Cape Town – Buenos Aires – Part 1

DSCI0285

Yeah! Breathtaking scenery along the  camps bay, cape town beaches. Rasa macam x percaya biler di sana. Terlalu aman dan tenang. Tak pernah saya bayangkan ketenangan seperti ini memang wujud di muka bumi Allah ini.. haha. Syukur masih dapat menikmati keindahan alam dan mempelajari sesuatu yang bermakna. Bagi saya, trip KL-Johannesburg-Capetown-Buenos Aires ini adalah sesuatu yang memberi begitu banyak makna dalam kehidupan. Pergi ke tempat yang paling jauh dari Malaysia, segala memori dan keburukan lama seakan sudah dibuang begitu jauh dalam ingatan saya. Dengan segala keindahan yang saya temui, akan saya kongsikan di sini.

Perjalanan pulang dari cape town ke Malaysia mengambil masa selama 37 jam kerana kami singgah di Buenos Aires, berhenti selama 5 jam di sana untuk melengkapkan misi ke tempat paling jauh dari Malaysia, kembali ke cape town, transit selama sejam, take off to johannesburg, transit sejam lebih dan meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Total hari perjalanan adalah 2 hari. Berada dalam flight (on air) lebih kurang 39 jam! Huhu.. Puas dok dalam aircraft.

Gambar di atas adalah pemandangan pantai yang begitu cantik berlatar belakangkan table mountain national park.

CLICK HERE TO READ MORE ON MY JOURNEY!

SN851245

Fossil from shark tooth. Di South Afrika, ikan jerung banyak menghuni di sekitar pantainya.

 

SN851182

Bergambar di penguin colony di Boulders Beach, berhampiran Simons Town. Best gler dapat tgk penguin. hu2

SN851202

Navy port di Simons town

SN851219

Makan di Restoran terkenal. Sponsored by Dr Sheikh =)

SN851222

Here is one of best the part of our 3 days journey in cape town. We met someone special, Dr Sheikh, the South African Government related person. Pada mulanya, Adi just tegur sorang yang berkupiah dengan memberi salam di Muzium South Afrika. Daripada teguran itu membawa kami berkenalan dengan beliau dengan lebih dekat. Beliau sungguh peramah dan baik hati. Macam x percaya kitorang bleh jumpa orang macam ni dalam perjalanan kami. Beliau tahu serba serbi mengenai Malaysia terutama politik Malaysia. Actually, beliau pernah datang ke Malaysia pada tahun 1994. Dalam beberapa masa di malaysia, beliau mendapat beberapa penganugerahan oleh polis diraja malaysia dan beberapa university di Malaysia yang berkaitan dengan beliau iaitu IIUM dan UKM juga USM.

Pada mulanya kami x berani nak tanya apa2 sebab memang nampak beliau ni orang besar kerajaan south afrika. Yang kami tahu, kerajaan Afrika selatan melantiknya sebagai mastermind untuk pembinaan sebuah pulau baru berdekatan dengan cape town. Di mana Malaysia juga terlibat dalam pembinaan tersebut. Beliau mempunya kebanyakan nombor telefon presiden dan perdana menteri di seluruh dunia. Termasuk beberapa orang besar di Malaysia. Ada beliau tunjukkan mesej dari sorang datuk di malaysia suruh kami translate kan bahasa melayu yang datuk tu hantar. Dengan mesej2 lain. Kami terkejut kerana beliau kenal ramai orang besar di Malaysia. Itu yang menyebabkan kami lebih segan dengan beliau.

Banyak juga kisah politik dan pengalaman beliau diceritakan kepada kami semasa beliau belanja kami makan di sebuah hotel yang mempunyai seorang chef Malaysia dengan masakan ala melayu terkenal di cape town, restoran hotel capetonian. Kami memang macam x percaya. Pada mulanya beliau hanya ingin kami telefon beliau jika kami nak bertolak pulang ke malaysia. Kami pun telefon beliau pada malam terakhir kami di sana hanya untuk mengucapkan selamat tinggal. Tapi akhirnya beliau mengambil kami berhampiran penginapan kami dan membawa kami ke restoran tersebut.

Jantung saya berdegup kencang dan badan tiba2 mula berasa panas. X tahu macam mana perasaan kami masa tu. Orang besar nak belanja kami yang kecik ni tibe2 macam tu je di sebuah hotel. Buffet plak tuh. Mula2 rasa macam ada muslihat. Ntahla. Macam2. Tapi lama2 baru kami tahu sebab apa beliau melayan kami begitu baik. Antaranya beliau memang ingin mengambil peluang melayan orang malaysia. Ada sebabnya. hu2.. tapi kenapa kami yang dipilih. beliau kata, beliau nampak kami ni datang ke negara diorang sebagai seorang yang adventurers. Kami x datang dengan mana2 pakej pelancongan. mencari penginapan sendiri, berjalan sendiri, cari makan sendiri semua sendiri. Beliau kata kagum dengan kitorang. haha.. masa tu adalah bangga sikit. kui2.

Yang kami terkejut lagi, bleh plak ada sorang chef berasal dari penang, Malaysia bekerja di restoran tu. Masakan die memang sedap. Chef Mustapha nama die. Seronok jugak dapat jumpe orang malaysia di sana. Borak2 cakap bahasa penang. hu2. Die pun dah lama kerja di situ.

Akhirnya kami pun bergambar bersama. Paling kiri tu ialah anak kepada seorang ilmuwan di afrika selatan yang baru meninggal dunia. Dia dalam kesedihan dan Dr Sheikh mengambilnya kerana dia tiada siapa lagi. 2 dari kiri ialah Dr Sheikh, Chef Mustapha, Adi dan Saya.

SN851224

Di hadapan restoran capetonian. Makan sikit je. segan lak nak makan banyak2.

SN851232

Pusat jana kuasa elektrik nuklear berhampiran airport

DSCI0087

Stadium utama untuk World Cup 2010 yang masih belum siap di Cape Town. Aiseh.. saya ni asyik pergi ke tempat yang ada stadium x siap je. hu2. tahun lepas gi beijing, bergambar dengan stadium x siap jugak. tapi dah nampak rangka. macam ni jugakla..hurm.. =)

DSCI0128

Teksi rikkis yang famous di cape town.

DSCI0156

di sinilah perjalanan kami pada hari ke dua bermula dengan menaiki bas city-sightseeing cape town mengelilingi bandar capetown dan sekitar table mountain.

DSCI0174

Berhenti singgah di Taman bunga terbesar afrika dengan spesis bunga paling banyak, kirstenbosch botanical garden.

DSCI0184

Haha.. aksi menarik gajah di botanical garden. banyak ukiran unik dan cantik di sekitar taman ini.

DSCI0186

harimau pakai topi

DSCI0188

Botanical garden juga merupakan salah satu dari world heritage site.

DSCI0231

Bermain dengan burung. hu2. di bird park. Memang best gler. Berbaloi sangat2 masuk sini. tiket pon mahal. semua haiwan liar kat sini kita boleh duduk dekat2 dan boleh pegang. puas hati dapat ambil gambar dengan jarak dekat dengan burung enggang tu. kat tempat lain memang x dapat buat macam ni. only in south africa. hu2.

DSCI0232

The largest bird park in africa

DSCI0239

Mariners warf berdekatan dengan haut bay, tempat nelayan cape town.

DSCI0279

Perh.. first time merasa air laut yang sejuk giler. dalam 16 celcius. baru letak kaki berapa saat dah rasa beku n kebas. x taula camne dorang bleh tahan mandi kat belakang saya tu. pelik tol la.

DSCI0300

“hop on hop bus” in front of waterfront

DSCI0318

Tengah amik gambar di atas table mountain. menunggu sunset.

DSCI0344

Di ketinggian 1000 meter atas gunung paling rata di dunia, table mountain. boleh nampak sekita bandar cape town sebelah kanan. ada puncak sebelah kiri tu dipanggil lion’s head. pulau di tengah laut tu adalah robben island, tempat di mana Presiden afrika dipenjarakan, kini menjadi muzium memperingati beliau yang memperjuangkan anti apartheid iaitu dasar diskriminasi orang kulit hitam.

DSCI0357

Sunset di atas table mountain.

DSCI0384

Makan di restoran muslim paling famous, restoran bismillah. Restoran ni dimiliki bangsa melayu cape town yang tinggal di malay cape. Bangsa Malay cape adalah berasal dari rantau melayu asia tenggara yang berhijrah ke sana. Banyak juga orang melayu cape town di sana. Masakan dia boleh tahan sedap. Tapi mahal giler2. huh. chef diorang cakap dorang bleh masak kari yang lebih baik dari kari penang. chet. poorah. haha.

SN851313

Batu merah argentina. batu ni hanya boleh didapati di argentina sahaja. menarik juga coraknya.

SN851312

Tiket penerbangan paling jauh, Buenos Aires – Kuala Lumpur dengan MH 202 Boeing 747-400 “melaka” registration 9m-MPM pada 8 october 2008, take off at 2020 hrs. tengah tunggu departure di argentina airport.

SN851311

Kedai batu argentina.

SN851278

Merakam saat pendaratan di Buenos Aires, Argentina. Full Flap down, flight and ground spoilers up! Perjalanan dari cape town mengambil masa 8 jam lebih. Kami berhenti di buenos aires selama 5 jam untuk melengkapkan misi ke negara paling jauh. Jalan2 mengambil udara segar 15 degree celcius argentina, memerhati sekitar dan mengenali orang argentina.

Orang argentina boleh kata semua cantik2. Memang susah nak nampak yang x cantik. berbeza dengan di Malaysia. Diorang muka semua standard pelakon. Pegawai tiket MAS kat situ pun muka macam tom cruise. Awek semua muka macam pelakon dalam amarte asi..hi2. dahsyat btol. Tapi malangnya diorang x banyak cakap english. cakap bahasa argentina. latin kot. kitorang xfaham langsung. kat airport tu pon dorang x cakap english. kitorang pon ha..ha.. jela.. hu2. sib baik x dok lama kat argentina. kalo x, xtaula camne nak idup. hu2.

SN851273

Perbezaan waktu di argentina adalah 11 jam lambat dari kuala lumpur. Manakala cape town 6 jam lambat. Bermakna kitorang dah dekat the other side of the earth! hu2.

SN851270

Muka bumi argentina yang hijau. banyak kawasan tanaman kecik2. pokok besar jarang nampak.

SN851264

Menghampiri daratan argentina.

SN851262

ais krim paling best penah saya rasa. haha. dalam die ada karamel kat tengah tu. luar salut coklat. dapat masa perjalanan ke buenos aires.

SN851257

Wine or apple juice? hurm.. selalu confius dalam flight. Tengok stewardess tu bawak wine, ingatkan apple juice. satu je cara nak beza. kalau wine tu ada buih atas die..haha. belakang tu remote control in flight entertainment. sepanjang perjalanan dalam flight 2 hari puas tengok movie. pastu tido. bangun stewardess kejut, makan lagi. kalo tersedar tu, panggil agi stewardess mintak 7up ngan peanut n sambung tengok movie. hu2. kesian air crew asyik kena kaco je. sib baik x semua penumpang macam saya.

SN851256

Heavy meal in flight cape town- buenos aires. yum2!

SN851247

Vortices generated by vortex generator during take off. Nampak ketara. “To energize lethargic air flow!” kah2.. ingat agi la masa kelas basic engineering ari tuh..hu2.

Uhuk2! dah pukul 0512 pagi. penat lak nak sambung cerita. banyak agi nak share senarnya. tunggulah part 2 or 3 pasni. ada lebih seratus gambar agi nak upload. gambar amik sepanjang perjalanan di sana lebih seribu, tapi dah tapis2.. x larat nak upload sampai seribu pulak kan.

ok2..tunggu ok.. =)

 

CLICK HERE TO READ THE CAPE TOWN BUENOS AIRES PART 2!

Click Here For Part 3!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *