Rrrr.. It happens in front of my eyes!

accident

(Gambar di atas adalah dari harian metro isnin 21/07/08. X sangka masuk paper jugak kemalangan yang saya saksikan tu. Klik untuk besarkan.)

Ahad pagi yang mengejutkan! Semasa dalam perjalanan untuk ke tempat kerja di Lapangan Terbang Subang, saya menyaksikan satu kemalangan yang mengerikan betul2 di depan mata saya! Pada mulanya semua berjalan seperti biasa. Sampai di selekoh Airod, saya terlihat sebuah kereta Proton Wira hilang kawalan dan bertembung dengan kereta proton saga di hadapan kereta saya!

Depan kereta saya ada lagi sebuah kereta wira yang berada di belakang saga tersebut. Saya dah terfikir, nasib baik saya lambat beberapa saat sahaja di belakang saga tersebut. kalau x, Pom! saya pun kena juga.

Pada pagi tu, semua kereta bawa perlahan seperti biasa tapi memang x disangka2 akan berlaku perkara yang sebegini walaupun perlahan tapi impaknya terlalu kuat sehingga menghancurkan bonet hadapat wira dan saga tersebut.

Saya hairan pada mulanya kereta wira tersebut membelok dengan elok sekali tapi lepas beberapa saat, tiba2 wira tu macam tertarik seperti magnet betul2 di hadapan saga tersebut. Saya lihat kedua kereta bertembung dan kaca bersepai.

Saya seakan x percaya dan rasa menggigil tiba2. Lalu saya berhentikan kereta saya di tepi dan cepat2 cuba membantu mangsa nahas tersebut. Masa saya sampai di kawasan pertembungan tu, enjin kereta saga tu masih mengaum dengan kuat dan keluar asap yang sangat banyak dengan air radiator melimpah2. Saya juga terdengar raungan pemandu saga yang x bersalah tu “sakit! aduh!”.. Saya jadi panik. Abang motor sorang tu menelefon bomba. Saya cuba mengopak pintu wira untuk membantu mengeluarkan mangsa tetapi gagal kerana pintu terhimpit dari depan.

Tetapi pemandu wira masih sedar dan nampak seperti cedera ringan di lutut dan meminta saya menelefon bapanya. Saya pun terus telefon bapanya dan memaklumkan lokasi kemalangan tersebut. Saya pun pergi melihat pemandu saga yang masih meraung kesakitan kerana terhimpit dengan teruk akibat jarak duduk yang terlalu rapat dengan dashboard kereta. Dengan darah yang banyak.. Fuh…

Nasib baik saya masih x terlambat untuk pergi kerja dan sempat membantu. Tidak lama kemudian bomba sampai untuk menyelamatkan mangsa. Yang kesiannya pemandu saga tu la. Tak bersalah terpaksa menanggung kesakitan yang lebih teruk dari pemandu wira tu. Ish.

Kesimpulannya, berhati2 di jalanraya dan sentiasa amalkan doa memulakan perjalanan setiap kali menaiki kenderaan. Pengalaman yang saya x dapat lupakan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *