Internet dan Pilihanraya

pilihanraya umum malaysia 12

pilihanraya umum malaysia 12

Salam semua.. semalam telah berlangsung pilihanraya umum ke 12 seperti yang kita sedia maklum. Kebanyakan kerusi masih lagi dimenangi oleh kerajaan barisan nasional. Tapi pada kali ini, kemenangan yang agak besar bagi parti pembangkang juga mengejutkan semua pihak.

Ramai calon barisan nasional kecundang termasuk menteri dan exco. Samy vellu terpaksa berundur dan sharizat terpaksa menerima musibah atas keangkuhannya memandang rendah Nurul Izzah yang juga anak kepada Anwar Ibrahim. Memang mengejutkan. Tahniah kepada PAS kerana berjaya mengekalkan pentadbiran kelantan dengan majoriti mudah melebihi dua per tiga kerusi pilihanraya.

Juga kepada PKR dan DAP yang membentuk kerajaan di Pulau Pinang. Terdapat 5 Negeri yang telah pun jatuh ke tangan pembangkang. Di harap pihak pembangkang dapat memberi perubahan yang positif kepada pentadbiran dan kemajuan negeri yang terbabit.

Pada kali ini, pastinya Barisan Nasional mendapat pengajaran baru dan lebih berhati-hati terhadap isu yang diutarakan oleh rakyat. Walaupun masih dapat menguasai Malaysia secara keseluruhannya, mereka tidak boleh berasa selesa dan lebih peka pada masa akan datang untuk mengelakkan kehilangan sokongan rakyat.

Kemenangan parti pembangkang mempunyai faktor utama iaitu penyebaran maklumat dan agenda yang berkesan mengenai kegoyahan kerajaan Malaysia dan keadilan. Pastinya maklumat ini tersebar meluas menerusi internet! Sungguh mengejutkan bagaimana internet boleh memberi impak besar kepada pemikiran dan penyebaran maklumat pada zaman sekarang. Walaupun kerajaan sudah menggunakan sehabis-habisnya media seperti televisyen, radio dan surat khabar, namun masih tak berjaya meraih kepercayaan rakyat menerusi internet.

Banyak blog dan laman web pembangkang di internet yang menyebarkan maklumat dengan pantas dan membuka mata semua pihak dengan bukti dan persembahan yang menarik. Ada yang menggunakan video seperti klip pengakuan Dr Mahathir mengenai Anwar tidak bersalah di you tube. Walaupun klip tersebut adalah hasil dari ubahsuai dan bukan asli. Memang boleh nampak jelas yang video tersebut diedit. Namun masih mendapat kepercayaan ramai pihak. Tatapi agenda yang lebih hebat adalah kenaikan harga barang dan minyak. Sebab itu banyak tempat yang maju seperti selangor dan wilayah kuala lumpur jatuh ke tangan pembangkang. Mereka menanggung kos sara hidup paling tinggi dan disesakkan lagi dengan harga barang dan petrol yang meningkat. Sudah tentu mereka berasa bosan dan tidak dapat menanggung lagi.

Banyak kesilapan dilakukan di bawah pemerintahan Pak Lah. Sikap yang terlalu telus membawa padah apabila banyak kes melibatkan kakitangan kerajaan mencemarkan lagi imej apabila tidak dapat diselesaikan.

Melihat kepada kekuatan internet sebagai faktor utama penyebaran maklumat, kita harus sedar dan memanfaatkan internet sewajarnya. Jangan ketinggalan menongkah arus kemodenan. Dijangkakan pengguna internet pada 2010 meningkat mendadak sehingga boleh mencapai peratusan pengguna internet 80%. Sekarang sahaja pengguna internet Malaysia sudah melebihi 50%.

2 thoughts on “Internet dan Pilihanraya

  1. wow..daring posting ni..siap kondem kerajaan Pak Lah.dah berapa lama pengalaman dlm politik ni?my advice..just try to be more careful in your public statement especially if u dont have anything to with politic.all the best.

  2. eh? panas sangat ke post ni? ala..just comment general jer.. bukan nak condemn paklah or nak tunjuk pandai dalam politik. Semua orang ada pendapat masing2 dan hak untuk bersuara. Kalau x, xdelah papaer harakah sampai sekarang. Lagi pedas kat situ..hu2.. Rakyat berhak menentukan segalanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *