HAPPY 888!!!

Happy 888 semua!!! Saja nak ucapkan happy 08/08/o8 kpada semua! Sementara menunggu cerita gembira saya lepas ni.. sempena 888.. tunggu.. peace! =)

Ok saya sambung..

Sempena 888 ni saya nak share sikit apa yang buatkan saya gembira sehingga hari ini. Pertama sekali, sebagai webmaster, saya tentu gembira jika customer or web partner saya gembira dengan hasil kerja saya. Saya amat terharu bila terbaca mesej dari Pn Mas selepas menyiapkan laman web beliau di “moc.samdnertpu” . haha.. terbalikkan web address tu guna cermin. pastu tgk la hasil kerja yang x seberapa saya yang mana lebih kepada simple n nice. Beliau suka dengan design yang saya reka mengiku kehendak beliau.

Seterusnya, setelah lama quotation dari kolej yayasan saad melaka, akhirnya mereka mengambil keputusan melanggan khidmat webd biz solution selaku pereka laman web professional private school tersebut. Saya amat berbesar hati mendapat projek yang menelan belanja yang besar dari sebuah private institution yang terkenal. mula2 macam x percaya. Tapi itulah yang dikatakan rezeki. Alhamdulillah.. Walaupun pada mulanya banyak masalah dengan mynic (domain name provider utk domain .my) , akhirnya berjaya diselesaikan. sekarang, temporary page di “ym.ude.msyk” (terbalikkan lagi la..hahah) menunjukkan proses pembinaan laman web rasmi mereka sedang dijalankan oleh kami. Pada kali ini, saya mengambil pendapat abang saya untuk menjadi inspirasi asas laman web kali ni (he2).. Jangka masa pembinaan adalah selama sebulan.

Walaupun sibuk dengan KDI yang makin hari makin meningkat visitor, saya hanya berharap diri saya mampu menguruskan masa dengan baik. Persoalan mengenai web crawler yahoo yang malas nak index KDI pun dah terjawab. Akhirnya berjaya menaikkan SEO untuk yahoo semula selepas seo di google pulih sepenuhnya. Hanya perlu masterkan penggunaan webmaster tool untuk kedua2 search engine tu. Sekarang pun MSN dan AOL dah mula crawl dan memberi visitor hasil dari inbound link dari laman web pengunjung KDI yang menghargai segala laporan KDI selama ini. InsyaAllah, joint venture dengan produk dealer akan dimulakan tak lama lagi. Hanya produk terpilih dan berkesan akan dipaparkan di KDI. Terima kasih kepada Iwan kerana memberi idea mengenai promosi produk tersebut. Tak lama lagi, selepas kajian KDI dijalankan, semuanya akan berjalan lancar.

Boleh dikatakan bulan ni adalah bulan saya berjaya melepasai “threshold” untuk beberapa target dalam hidup saya. Antaranya threshold 100usd adsense, maintain 1000 visitor/day KDI, threshold 2000 visitor/day, adsense USD15/day, united KDI team, biggest web project cost thousands of RM, design concept, SEO technique, OT @ OJT on maximum force (=p), maintaining monthly income online, communication style, rekod rambut panjang (haha), banyak agi x ingat lak.hu2

Yang terbaru, akhirnya saya berjaya membuktikan program internet marketing melalui SEO mampu menjana pendapatan melalui google adsense apabila menerima cek sulung dari google baru2 ini. Tak banyak.. tapi makin hari makin meningkat.. Alhamdulillah.. semua ni berkat rezeki yang x putus2 tuhan bagi. Berkat doa mak n papa. Nasihat bonda supaya membaca “ahmadarrasulullah muhammadarrasulullah” masa solat jumaat dan berdoa antara dua khutbah tu memang memberi kesan untuk rezeki yang x putus2.

Setelah lama memakai PC yang cabuk, saya rasa dah tiba masa saya upgrade system. Mulanya nak tukar processor je. Last2 kena tukar motherboard, ram dan power supply sekali! aduih.. sib baik ade modal. Alang2 pakai pentium dual core ngan motherboard yang compatible sampai quad core. senang nak upgrade lagi nanti. Skang dah x selembab dulu agi pc ni. blehla wat keja laju ckit. kui2..

Semua ni, kisah2 gembira saya ni, xkan ada kalo xde sokongan dari semua terutama orang tersayang yang lebih memahami dan sentiasa support saya dengan pelbagai cara. Thank you dear.. Kalo dulu, xde org support lgsg, saya terpaksa buat sorang2 semua, memang susah dan x berkembang langsung. Fikiran sempit n x maju. Tapi skang dah lain. Sebab saya banyak bercampur dengan orang x macam dulu. Macam2 orang saya jumpe. Orang tua, melayu ke cina ke india ke, perempuan ke laki ke, yang ada masalah, mat salleh kat tempat keje tu, macam2 la pendek kata. So Saya lebih open minded, lebih ramah dengan semua tak kira tua ke muda, lebih berani menempuh segalanya, boleh menerima kutukan dan pendapat, lebih rasional dalam membuat keputusan dan tidak terburu-buru. Itulah nilai yang sering saya cuba terapkan dalam diri saya.

Ok, dalam menceritakan kisah saya ni, saya bagi tips lagi sikit. Simple je, kalo nak upgrade PC tu, x kiralah apa component pun, make sure it is “COMPATIBLE”..hu2.. jgn jadi cam saya. last2 kena upgrade semua. kui2. caranya .. sebelum nak upgrade tu, contohnye processor, tengok price list and available product yang hendak dibeli di Lowyat contohnye. Compare yang mana terbaik dan tanya kawan yang expert hardware ni. Selalunya gamers dan overclockers ni memang gila bab2 hardware ni. Lepas tu, tengok requirement hardware tersebut. Boleh support ke x. Sebelum beli tu, make sure tanye dulu kat tokey kedai tu, memang compatible ke tak. Jangn lupa pasal warranty. Penting tu. OK lah.. Semoga anda pun bergembira dengan hari-hari anda..

Jadikan hari kita pada hari akan datang lebih baik dari hari ini.. Anda mampu mengubahnya..=p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *