Macam-macam…

Aduih.. macam-macam jadi hari ni.hu2..

Ehem2.. dari pagi ade ade keje. Pastu bosan, pergi la tengok wayang jap cerita Spiderwick Chronicles.. Best jugak la.. Memang enjoy giler gi ngan member2. Makan banyak giler kat jaya jusco. Sampai member bagi duit rm50 hampir2 burn sebab x perasan. Ingatkan bagi RM10. Nasib baik cashier tu jujur.

Masa nak naik tangga cinema hall, sorang agi member tergolek sebab x nampak tangga. Nasib baik gelap orang x nampak..haha.. Tapi gelak tetap gelak.. time2 camni la best gelakkan member..uhuk2! Huh..diorang ni memang x tenang la.. ade jer..

Masa kat GSC tu terserempak pulak dengan crew filem Congkak yang ada untuk pelancaran atau press conference. Ade lah Nanu Baharudin, Anak Yusuf Haslam, Ahmad Idham.. Ni sempat tangkap gambar curi2 Nanu tengah kena interview dengan wartawan.

nanu baharuddin pelakon filem congkak

Masa nak balik, member bleh salah kereta lepas tu nak pangkah2 orang.. kan dah malu.. Last sekali, saya pun terkena malang hari tu bila handphone jatuh dalam longkang.. Hahaha! Gelakkan diri sendiri.. Masa tu dekat dalam MAS Engineering complex. Betul2 depan kedai ramai orang lalu lalang.

Memang malu giler x dapat nak amik phone tu sebab longkang dalam dan grill die pulak x boleh bukak.. Adeyh.. makin ramai orang datang. Tapi saya terharu lah sebab ramai yang nak tolong.. Baik betul staff2 MAS kat situ. Sampai ade sorang sanggup turun longkang tu nak tolong amikkan phone saya. Terharu2.. Tapi nasib baik sempat ambik dengan cara yang lebih bijak iaitu guna penyapu kakak cleaner..kah2.. Thank you lah kak! Akak memang cun lah! ahaks!

Makan kuey tiaw besar sedap dekat kelana jaya

Dah lepas tu, tensen punya pasal, pergi lah join member2 lain makan besar kat kedai kuey tiaw best Kelana Kaya. Baru lah rase happy n tenang sikit.. Keh2.. Dah melantak mane x gembira ye x?

Makin melarat-larat pulak kitorang punye enjoy. Hari2 tengok wayang. Kih2.. Mentang2 gaji dah naik.. Nak dapat bonus 3 kali ganda gaji plak tuh. Amboi2.. Jangan boros ler.. =)

Minggu ni, aktiviti memancing pulak dekat Empangan Batu dekat dengan Ulu Yam. Sambil mandi2.. Bulan 4 ni maybe pergi Singapore atau Langkawi buat Trip ramai2..

anak saudaraku

Ni pulak cerita pasal anak saudara saya yang comel macam Pak Su dier..ehek2..Saya lah tu..hi2.. Kerja asyik nak ikut Pak Su die jer.. Kadang2 geram jugak. Tapi die ni suka cium pipi orang.. Lepas tu tanya “Pak Su sayang Harith x?” Haha.. Kelakar betul die ni. Perangai dah macam Sin Chan. Best jugak layan. Kalaulah saya dah ada anak kan best.. Balik rumah penat2 tengok anak sejuk je hati.. hu2.. Harith ni umur baru 4 tahun tapi cakap macam orang tua.. Susah betul nak berhenti. kena cubit sikit baru senyap. Pastu buat muka kesian. Kena lah pujuk balik. Pastu bising balik.. adeyh.. =)

Macam-macam…=p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *