Pendedahan Khas: Pelancaran website dan projek baru oleh Webd Biz Solution

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana banyak cabaran untuk menyiapkan beberapa fasa laman web dan projek telah berjaya diharungi hingga kini.

Di sini saya ingin menerangkan tentang 4 laman web yang dibangunkan Webd Biz Solution iaitu kereta.info, mycuti.info, vietservicepartner.com dan new package mylisis.com.

Juga kepada semua web partner saya yang baru, Mr Aldo Arnal (vietservicepartner), Sifu Azameel (kereta.info) dan webmaster Azlan (mycuti.info), selamat datang dan terima kasih kerana sokongan anda untuk menyiapkan dan menyumbang kepada kejayaan laman web yang amat dihargai. Kali ini saya pasti tidak tersalah pilih partner seperti sebelum ini yang tidak banyak membantu dan tidak bekerjasama sehingga menyebabkan kegagalan. Kerana saya lihat semangat yang ada serta matlamat yang dikejar oleh setiap rakan web saya lebih jelas dan menampakkan hasil. Berjuta kalung penghargaan saya ucapkan.

kereta info

Kereta.info adalah sebuah laman web yang ber “niche” kan maklumat menarik tentang kereta. Laman ini bertujuan untuk menjadi majalah kereta online yang majority artikelnya dalam bahasa melayu sejajar dengan matlamat Webd Biz Solution memperbanyak maklumat berbahasa melayu di internet. Motif utama adalah menarik pelawat setia, memberi info terkini dan lengkap mengenai semua model kereta, servis ataupun tips yang dapat membantu semua pengguna dan peminat kereta. KDI merupakan singkatan bagi KERETA DOT INFO yang merupakan nama team yang menyumbang kepada artikel dan member berdaftar.

mycuti info

Mycuti.info adalah sebuah laman web yang menjurus kepada informasi pelancongan, aktiviti menarik dan pakej yang disediakan oleh setiap agensi. Akan datang, laman web ini akan menjadi hub informasi pakej pelancongan dari seluruh Malaysia khususnya dan Dunia umumnya. InsyaAllah, dengan usaha dan komitmen yang diluahkan oleh webmaster Azlan sebagai admin dan team webd akan membuahkan hasil. Walaupun masih baru dalam bidang reka laman web, tetapi webmaster Azlan telah membuktikan keupayaannya membina dan mereka design yang begitu cantik dan menarik. Untuk maklumat, ZMD Travel Sdn Bhd adalah syarikat utama yang menawarkan pakej pelancongan dan sponsor member pertama laman web mycuti.info

vietservicepartner

Vietservicepartner.com adalah sebuah laman web yang bertujuan untuk menarik pelabur asing untuk membangunkan ekonomi di Vietnam dan mengambil peluang memonopoli perniagaan di Vietnam. Mr Aldo Arnal yang juga pemilik syarikat Viet Service Partner Vietnam telah berusaha keras bagi menyediakan perkhidmatannya. Akan datang, satu projek online business dan database akan dibentangkan untuk menerajui bisnes internet di Vietnam.

mylisis

New Package Mylisis telah dilancarkan bagi mengurangkan kekusutan webmaster dan customer dalam proses pembinaan laman web di mana beberapa pakej yang pasti memikat hati dan memenuhi keperluan pengguna internet khususnya pelanggan servis membina laman web. Harga yang ditawarkan buat masa sekarang adalah harga introduction dan akan dinaikkan tidak lama lagi ke arah harga standard yang ditetapkan. Tempahan juga telah dihadkan untuk setiap pakej untuk memberi ruang webmaster menyiapkan laman web dan memberi fokus kepada tugas yang diberikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *