Check domain name availability, who is the owner by using customized php script easily for free

Checking domain name availability, who is the owner by using customized php script easily for free.

checkdomain.webd.biz

domain name availability script

Saya baru lepas edit satu skrip php yang membolehkan anda memeriksa kekosongan nama domain ataupun domain name ataupun web address yang ingin anda beli. Setakat ni saya lihat skrip itu adalah yang terbaik dan paling mudah untuk anda melihat kesemua domain TLD seperti .com, .net, .biz, .org, .name, .us dan .info hanya dengan sekali klik!

Bukan itu sahaja, anda boleh melihat siapakah empunya domain name tersebut dengan klik pada butang “whois”. Maklumat terperinci mengenai tuan punya nama domain akan terpapar pada skrin anda. Jika anda nak sangat domain tu, anda bolehlah hubungi tuan domain tu.. Tapi selalunya mahal la diorang jual..hu2..

Memudahkan anda mencari nama domain yang sesuai. Saya meletakkan skrip tersebut pada server US saya iaitu di bawah domain biznaz.net kerana proses yang lebih laju. Kenapa lebih laju ye? Hmm.. sebab, bila kita klik “go”, bermakna kita hanya menghantar arahan sekali sahaja walaupun server jauh dari negara kita,tapi satu arahan saja pasti tiada masalah. proses yang paling besar adalah proses mencari kekosongan tersebut di mana kebanyakan domain checker server berada di US. Jadi proses yang berlaku di sana pantas kemudian terus menghantar keputusan ke Malaysia.

Ini terbukti apabila saya mencuba server webd.biz yang berada di Cyberjaya yang lebih lambat mendapat keputusan. Hmm… Harap skrip ni dapat membantu anda mencari nama domain dengan lebih mudah. Selamat mencuba! =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *