My Card : Debit Card Visa VS Master Card ; Business Card

debit card

Kad debit visa vs mastercard dan bisnes kad ku.. =)

Saya baru sahaja selesaikan semua urusan untuk kad visa & mastercard serta bisnes kad.

Saya baru sahaja menerima kad public bank visa disusuli beberapa hari dengan saya punya bisnes kad.

Alhamdulillah proses semua berjalan lancar. dan dah boleh guna pun. baru-baru ni saya ada beli ebook dari US berharga RM90 dengan guna nexg mastercard. Sungguh mudah jika anda lakukan pembayaran terus menggunakan debit card melalui clickbank. Satu applikasi web yang boleh dipercayai. saya lagi suka membeli guna web clickbank sebab mudah dan x payah nak susah2 register la ape macam paypal. kalau paypal leceh nak kena verified dll. Jika sesiapa ada jual digital product, i really suggest guna clickbank.

Saya cadangkan anda guna public bank debit visa card sebab jika guna paypal, boleh direct keluarkan duit. Lagipun yuran tahunan rm25 sahaja berbanding nexg rm36.

Sila rujuk panduan saya mengenai debit card dalam blog ni..

Macam paypal saya sekarang masih menunggu proses verify transaction dari orang US yang beli produk dari saya beberapa bulan lalu. dokumen dah hantar tapi diorang lambat reply. kene soound sikit, baru nak gerak. leceh betul. habis akaun paypal saya under limitation. Tak tahu bila diorang boleh setelkan.

kad bisnes

Saya juga ada buat bisnes kad baru. Sebenarnya sebelum ni pernah buat tapi x elok. Semalam saya pergi times square KL tingkat 5 ada kedai print biz card. Murah dan cantik. Saya dah design siap-siap biz card tu dalam bentuk adobe illustrator file dengan saiz kad bisnes 86mm x 52mm. Pastikan anda bagi tau anda nak guna saiz begitu sebab ada yang potong ikut saiz lain, nanti design jadi tak cantik. Harganya pun murah je.. RM18 utk 100 keping kad. Bila dah print, nampak cantik pulak dengan design saya berkonsepkan background purple. Ada sebab saya pilih purple.. tak boleh bagitau la.. rahsia..he2.. Jadi, siapa yang nak buat bisnes kad ke, kad nama ke, saya suggest anda pergi ke sana.

2 thoughts on “My Card : Debit Card Visa VS Master Card ; Business Card

  1. Terserempak ke sini lalu mula baca. Pembayaran melalui paypal terhad untuk banks di Malaysia. Tak tahu kenapa pula. Hanya boleh buat satu pembayaran setiap 24 jam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *