WSP : Wa Suka Putih! This is not my Pride, This is my SATISFACTION!

sn850032

(My beloved BLM hangat lagi baru nak keluar dari showroom on 20 MAY 2009 with WSP plate number stands for Wa Suka Putih! kih2..=p)

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi atas limpah rahmatnya ke atas aku & keluarga.. Macam tajuk yang aku beri dalam post kali ni, ini bukanlah satu kebanggaan bagi aku, ini adalah kepuasan yang aku kecapi dalam hidup aku. Mungkin ini juga kebanggaan kedua ibu bapaku. Sebab ada anak yang baru umur 22 ( Bulan 9 ni 23 la..) & dah ada 2 kereta sendiri =p Aku suka buat diorang rasa bangga. Tapi aku x dela nak bangga sangat, sebab kereta yang aku beli ni bukan lah kereta yang mahal. Kedua2 model kereta ni pun buatan Malaysia je.. So, aku sedar siapa aku.. Tu je yang aku mampu pakai..

 

sn850035

Tapi aku beli kereta ni kerana nak memuaskan nafsu aku.. haha! Ada sebab2 nya aku nak beli kereta blm ni.. Antaranya:

1 ) Aku perlukan satu lagi kereta yang besh (Nafsu =p)

2) Aku nak ada kereta yang bleh bawak family aku jalan2. Kalo kancil nak bawak family aku memang rosak ar suspension. Sib baik Saga BLM ni memang sedap giler suspension dier.. Terbaik dalam semua kereta 1.3 litre. Bagus2..

3) Aku nak ada satu kereta yang bleh aku buat gi meeting ke ape. Secara x langsung jadi official car utk KDI. Tu sebab depan kereta tu ada sticker www.kereta.info & emblem chrome “KDI”

4) Aku nak ada satu kereta auto & sedan & Besar & Cantik. So bleh aku modify mengikut hawa nafsu kereta aku. Maklumlah aku ni giler kereta. Si tonggek tu dah abih aku make up, so kena ar tambah agi satu koleksi utk aku mod. Kalo x bosan la kot.

 

sn850036

(Adik Baru tengah jeling abang masa sampai rumah. Belum park lagi. Abang long dah mengalah dok parking sebelah sbab nak bagi adik “kecik” park kat depan.)

Ok sebenarnya, aku dah lama nak dapatkan kereta baru. 6 BULAN aku tunggu nak dapat kereta!!! Akhirnya, aku dapat gak.. syukur.. terima kasih kat Mak Long sebab byk tolong, Papa n Mak sebab bagi peluang buat xchange.

Aku mula plan nak angkat kereta baru dari bulan 11 2008. Aku mula2 nak angkat Grand Livina. Siap dah bagitau mak lagi. Pastu tak pasal2 aku jumpa Peugeot 206 aka bestari dkat showroom naza masa dorang buat pameran. Aku balik umah n pikir2. Eh, murah gak kereta nih. Baik aku angkat je kereta tu. Pastu esoknya aku gi lagi terus booking beb. Siap dah bayar duit booking agi. Pastu aku tunggu sampai 3 bulan. Sales agent tu buat perangai tuut.. Segala sumpah seranah aku ucapkan pada dia. Last2 aku cancel terus. Belum angkat kereta, dah ada prob, baik aku cabut.

sn850039

( Pic with original rim sukan 14″ in memory..)

Sebenarnya masa ngah tunggu 206 tu aku memang berangan2 nak pakai BLM. Aku rasa serba salah gak dah book 206. Sebab dari dulu aku tgk BLM tu memang cantik. Tu lah hikmahnya tuhan xnak bagi aku amik 206 tu.

At last, aku dapat gak kereta idaman aku ni ha.. Sebenarnya masa dah cencel kereta company x guna tu, aku ada 2 choice nak angkat Persona / BLM. Sbab harga lebey kurang. Aku pun bertekad gi test drive dua2 kat EON Glenmarie. At last result die, aku suke giler kat BLM ni more than persona. Sebab rasa ringan, senang nak handle, handling manthop, suspension sedap, seat lagi selesa etc. Tengok jela test drive review aku yang x seberapa kat kdi http://kereta.info/proton-new-saga-blm-persona-campro-iafm-test-drive-review/

sn850048

(Jeng3.. My WSP flying without wing (tyres).. Kereta keluar kul 4PM, Terus gi Rawang tukar Rim baru, Kul 7PM siap semua, gi umah Maklong belanja makan nasi ambang. Fuh! Baru dapat je, dah beriban duit melayang. Tinted dah bape ratus. Rim dah dekat 2k. Tapi memang puas hati. Yes it is my satisfaction!)

Pembaca setia KDI especially kat ruangan kesayangan aku ngan budak2 BLM masih lagi bertanya2 misteri “baby” yang aku maksudkan.. Sabar dulu kawan2.. tunggu aku make up dulu baby aku ni baru aku disclose the mistery.. kih2..

Ok sambung cerita. Dalam banyak2 kereta, kenapa aku pilih BLM?

Terlalu banyak sebab tapi aku nak simpulkan kat sini, ni la kereta yang worth for my money. Bukan nak puji kereta ni bagus sangat. Tapi dengan harga full spec RM41048 (setelah dibakar oleh sales agent & editor zamel masa booking =p) auto transmission yang aku amik ni, memang teramat lah berbaloi bagi aku.

sn850049

(Welcome home baby.. Masuk car park lepas sampai umah dari rawang with new sport rim. I like! =p Walaupun rim wira SE abang aku tu 16″ & BLM aku 15″ , tapi tayar BLM aku lagi lebar sebab ada wall protection & rim nampak lagi besar sebab pakai design style spider)

Yelah, biler agi nak beli kereta full spec, so kereta ni memang mampu milik & powerfull di samping handling & keluasannya yang terbaik dalam kelas enjin 1.3 litre & ke bawah. Aku ade gak banding2 ngan myvi, tapi bile aku dapat BLM ni, BLM ni memang jauh gler beza best die dari myvi. Sorry eh to myvi owner. Aku tau sebab aku pnah bwk myvi auto beratus2 km.hi2.

Gear transition BLM memang smooth beb. No wonder sales agent suggest aku angkat auto. Memang berbaloi angkat auto sebab aku memang nak kereta yang rileks je biler bawak jauh n nak ke mana2. Dah bosan bawak manual kot.

Agi satu, biler bawak kereta ni, aku jarang sangat nak bukak radio sebab aku suke bunyi enjin die walaupun radio die punya bass memang best. Aku xtau ape proton dah buat, tapi bunyi die time slow, memang best. Pastu masa 90km/h, macam ade supercharger sound kat sebelah kiri. Korang x caya meh naik kereta aku. Pastu biler ram kuat bunyi sporty tapi ada bergetar sikit tu aku nak tune kat servis centre EON esok.

sn850057

Hari Rabu BLM aku keluar, aku simpan jap sebab busy kerja. Hari jumaat tu walaupun penat tapi aku dah x dapat tahan dah nak bawak baby baru aku jalan2. Aku ngan spontan pas balik kerja dari KLIA kul 9PM, terus ajak Mak, Ayong n Kak Ina jalan gi Putarajaya. Gambar kat atas ni masa park sebelah mercedes putih kat dataran Putrajaya. Haha.. Xpayah beli merce.. BLM pun ok jugak ape..lebey kurang je bentuk.. kui2.. Tapi bapak aku dah mimpi2 nak pakai merce. Walaupun aku bajet nak belikan kereta lagi besar pas establish. Die nak merce gak.. adeyh..

sn850076

Gambar atas ni menunjukkan dara BLM aku yang dah pecah di cameron highlands on da way nak gi sana ngan geng2 shift C. Nanti aku cerita lagi pasal cameron tu. 1000KM pertama di tengah jalan ke cameron. Esok aku baru nak hantar servis. Pastu nak terus ke monstermodz kedai modify kat Cheras nak pasang bodykit. yeah!

Haa.. yang kat bawah ni semua sesi photo shoot with my babies. Layan jela gambar poyo aku tu.

sn850202

2 White Brothers.

Full spec vs lowest spec.

Auto Vs Manual.

1300cc vs 660 cc.

WSP vs WNQ

Proton VS Perodua

Bak kata pepatah, “kaler sama putih, specification lain2”.. wakaka! =-p

sn850205

What am i shooting at? Oh no! haha.. Gambar salah posing. Sticker website kat windscreen tu dah tercabut masa gi cameron ari tu. aiya.. laju sangat ke? Ni budak2 motot besar ar nih paksa aku pecah dara lebih 100kmh. aish!

sn850207

Gambar sorok sport rim. Aku digunakan untuk menyembunyikan identiti sport rim adik tu sebab lain kali aku nak cerita pasal my baby transformation lepas fully modified version. Tunggu..

sn850213

Gambar main sorok2 lagi. Kali ni belakang bunga. Banyak agi gambar besh2 tapi terpaksa sensored sebab nampak rim.. kui2.. Thanks to angah for his skills taking all of the pictures.. hi2..

sn850215

Alhamdulillah sekali lagi. Atas usaha aku selama ni berbalas juga. Dan rezeki yang Allah bagi beserta doa mak n papa, aku berjaya mencapai kepuasan diri aku sendiri..

….This is my SATISFACTION… =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *