CAPE TOWN – BUENOS AIRES PART 2

Orait, post ni sebagai sambungan part 1 journey to cape town and buenos aires.

Siapa yang x visit part 1 lagi, klik sini untuk part 3, klik sini.

Satu bentuk pokok yang sangat unik dan cantik di botanical garden. Smart seyh..

Bungalah.. haha.. banyak tol bunga masa musim bunga kat sana. Sape2 nak gi cape town, sesuai sangat gi musim ni sebab tenang and romantik..kih2..

CLICK HERE TO READ THE REST OF MY JOURNEY WITH MORE PICTURES

Hah? Ape nama tin biskut yang bergerak tu? Yeah.. Proton Savvy berada di South Africa. Bangga gak ar bile nampak kat sana. Padahal nampak kat sini wat x tau je..hu2.. Proton Gen2 colour purple pon ade kitorang jumpe.

Famous Green Market Square di Cape Town. Tempat beli2 barang souvenir.

Cape Town train Station. Kitorang naik train guna tourist ticket first class ke Simons Town dari Cape Town dalam sejam perjalanan. Dalam Perjalanan tu kitorang singgah di FishHoek dan Glencairn tempat rekeasi pantai dan kilang gemstone. Naik train die memang best gler. Tengok pemandangan cantik sepanjang perjalanan.

Ni masa berhenti di Fish Hoek. Lompat kat laut die sikit.. Kat sini la kitorang menjerit2 pertama kali tengok ikan paus / killer whale melompat sane sini. Kitorang masa dalam train pon terlompat2 tengok. biler fikir2 balik, malu gak la dengan kejakunan kitorang. kah2. Peduli ape kan. Orang baru first time tengok paus live depan mata.. hu2.. memang banyak giler n besar2 paus nih. Tapi kitorang x berjaya amik gambar sebab ikan paus ni segan sikit. die xnak lompat tinggi2. nampak die sembur air kat atas jela pastu nampak badan atas die naik sikit. hu2. Puas ati la dapat tengok paus! yeah!

Ha.. Abang navy ni memang baik gler. die tumpangkan kitorang naik truck die untuk ke stesen Glen Cairn dari Kilang Gemstone di TopStone. Kitorang bajet nak tanya je stesen train mana paling dekat, sekali die offer plak, kitorang pon dah x sanggup nak jalan jauh, lompat je atas truck tuh. hu2.

Mr Ibrahim, very nice man.. Dia banyak tolong kitorang masa dekat backpackers utk travel. Orang South Africa ni memang luar dari jangkaan saya sebelum ni. Semua baik2, peramah dan suka menolong orang. Seriusly saya terkejut dengan budaya dorang. memang respek la! Mana2 je kitorang pergi, semua peramah dan membantu. Lagi satu, banyak jugak orang islam kitorang jumpe kat cape town. bleh kata 50% yang kitorang jumpe sume islam. Driver teksi, makcik jual daging, chef restoran.. byk la..

Di Aeropuerto Argentina, Buenos Aires. Jalan2 kat luar sementara tunggu check in balik.

Duit Syiling Argentina dapat lepas beli poskad buenos aires. Centavos! Ade plak satu syiling US sesat kat situh. hu2

The one and only shop that open 25 hrs! hehe. Minah yang jaga shop nih sume cun2. =)

In Flight KL-Cape Town. Adi tengah ayat auntie Johannesburg. haha.. xdela. Auntie ni baru balik travel dari Malaysia. So kitorang pon tegurlah die. saja nak cube tunjukkan yang rakyat Malaysia ni peramah. =p

Uh! Dapnyer! Pepsi pertama yang ku pinta dalam flight sempena misi menyusahkan stewardess kat situ. hihi

Satu2 nye nasi yang dimakan dalam masa 6 hari travel.

Come down boy! Haha.. Dekat dengan nelson mount, ada satu jalan yang panjang n redup, banyak tupai kat situh. Ni antara tupai yang kitorang kaco. Comel gler. Abih pokok tu berlubang dorang tebuk.

Salam Perantauan dari University of Cape Town. Saya ingin mengucapkan selamat hari raya sempena raya ke 7 ni dan memohon maaf zahir batin kepada semua penduduk di Malaysia! haha.. poyo seyh.. Ni gambar kitorang anta la kat paper untuk salam perantauan tahun depan. hu2. Gambar di depan campus university of cape town. Belakang tu je table mountain.

Sunset di stadium utama World cup 2010 South Africa.

4 orang pemenang anugerah nobel di south africa berlatar belakangkan table mountain. Beserta seorang pemenang anugerah nobel kuat makan dari Malaysia kat tengah2 tuh. hu2.

Salah satu dari persembahan jalanan di waterfront. Enjoy..

Aik? tengok ape tu? Buenos aires 6456 KM to the west & Singapore 9661 KM to the east.

City Sight Seing bus. Hari ni kitorang x boleh naik table mountain sebab angin kuat. So kitorang just lepak kat kaki gunung pada hari pertama. Sambil tengok pemandangan cantik di sekitar kaki gunung tu.

Bunga2 yang segan nak kembang sekitar cerun table mountain.

Pemandangan bandar cape town yang tenang dan menyegarkan mata.hu2

Our flight attendants and crews. They really done a very good job. Proud of them. keep up the good work. About 20 crews in the b747 aircraft.

Approaching Cape Town International Airport. Dah nampak Robben Island and the cape town city.

Wang kertas Afrika Selatan. RM1 = SA Rand 2.4

Our flight From KL-Cape Town, B747-400P MH201 Seremban registration 9m-MPD transit at Johannesburg, South Africa.

Hak2! First time pegang kulit zebra.. yeeha!

On Top Of Table Mountain. Banyak jugak tourist datang. Yang naik sume banyak bawak camera mahal2 standard dslr sebab nak amik gambar lawa2 dari atas.

Cape Peninsular.. Very Beautiful scenery. Going to the most southern part of Africa continents, a place where two ocean meets (atlantic cold ocean and indian hot ocean), the cape point.

Cable car to the top of table mountain. Can carry 5200 KG passenger! The biggest cable car yang pernah saya naik. Die punya bahagian dalam boleh pusing 360 degree untuk menikmati pemandangan sekitar. Gayat gler naik nih. laju plak tuh.

A place to paint and repaint ships near the waterfront.

Fuh.. Cantiknya pantai dier.. Along the camps bay.

Mengukir namaku di pasir pantai camps bay yang indah..

Best action. Thanks to Adi for doing the “cape town jump” at the camps bay beach. And to my little fast digicam.. hehe.

Lion’s Head just behind the camps bay beach.

Fisherman’s Boat at the Hout Bay.

Taking picture closely with the penguins at bird park.

Huh! Ganah mu ni… Macam nak makan orang jerk.

Very close to the eagle.

Most well decorative duck! Ahaks!. memang bulu die sume kaler camtu la. pelik gak tengok.

Aksi paling manja burung hantu.

Huhu.. menyakat kanak2 afrika.. Kitorang suh dorang buat “peace”.. =)

Okeh, Part 3 of my journey akan menyusul beserta video best penguin jalan terkedek2 comel gler.. stay tuned.. ahaks!

1 thought on “CAPE TOWN – BUENOS AIRES PART 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *