Alhamdulillah.. Ramadhan Penuh Berkat..

Salam semua..

Setelah beberapa hari domain name webd.biz suspended sebab “x bayar” akhirnya kini terselamat juga. OH! Bukan x bayar sebenarnya.. Pihak domain name provider tu yang leka dibuai arus kemodenan sampai nak contact pun x dapat. Hangin je saya. Dah bayar awal 2 hari tu tibe2 nak contact dorang xdapat. Contact number pon dah tukar. Try email x bleh. Ni ke etika bisnes online hoster n domain provider? Ish! Dah bape hari suspended, last2 saya tukar je ke domain name provider dari datakl.com . Kejap je. Lepas bayar RM35 untuk domain name webd.biz tu dalam sejam dah boleh on balik semua web saya. kan bagus macam tu.

La ni saya dah terlebih bayar pulak domain tu. Kena mintak refund balik ni RM35 saya tu. Uh2.. Xnak la cakap provider mana.. xnak kacau periuk nasi dorang. Sempena ramadhan ni, saya maafkan la dorang tu. Tapi jangan harap la nak beli pape kat dorang pasni. So, kepada anda semua, berhati-hati dalam urusniaga online. Mungkin ada syarikat yang kita bleh percaya tapi jika x reliable, x lama nye servis die tu. Tup2 senyap je makan duit orang. So, minta pendapat dan carilah servis yang reliable. Biar mahal sikit tapi berkekalan dan puas hati. Macam hosting datakl.com. hu2.. saya suka promote datakl.com sebab memang bagus. Insyaallah setakat ni xde masalah.

Saya sebenarnya tertarik nak publish n sebarkan tentang program clickachild sebab saya kenal program ni dari kawan saya. =) Baik orang die..he2.. (jangan dok kembang na..) First time tgk web dorang, meleleh air mata saya tgk. X dapat bayangkan betapa sedihnya hidup tiada ibu bapa dan serba kekurangan. Seriusly, memang touching gler. Dengan ayat2 dorang kat web tu.. memang sedikit sebanyak menimbulkan kesedaran untuk join. Saya ada buat laman khas di blog ni di page “thanks korang“. Sambil tu ade ler link yang akan saya sepah2 kan kat internet ni specially kat web2 saya dan Kereta.info. Bermula dengan link kat sidebar blog ni. >>>

Tengok kat website rasmi dorang, ada masalah sikit. Maybe saya akan cuba hulurkan bantuan dari segi pembinaan laman web tu dan maintain utk dorang percuma. Tapi sekarang belum masanya lagi kot. Banyak pulak orang beratur nak buat laman web. Tu yang biler webd.biz suspended x bleh dok diam tu. Syukur sangat2 dengan rezeki yang x putus2 smpena ramadhan ni..Baru habis fasa 3 pembinaan web “ym.ude.msyk” (terbalikkan lah..tengok kat cermin =p). Lepas upload, sib baik dorang puas hati dengan design. Sekarang ni tengah fasa optimized before finished. Kalo bleh, saya nak web sekolah tu optimized gler2 mengalahkan banyak universiti. Adala projek tu nanti saya bagitau Pn Fazidah. Nanti belambakla result web sekolah tu kat google n yahoo bler korang search..hu2.. tula untungnya kalo saya buatkan web tu. kompem optimized punye. kui2.. tapi cara white hat la.. black hat x baik woo.. jangan2..bahaya..

Saya ada beli baju clickachild saiz xxl. hu2.. sib baik muat. warne pink lak tuh tulisan die. jambu gler kalo pakai. ada banyak design. nantila saya show kalo ada peluang. Ade byk aktiviti dorang ni. Syok gak. Dah lama nk jadi volunteer tapi member tu plak bz.. segan nk gi sorang2 ai..hi2.. Kena lah ada orang kuat clickachild..haha. tapi sape nk gi aktiviti dorang tu, gi je.. best gak. ade aktiviti cam cuci kereta amal n bawak budak2 gi jalan2.. Mesti best gler kalo dapat tgk muke dorang happy je.. macam mana kita happy.. =)

Cakap pasal KDI, hari ni paling banyak trafik. Lebih 2500 unique visitor in 24 hour. Sekarang dah maintain dekat 2000 visitor per day. so xde masalah trafik sangat. Alhamdulillah. Cerita ni nak bukak mata semua yang nak dapat pengunjung banyak sampai 2500 sehari dan lebih 15000 pageview sehari bukan mustahil. Tapi ada caranya yang proper. yang jadi team kdi tu taula sikit2. Sebulan dah lebih dari 1 juta hits sekarang ni. Bandwidth pon dah lebih 20GB per month. Memang akan tukar dedicated server pasni. kena mula dari kecik.. jangan terus beli dedicated pastu x larat nak tampung.

Adsense hingga hari ni pon boleh tahan. 24 jam yang lepas adela dalam USD21 sehari. Bulan lepas punya dah count dapat x banyak. USD 240 je. Dalam RM800 sebulan. Saya pon baru start adsense ni.. bukan reti sgt. Mula2 xpercaya. tu yg x buat. Sekarang dah buat memang terbukti la bleh percaya..hu2 Tapi trend saya tengok makin naik berganda2. Maybe sebab web dah optimized di luar negara seperti UK, australia dan US. So, 1 click akan bagi lebih banyak sebab matawang dorang tinggi. Nak tumpu market malaysia memang leceh sikit. Tapi ok jugak la. So, sape nk try adsense, try la optimized kat luar. Mesti masyuk.. Saya nk optimized kat msia.. Sbenarnya bukan target nk buat adsense sangat. Ada misi yang perlu saya capai untuk web KDI tu.

Sempena bulan ramadhan ni, jom kita banyakkan amal ibadah. Saya tau saya banyak buat dosa.. bukan baik sangat pon saya ni.. sume orang ada kelemahan diri sendiri.. sementara setan2 tengah kena gari tu, jom kita cuba ubah diri kita. Saya sekarang ni sebenarnya berat gak nak pergi solat terawih tu. dengan banyak kerja lagi.. Tapi biler tgk orang tua kita buat solat terawih sampai habis lebih dari 8 rakaat yang disunatkan, saya terpikir xkan orang muda macam saya nak buat 8 pon susah..aduih.. kat situ la rasa segan n malu..kui2.. so, saya cuba la paksa diri saya pergi hari2.. harap2 konsisten la..haha..

Banyak pulak saya membebel ari ni.. tibe2 rasa nak cakap banyak..hu2..

Ok la..lain kali lak saya membebel. wassalam.. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *