Survey Mengenai Search Engine -by shufi.webd.biz

Salam sejahtera,

Jangan lepaskan peluang untuk memberi pendapat anda!

Semua yang memberi pendapat akan mendapat buku Understanding PC secara percuma! Download link untuk ebook akan diberi melalui email.

Survey ini amat penting untuk melihat trend penggunaan search engine oleh rakyat malaysia dan akan menjadi panduan untuk meningkatkan serta memperbaiki penggunaan internet di Malaysia.

survey on SE

Beri pendapat anda mengenai persoalan mudah di bawah:

  • Search engine apa yang menjadi kegemaran anda?(yahoo,google,dll)
  • Adakah search engine banyak membantu anda dalam proses melayari internet?
  • Apakah pendapat anda jika sebuah organisasi/syarikat/individu terutama yang menawarkan perkhidmatan atau produk tidak menggunakan laman web dan sukar untuk dicari di internet?

Sila beri komen dalam Bahasa Malaysia atau English dengan betul.

Yang Ikhlas,

Shufi (Admin Shufi.webd.biz)

Klik SINI untuk beri pendapat

8 thoughts on “Survey Mengenai Search Engine -by shufi.webd.biz

  1. 1) Google. Lebih pantas dan details.
    2) Buat masa ni sangat bnyk membantu..
    3) Amat susah untuk mendapat perhatian dari semua pihak kerana semua orang sekarang lebih suka mengguna carian internet.. Lebih praktikal untuk anak muda remaja tagret group.. 🙂 idea dari newbie..

  2. Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

    Saya lebih banyak menggunakan Google sebab carian Google lebih detail dan tertumpu kepada keyword yang kita cari, sebenarnya Google & Yahoo sama sahaja. Yahoo lebih kepada search engine interaktif manakala Google lebih tertumpu kepada engine carian.

    Google lebih banyak membantu saya mencari informasi yang lebih formal yang saya perlukan menggunakan keyword. Yahoo pula saya gunakan lebih untuk carian lagu, lirik dan apa2 juga informasi yang berkaitan dengan hiburan.

    Sesebuah organisasi bergantung kepada jenis marketing yang mereka lakukan, tidak semestinya menggunakan internet, namun begitu penggunaan internet sebagai salah satu marketing mampu memberikan impak yang sangat besar kepada sesebuah organisasi kerana marketing menjadi lebih luas, daripada pasaran tempatan ke pasaran antarabangsa.

    Namun begitu bergantung juga kepada produk yang mereka pasarkan, sekiranya lebih tertumpu kepada golongan remaja, memang patutlah organisasi tersebut mennggunakan laman web dan internet sebagai salah satu sumber marketing mereka.

    Itu sahajalah pendapat saya buat masa ini. Terima kasih.

  3. aku selalu guna google sebab google ni sesuai untuk semua orang terutamanya pelajar untuk mencari bahan rujukan, lagi pun google ni akan cari mengikut keyword yang dimasukkan oleh pengguna. pasal organisasi yang tidak menggunakan laman web dan sukar untuk dicari di internet ni memang menyusahkan pelanggan dan pengguna untuk mencari produk mereka di internet.memandangkan sekarang adalah zaman IT, organisasi tersebut haruslah mengunakan peluang yang ada untuk meningkatkan produktiviti dan penjualan mereka.

  4. Salam buat semua,

    * Search engine apa yang menjadi kegemaran anda? Saya lebih selesa gunakan google kerana ia bertumpu kepada carian, loading laju, hasil carian yg relevan

    * Adakah search engine banyak membantu anda dalam proses melayari internet? internet tanpa search engine umpama komputer tanpa speaker, bermaksud benda itu penting dan komputer masih boleh digunakan walaupun tanpa speaker cuma kurang lengkap..dapat maksud saya?

    * Apakah pendapat anda jika sebuah organisasi/syarikat/individu terutama yang menawarkan perkhidmatan atau produk tidak menggunakan laman web dan sukar untuk dicari di internet? pada masa ini internet boleh dijadikan satu platform utk pemasaran, tak salah rasanya kalau info mereka sukar dicari cuma ia serba sedikit menyusahkan pengguna, mencerminkan imej syarikat dan sokongan kepada teknologi,

  5. * Search engine apa yang menjadi kegemaran anda?(yahoo,google,dll)
    – google – kerana mempunyai banyak function dengan mozila firefox. selain itu mempunyai kuasa loading yang cepat.

    * Adakah search engine banyak membantu anda dalam proses melayari internet?
    – banyak kerana senang nak buat research, dan dapat banyak info..
    * Apakah pendapat anda jika sebuah organisasi/syarikat/individu terutama yang menawarkan perkhidmatan atau produk tidak menggunakan laman web dan sukar untuk dicari di internet?
    – mereka berada di kalangan yang rugi. Pada masa kini, penggunaan internet makin meningkat kepada yang tidak disangka kan, kita boleh lihat dari asas bank sendiri. Dengan wujud nya sistem online banking, terutama maybank2u. Membenarkan jual beli di internet. Pada pendapat saya, inilah bukti yang kukuh untuk mengatakan rakyat malaysia semakin menerima atau percaya melalui internet 🙂 .

  6. search engine yang menjadi kegemaran saya ialah Google. dulu saya selalu menggunakan Yahoo, tapi sekarang saya prefer Google sebab website Google memang ringkas dan mudah bagi saya untuk lawat sitenya. 🙂

    memang search engine banyak membantu saya dalam melayari internet sebab banyak hidden site yang saya tidak tahu.

    pada pendapat saya, sekarang ni semua organisasi mahupun website perlumempunyai laman web sebab di internet, terdapat beribu-ribu prospek. jadi, bakal pembeli adalah ramai. bagi website yang sukar di cari di internet, saya berani mengatakan bahawa lebih baik tdak langsung mempunyai website. Kalo nak ada website, pastikan kedudukan site anda di search engine berada pada ranking yang baik. sebabnya, search engine merupakan satu teknik pemasaran termurah yang antara yang terbaik. kalo site susah di temui di search engine, pelaburan untuk marketing akan meningkat. so, better dapatkan ranking yang baik.

    itu cuma pendapat saya… )

  7. Bagi saya pula…
    Search ENgine kegemaran saya tentulah Google…Saya suka menggunakan google kerana kepantasan ‘mencari’ website atau ‘keywords’ yang dikehendaki…Dan google bagi pendapat saya adalah lebih mesra alam…KErana mudah meng’index’ website mahupun blog…

    Sudah tentu search engine banyak membantu saya dari segi memudahkan pencarian…Katakan kita tidak mempunyai pilihan search engine…Mungkin kita susah untuk mencari website atau blog yang dikehendaki….

    Bagi saya,Syarikat besar perlu menjadikan Internet sebagai
    alat perhubungan kepada pelanggan mahupun prospek…
    Malahan Individu juga boleh menggunakan Internet untuk memudahkan perhubungan..Sebagai contoh,,seorang artis kita di Malaysia ini dapat dihubungi menggunakan blog..Ini akan memudahkan peminatnya mengetahui perkembangan terbaru atau semasa…

    P:S Sekadar pandangan saya tidak seberapa ini

  8. * Search engine apa yang menjadi kegemaran anda?(yahoo,google,dll)

    Dulu Yahoo. Sekarang Google.

    * Adakah search engine banyak membantu anda dalam proses melayari internet?

    Ya. Kalau takde search engine tak tau la macam mana nak pakai internet nih.

    * Apakah pendapat anda jika sebuah organisasi/syarikat/individu terutama yang menawarkan perkhidmatan atau produk tidak menggunakan laman web dan sukar untuk dicari di internet?

    takde website = takde bisnes.

    okay, maybe bukan macam tu la, tapi bila ada website bukan lagi senang + kurang kos ke?

    – Customer service
    submit support email, setel. daripada pakai call center yang memang mahal kaw2 nyer..

    – Pre-Sales Questions/communications
    sama macam sebab di atas.. Bila ada website ni macam ada kedai la.. Bila orang masuk kedai tak semestinya di terus nak beli.. Mostly mereka akan tengok-tengok dulu.. ESOK baru beli. Bila ada website, boleh la diorang “Tengok-tengok Dulu”, pastu “Beli”. Lagi best, beli terus through internet.

    Ada banyak lagi.. tapi itu je la kot buat masa sekarang..

Comments are closed.