus lak. So sape yang pernah try kat big plate tu meh bagi komen kat sini. =)

  4. 1st i g sane sbb nk try…org kta sedap..lebih2 lg penah masuk paper…i mkn sedap..dn memang banyak….specially kambing dia…hby kata best. 2nd time i g lagi sana…pulakkkk….dh kureng sedap…ntah nape…sayur dia keras…skg nie..bila nk g lagi…terfikir byk kali

    tp actually…bole la …sepinggan leh mkn 2 org..air pun leh share..lagipun org melayu punya…cuma 1 je la kurang best…tahap kebersihan kna tingkatkan dan cuba la pihak pengurusan dia kena la cari jalan macamana nk upgradekan susun atur dan dekorasi restaurant..terutamanya pencahayaan dan pengudaraannya..

  5. ada lagi makanan barat yang murah dan sedap, tapi kat jitra alor setar lah. Chicken chop baru rm5.50. murah dan sedap. kalau mai kedah, pi lah cuba

  6. ni pulak nak cerita pasal aku, masa aku makan kat big plate sebelum ni, lori big plate ni dah langgar kereta aku parking depan kedai, dan terus lari, nasib baik ada hamba Allah ni beritahu cakap lori merah big plate ni langgar dan lari.

    nak dijadikan cerita, jumpa orang management dia dalam tuh, mereka cakap tak mahu bertanggungjawab, dan pada mula nya mmg mereka dan tahu tapi tak mahu mengaku dan bila aku minta no owner melayu big plate ni, rasa panas baran sebab dia taknak bertanggungjawab, jadi dia suruh minta duit pada driver lori ni yang mana aku rasa mmg betul sengkek gila

    moralnya, toksah makan kat kedai mcm ni, kita makan makanan yang dia jual membantu dia mencapai kekayaan, tapi berlagak pulak dan langsung tak friendly, mcm ni ker nak berniaga, pada malam tu saya berbelanja rm84 kat big plate dan pulang dengan kerugian rm1000 utk baik kereta,

    p/s makanan takda sedap mana, kalau yg tak pernah makan western food tu akan cakap sedap ler, pi makan kg baru tuh pun berbaloi.

  7. Wah, sadisnya kisah u dgn big plate ni shah. Teruk jugak manager big plate tuh. Patutlah restoran pon hampeh. Sabarlah ye. Satu masa nanti dorang akan dapat balasan jugak. Ramai orang dah tau dah pun Big plate ni x best. Buang duit je. Gi kg baru agi berbaloi makan western.

  8. restoran baru western food kat subang perdana kat mana?dengar dengar chef dgn owner dia org spore?
    siapa siapa boleh gi taau?

  9. he..he..dekat je kat rumah aku,dekat dgn restoran mamak shaz subang perdana.boleh tahan jugak,selalu gak dia buat promosi.tapi owner dia tak tahu plak orang mana,spore ke..thai ke..london ke,,, janji sedap..tapi memang orang spore pun.pasal ada kereta spore selalu kat sana.

  10. hi tuan blog. sy pg Big Plate bulan may 09 lepas. mknn die ok jek. sedap la jugak. portion besar.

    cume.. restoran tu mmg tade org. wahaha. sampai2 tu.. kiteorg je ade. mase tu awal lg.. baru 12.30 tghari. dan weekday plak. bile kiteorg nak balik tu, baru ade 3 org masuk nak mkn. ehehe.

    ok. papepon, ini sy dah blog pasal Big Plate. tgk la kat url bwh ni. ade gambar skali.
    http://myh3rbalif3.blogspot.com/2009/05/day-776.html

  11. adieha, baguslah kalo tempat tu dah improve. Tu menunjukkan diorang prihatin ngan kehendak customer.

    Mungkin servis diorang sekarang dah ok. Dorang pun ada hak nak berubah. So sesiapa yang nak rasa big plate blehla kalo nak pergi sana.

  12. biasalah western food rm20++
    betul ke kat kampung bharu western food rm7..murah betul..ape name restoren tersebut?

    uish saya gi mkn bigplate potion die besar sgt! saya gi dah lama dah..makin lama makin sket ke?

  13. Ichigo,

    yup. Kat Kg Bharu chicken chop die RM7 jerk. Dkat ngan masjid Kampung Baru KL tu. Nama restoran die “HR”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *