Pelawat / Traffic mudah dari search engine

Pelawat / Traffic mudah dari search engine statistik web

Baiklah, saya akan menyambung kisah laman web yang saya bina baru ini iaitu kereta.info yang berjaya menarik pelawat lebih dari 6 kali ganda dari average visits.

Laman web ini menggunakan theme yang lebih advance dan complicated seperti yang saya sebutkan. Masa untuk saya design dan edit semua code file php adalah 4 jam dan live edit dalam server memakan masa lagi 4 jam. Namun hasilnya sangat memuaskan bagi saya. Design nampak lebih teratur dan unik. Personally, inilah hasil terbaik saya.

Walaupun laman web kereta.info ini masih dalam pembinaan tidak sampai sebulan pun dari 06/04/08 sehingga 30/04/08, laman web ini telah berjaya berada dalam list enjin pencari atau search engine dengan pantas. Google dan Yahoo telah meng indeks semua content dan memberi pengunjung secara automatik dari hasil carian search engine.

Apa yang penting pada pembinaan kali ini adalah “fokus” ! Tumpuan pada niche berkenaan kereta memberi respon yang positif. Laman web ini juga memberi tumpuan kepada kandungan bahasa melayu dan hasilnya juga memberangsangkan kerana kurang pesaing yang memberi info dalam bahasa melayu mengenai kereta untuk target pasaran Malaysia. Jadi laman web kereta.info sentiasa berada di kedudukan tertinggi dalam search engine. Fokus juga diberi kepada pengisian setiap hari. Content update setiap hari bekerja dan search engine amat menyukai web yang di kemaskini dengan data baru yang fresh setiap hari. Mereka terbukti memberi keutamaan kepada web seperti ini.

Statistik kereta.info yang berada di bawah server mylisis.com di Cyberjaya menunjukkan kenaikkan 6.667 kali ganda (200 visitor/day) dari purata (30 visitor/day). dan angka ini terus berganda kerana pelawat yang telah terjumpa laman web kereta.info dengan search engine (120/day) akan terus melawat kereta.info untuk mendapatkan maklumat menarik setiap hari.

Untuk mendapatkan traffic yang tinggi, bagi experiment kali ini yang telah berjaya adalah menyediakan content yang banyak setiap hari agar mendapat perhatian search engine, menggunakan script yang search engine friendly, teknik penulisan yang menarik search engine, coding kemas dan ringkas, single submission ke search engine, dapatkan visitor dari search engine secara automatik dan menjadi pembaca setiap setiap hari. Ada lagi teknik yang diaplikasikan tapi mungkin complicated untuk diceritakan di sini. Mungkin lain kali saya kongsikan bersama.

Masih belum cuba video marketing dan link marketing. Dijangkakan dengan teknik itu juga dapat menggandakan jumlah pelawat sehingga 100%. InsyaAllah..

Team KDI akan terus memberi info menarik mengenai industri automotif terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *