Life Is Great!

enjoy life is great

Sekadar coretan hari ini..

Hidup ini sememangnya perlu kita hargai.. Alhamdulillah.. segala urusan dan hidup berjalan lancar.. Walaupun sibuk dengan Study dan Web, masih boleh bahagikan masa dengan baik.. Tambah lagi hari khamis ni ada exam Aircraft basic engineering phase 1. Harap2 boleh lalui dengan jayanya..hu2..

Maaf kepada Mr Arnal kerana x ada kesempatan untuk keluar Dinner pada esok hari. Saya rasa sungguh seronok dapat berkenalan dengan beliau yang sungguh baik hati mengajak saya dan keluarga ke makan malam bersamanya. Banyak perkara yang kami bincangkan mengenai projek laman web beliau dan terkini bersama rakan kongsinya yang ingin membangun sebuah lagi laman web.

Juga kepada saudara Asmawi, diharap berjaya dalam pembentangan kertas kerja pembangunan e-commerce web kepada client saudara. Harap isi yang saya berikan cukup kuat untuk saudara mendapatkan kontrak tersebut.

Seronok sebenarnya dapat berurusan secara online ni.. Dapat kenal ramai kawan dan rakan kongsi yang betul2 ingin berjaya dan ikhlas. semuanya perlukan kejujuran dan kerjasama yang baik. Insyaallah layanan atau servis yang terbaik disediakan kepada pelanggan Webd Biz Solution tidak kira siapa.

MAS

Pada hari ini, ibu bapa saya ingin menempah tiket untuk melakukan umrah pada bulan 5 ini. Untung saya adalah kakitangan MAS dan dapatlah tiket free setiap tahun untuk saya, ibu  dan bapa saya.. Sayangnya saya tak dapat ikut mereka kerana ada course BCAR untuk license engineer sampai bulan sembilan. Jadi saya berikan sahaja tiket untuk mereka pergi melakukan umrah berdua dengan tambang percuma. Hu.. Tapi xpe.. ade rezeki nanti lain kali blehla ikut.. Seronok pulak dapat bagi diorang tiket free. Selalunya bapa saya yang bagi sebelum ni. Ni kira 1st time la diorang guna privillage saya..hmm..

Ingat akhir tahun nanti kalau ada masa nak buat Euro trip. Tak pun ambil penerbangan yang paling lama saja nak guna tiket free..he2.. Tahun lepas dah ke beijing.. memang best. So tahun ni harap2 la ada rezeki untuk ke mana-mana.

Minggu ni plak,weekend, geng pancing TAME dah plan camping dekat Morib.. 3 hari 2 malam. Joran ni pun dah lama x makan ikan. Bergetar2 dah..hu2.. So, nk tgk aktiviti kitorang, blehla gi kat web http://mcz.webd.biz  hmm..

morib sunset

Moral of the story, hargailah ibu bapa anda..eh2.. cam jauh plak dari tajuk.

Hayatilah hidup kita.. Jangan asyik berasa bosan dan sedih.. Banyak lagi yang boleh diterokai dalam dunia ni.. Walaupun anda sesibuk mana, luangkanlah masa dengan keluarga dan rakan anda.. jangan bebankan diri yang dah pun terbeban tu.. Nanti boleh kena darah tinggi atau tekanan emosi lagi teruk sampai x bleh buat kerja.. Berikan diri anda waktu berehat.. Senyum selalu.. =) PEACE..

LIFE IS GREAT!

2 thoughts on “Life Is Great!

  1. Wah shufi, seronok nampak.. enjoy jgn tk enjoy, sesekali kena jugak nk elakkan stress..

    saya skrg stress pun ada nie, nak gi cuit2 m’sia lah tenangkan fikiran hehe..

    jumpa lagi..

  2. he2.. alhamdulillah.. dapat jugak njoy ckit2.. sebulan sekali cukupla.. neway, jgn stress2.. b hepy.. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *