Google webmaster tool is important to optimize your website

submit website to google

Jeng2..

Mesti ramai antara pengguna internet ataupun webmaster yang baru berjinak2 dengan pembinaan laman web mengabaikan Google Webmaster Tool sebab terlalu asyik fokus pada design laman web sahaja.. Biasa lah. Saya dulu pun macam tu. Tak terfikir sangat nak optimize website dengan mudah dan cepat serta berkesan.

Tips ringkas ini amat penting untuk memastikan laman web anda sentiasa di ‘crawl’ oleh google spider dan seterusnya menyenaraikan laman web anda di internet supaya orang ramai mudah mengesan laman web anda. Jika tidak, jangan harap laman web anda akan dapat visitor dari teknik pemasaran internet sebab yang melawat pun amat sedikit dari offline marketing. Saya dah pernah cuba buat offline marketing dengan beribu-ribu flyers and advertisement. Teknik offline marketing untuk mencari visitor online masih tak dapat mengatasi online marketing strategy.

Malah, teknikĀ pemasaran onlineĀ lebih berkesan untuk promote bisnes online mahupun offline. Itulah pemerhatian saya selama lebih 5 tahun menceburi bidang laman web ni.

Ok, tipsnya mudah. Pertama sekali, anda perlu mendaftar akaun google. Kemudian masuk ke bahagian google webmaster tools. https://www.google.com/webmasters/tools

Klik “Add New site” untuk tambah website baru anda. Kemudian anda perlu verify laman web anda. Cara paling mudah, buat laman web .html yang bernama kod yang diberi oleh google seperti “google28d04dc2666fd54a.html” dan upload pada root folder laman web anda. Kemudian add sitemap web anda yang selalunya di bawah root folder dan bernama “sitemap.xml”.

Contoh di atas adalah screen shot pendaftaran laman web vietservicepartner.com. Jeng2.. kantoi satu projek baru saya.. =) Dah hampir siap dan saya nak submit di google untuk optimize. Banyak lagi sebenarnya step untuk optimize laman web anda supaya mendapat ranking tinggi dalam search engine. Boleh dikatakan lebih 100 step la kena buat. Bukan senang tau.. Biasa lah tu.. Nak dapat yang terbaik mesti kena usaha. Step2 yang saya buat setakat ni alhamdulillah berjaya dan berkesan. Sehingga setiap keyword laman web saya tersenarai dalam top 10 search engine results page (SERP) google dan yahoo. Antara keyword yang berjaya ada tersenarai di http://mylisis.com/our-proven-technique/

X boleh nak letak semua sebab nanti kantoi la semua keyword saya.. ahaks.

Ok..harap tips ringkas ni berjaya membantu anda.

Google webmaster tool is important to optimize your website

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *