2010 EURO TRIP 5 COUNTRY – PART 2 ROME + VATICAN CITY

Huh, baru lepas kemas bilik + vacuum. So blehla start study sket pasni. Ok kita sambung membebel agi pasal trip Rome+vatican part 2 Euro trip 2010. Bawah ni gambar2 untuk ditonton.

Ni castle ape tah aku dah lupe.. muahaha.. tapi dekat sini la aku beli mickey mouse magnet yg bleh menari bila dekat dngan speaker. aku x try agi. memang mengagumkan benda tu bleh berdiri walaupun sekeping kertas. siap bley menari agi.. wow!

Ni dorang punya court.

On da way balik hotel dkat Jalan Napoleon 3 jalan kaki dari Vatican. Lepak tgk sungai.

Pam minyak kat sana. semua kecik2 camni je.. tepi jalan je

Lagi satu St ape tah aku lupe. cam st peters basilica gak. smart gak design die. ade 2 bangunan besar panjang menuju ke tiang besar tu.

 

cara beli tiket? senang je.. murah gak tambang kat sana. 1 euro je beb. jalan la mana nak g. Aku blur xtau camne nak beli pastu tanya sorang minah Italy ni. Sib baik dorang ni friendly leh tolong aku. kalo x blur beb sorang2.

Lif antik kat hostel aku.

Ni jalan depan hostel tu.

sibuk suruh aku amik gambar dorang. aku pun amik je.. haha.. giler.

Jalan2 kul 12 tgh malam.. aman n tenang.. sunyi sepi.. kat depan underground train punye entrance

Aku tak sempat berkenalan ngan bangunan ni. nampak cantiik aku amik je gambor.. haha

 

wah.. ade vendor machine jual condom agi.. seronok ar camnih.. hm? hu2..

Lepas tu lepak dalam Roma Termini jap.. x jauh pun dari hostel aku tu.. saja nak tgk ade life ke x kat situ. dalam kul 1 pagi.

train sume park.. sunyi gak.

ha lepas amik gambar ni aku kena halau! arh! sibuk je polis ni. hu2. termini nak ditutup.

Pub depan roma termini.

main tengah jalan tengah malam..

esok paginye, aku terus melompat ke colosseum. beg aku tinggal kat counter hostel. cam besa ar.. sape nak bawak.. berat oi..

nak masuk xnak? nak masuk xnak? NAK!!! sengal la aku datang kalo x masuk.. hu2. tket nye memang mahal. xpela. berbaloi2.. xperience!

Faham? Maksudnye “kalau x sayang duit, boleh masuk. ko kena pikir, duit ko tu nak kena gune utk Geneva Autoshow agi, dok kat paris agi, lepak kat UK agi pasni.. x kan ko nak buang duit kat sini kot.. pikir la elok2..” haha! cube cek kamus italy, sama x translation die.. =p

 

Aku xkisah nak buang duit kat sini. sebab budget aku memang cukup masa kat rome. ni last day aku so aku habiskan budget rome kat sini.

Klik link more bawah ni.. banyak agi gambar beb!

Continue reading

2010 EURO TRIP 5 COUNTRY – PART 1 ROME + VATICAN CITY

Huh! dah tahun 2011 baru aku ada masa nk CECITA Euro trip Rome+Vatican+Geneva+Paris+UK aku kat blog aku ni. Tanggal 1 March, aku decide utk mulakan kerja gila sorang2 g travel 5 negara ni ditambah dengan semangat nak tgk International Autoshow paling famous (Geneva)! Kerja gila? aku memang suka! haha. Mari mula membebel…

Ha.. kat atas ni plan yang sangat terancang 2 minggu prep b4 g sana. nampak x? =p

Jejak pertama : Rome Airport, Italy! Masa tu dalam kul 6, sunyi sepi.. aku rasa cam happy+nak nangis+tak percaya+kagum+excited+jakun! hu.. aku agak blur. xtau camne nak mulakan langkah. masa blur tu la aku bosan amik gambar kat skrin atas tu. hik2

masa aku blur tu jugak la aku membelek2 stok yg berjaya aku pow dari stewardess. dgn mggunakan ID MAS, aku berjaya! haha. korang tengok ar betapa byk nye die bagi. siap 1st class punya barang agi die bagi. memang cukup stok aku dan menambahkan berat beg aku. time kasih akak! muah!

Langkah pertama, pergi beli map kat kedai buku dalam airport tu. lepas tu dok plan mana nak pegi. sorang mamat italy drebar “bas” datang invite aku naik bas die g Roma termini. haha.. bas bukan sebarang bas.. van merce vito bang. rate dalam 10 euro je. aku pn naik dok sebelah awek US.

sampai kat roma termini…

    

jalan kat sepanjang jalan di rome cari hostel yg dah ada dalam list aku.

Akhirnya, dapat gak aku dok hostel tu 2 hari 1 malam. rate dalam 15 euro sehari. dok sebilik ngan awek italy yg tengah tido kat belakang tu rambut merah. aish. sekali dgn 2 lelaki lagi satu dari india, pengurus syarikat ape tah excited giler jumpe aku cakap malaysia best gile. lepas tu bagi kad bisnes. hu2. die cakap nk minx aku jadi biz partner die if die nk start biz kat msia.. hurm..

 

Uscita = keluar kau dari sini! I like.. romantic lak mamat tu..

 

dalam train menuju ke vatican city

Ni antara pengangkutan awam dorang.. tram..

 

Selamat datang ke Vatican city! paham x tulisan tu? “maksud die kalo berani masuk ar!”

 

Sebabkan aku berani, aku pun masuk je.. kekeke.. ni kat dataran vatican city iaitu sebuah negara merdeka di tengah bandar rome yer kawan2.. pope ade tengah jahit baju mak die yg koyak kat dalam tu..

ni shot2 yg aku xtau cmne nak explen. speechless dapat gi sana!

 

 

Jom panjat cupola! kubah yg kat atas sekali tu.. tiket masuk euro 7.00 jer.. hihi.. bapak penat memanjat. gile betul. dah la jalan kecik giler.. perh.. pancit gua

 

ni dah sampai cupola die..

pemandangan dari atas ke dalam st peters basilica

 

tembok negara kota vatican

Klik link more kat bawah ni.. banyak agi gambar beb!

  Continue reading

KDI UPDATE : CHERY MEDIA CONFERENCE + CAR DYNO + TT + LETS PLAY

KDI invited, I Just attended Chery Media conference for the launch of new showroom and preview new vehicle. 1st time join press conference as a media member. Pengalaman menarik. Antara media yg hadir, TV3 and bernama. Cam aku je melayu yg datang masa mula2 sampai. ramai orang china. maklumlah.. kereta buatan China. Tapi yg rasmi Datuk Zakaria. Siap ada tarian singa agi. macam biasa la, launching.. makan2.. media briefing, media conference dgn CEO Chery.. And aku sempat jugak jumpe Wan10, Presiden Chery Eastar Club.

launching of chery transcom

press conference 1st yg aku join as wakil KDI media

Launching new Chery Transcom

 

Si badut yang sibuk.

 

Dalam meeting room. 1st time aku join media briefing. Xramai reporter yang datang. yang aku nampak TV3 n bernama punya orang je. cam aku je wakil online media yg datang. muahaha. naik segan aku.

 

TV3 n Bernama

 

Press Conference ngan CEO Chery Alado Malaysia. Apek depan aku ni banyak tanya la. aku pn x kenal die sape. aku malas nk tanya pape. dok diam2 je.. sume dah ada on paper yang dorang bagi kat media group. so aku xnak tanya banyak just post je kat sini http://kereta.info/chery-transcom-2-0-tci-preview-specification-14-seater-vehicle/

 

Cam biasa la.. VIP parking kat dalam ma.. aku sampai betul2 sebelum VIP sampai.. sume orang tgk semacam je bila aku lalu naik keter kat laluan ke parking VIP.. kah3.. sib baik baru beli spec polarizer 25 hinggit kat Masjid semalam blehla cover2 sket muka.. yeha!

Baru2 ni.. KDI team launch new segment, Lets Play with cars.. dalam masa tertentu, aku akan sewa satu kereta yang cam best utk dilenjan oleh semua editor. mangsa pertama adalah Nissan Sentra sport 1.6 manual. lepas ni Toyota Rush, Chery Eastar 2.0, BMW, Caldina, all compact cars dan mana2 kereta yang cam best utk dilenjan. yeah!

 

Dyno kereta Zamel utk gather info pasal Dyno Run. Info lanjut di http://kereta.info/project-dyno-run-on-a-mazda-b6-1-6-liter-turbo-and-guide-to-dyno-run-your-car/

 

Program TT raya kdi.. ramai yang datang.. hehe.. =p . Ni makanan yang nampak sangat menyelerakan.. Nasi Goreng Tasik Idaman.. perh. tekejut aku dapat nasi ni.

 

Ikan siakap bakar. Sedap giler kuah asam die! Thanks to Joko sebab suggest tempat yang best dan berpatutan.

 

baru ni attend Prosboc punye autoshow under Kementerian belia Sukan. Lepak2 ternampak Noraniza Idris tengah melatih anak buahnye menari kat DCA-KBS punya ruang. On da Way balik petang tu jumpe Mawi solat kat RNR. bagus gak Mawi ni. x tinggal solat x cam artis lain. respek2.

okla update kdi utk kali ni. penat neh. tadi g singgah Chana Era Showroom. Baru aku tau kenapa x ramai nak beli kereta China tu. Customer service pun macam cibai. xde kerjasama langsung. aku amik sikit2 details n blah. hampeh tol.

UPDATE : Puasa + Raya + Birthday + activity

  

9/10/10 -Misi mencari angsa, mlepas gian memancing dan menghadiri kenduri kawin best fren aku, cik Noya. Gambar atas, aku dan hasil tangkapan pertama di kebun bapak adi. dah lama x merasa sentapan ikan. dapatlah 2 ekor je sbab x cukup masa. ni kira 1st ikan air tawar aku la ni. selalunya fail. hahaha.. tilapia dalam genggaman.

 

Terima kasih kpd Adi sekeluarga sebab bagi chance kat aku, aizat n naam merasa makan daging angsa. memang sedap beb. die kenyal2 sedap kunyah. nak2 masak rempah satay.. fuh! masyuk.. first time aku pegang angsa.. siap memain agi.. haha

Akhirnya.. kawin jugak besfren aku sorang ni. Dulu sibuk je huha huha.. ni first time aku bagi hadiah besar gler.. rasanya paling besar la kot. sebab dah janji kan. semoga berbahagia..

Daging angsa yang kat tengah tu.. yummy!

 

Bumper baru lagi.. aku x fikir lagi nak design ape. aku just beli baru n cat je dulu. dah pening aku ngan bumper lama. so aku tukar. ni tambah HID kat spot light aku. baru ler terang..

konvoi prosboc..

aku accident lagi seminggu sebelum kak shida call aku ke DCA oral. perh.. mencirap aku.

 

tapi puas hati aku melanyak myvi. pecah bumper belakang die. padan muke. sape suh brek emergency. bongok!

x pasal2 aku cat satu kereta kaler putih pure… kaw… bekilat2.. silau mata aku.. haha.. plate number + spot light baru.. anyway, aku dah pn secara rasmi bagi kancil ni kat bapak aku utk die bawak g keje.. tp aku still la sambung bayar agi keter ni sampai habis lagi 4 tahun.. huhu.

 

berbuka dgn Prosboc members kat Shah alam..

Celebrate my DCA oral exam.. pass n dapat lesen dah pun..

 

Nasi paling banyak pernah dihidangkan.. perh.. pecah usus besar aku nak sumbat nasi banyak ni..

dapat kad hari raya dari KDI readers.. terharu sungguh aku.

 

malam raya pertama, shopping di Jalan TAR. mak aih.. sesak oi.. serius aku dah xnak g.

Balik kampung JB… penuh dgn gajet.. hehe..

 

Raya tahun ni paling meriah n happy.. balik satu family ke kampung. best gler.

 

Tripple cheese.. udah ler.. menambah kegemukan. aku nak jadi hantu buah pulak… kekeke.. bleh ker..

Best birthday in My life! Hari Jadi + Hari raya!

Autoshow at Shah Alam..

Dum! Dum! Dum! best gler bunyi .. tapi sayangnye aku dah bawak keluar 2 speaker tu ltak dalam stor.. haha.. buat semak bonet aku je.

 

Masuk magazine. dgn team prosboc.

 

SABAH TRIP REPORT : KL-KK-TAWAU-KK-KL

31July2010-02August2010, Trip jalan2 cari pasal aku kat Sabah. KL- Kota Kinabalu – Tawau – Kota Kinabalu – KL. Urm.. report ringkas dgn gambar2 best kat sana.

Gambar atas:  Ini lah yang aku kagum. Langit kat sabah unik sikit. langit die biru. lepas tu aku nampak ada macam ring of moisture keliling matahari masa tengah ahri tu. bukan effect camera ok.. ring tu membentuk pelangi cam kat atas. lawa kan?

4 flight. B737 + ATR72 + A330

1st day, jalan sakan kat Kota Kinabalu. Aku amik tket rebate MAS sampai kul 11 camtu terus check in Hotel. Kuar jalan2 non stop habis satu bandar KK aku merayap. penat giler kaki wa.. ar… kat atas gmbar waterfront.

KK plaza.. depan je pasar philipine. aku leh x perasan tu pasar philipine. main jalan jer.. haha

Shopping mall baru.. Suria sabah.. ada GSC tu.. dah maju sabah ni.. hek2..

Selepas kepenatan merayap, lepak tido jap. bersedia untuk merayap malam2 lak.. keh2..

 

Jalan area Pasar dkat Jln kampung Air. Macam biasa ar.. aku cari magnet peti ais tu kalo gi mane2.. buat koleksi kat peti ais umah aku.

Selera kampung air.. xleh nak makan seyh.. macam x halal je sume restoran malam tu. ade muslim punye restaurant pn macam penuh je.. last2 aku makan kfc jer.. haiya…

 

 

On the way ke kfc.. tgk ade minah ni memang nak secure gler ar naik motor.. pakai full suit tu.. siap jaket keselamatan, knee pad.. fuh! suspect wa!

Welcome to KK! yeah.. malam ni aku saje jalan kat waterfront tgk kehidupan malam kat sana. banyak pub je area situ..

Agak meriah kat tepi pantai

Melepak ngan sorang minah philipine jap. Die sbnarnya waitress kat pub. Tibe2 datang sapa aku. Aku pn layan je cerita die.. Namanya Niki. Baru datang Sabah 2 bulan. Sebab nk cari kerja bagus. tup2 dapat keja tu. kesian.. umur sama 24 ngan aku. bleh tahan gak lawa org philipine ni.. speaking english. byk agi cerita best die ni. tp malas ar nak menaip.. haha..

Tempat makan muslim style chinese food.

Esoknya aku merayau di Tanjung Aru. melepak tepi pantai pagi2.. menenangkan sungguh!

Makan? ni yg aku rasa special sket. Air teh madras die pn agak best. Nasi goreng siam. haha.. jauh tol nasi gorang die sampai.

        

Lepaking tepi pantai sambil main kamera aku..

 

Shot paling best kat KK. Amacam? kreatif x aku? ngeh3..

Nampak x? ade bot tarik orang pakai parachute? Ala.. xkan xnampak kot.. ha.. yela aku zoom la jap..

    

Ha nampak kan. bleh tahan gak kamera murah aku ni bleh zoom jauh camtu. puas gak aku main skodeng2. hek2..

      

Lepas tu aku mempergerakkan diri aku ini ke airport utk berjumpe cik CT di Tawau.. One of KDI readers.. =) Gambar atas di airport Qey Qey (KK)

Ya! die yang jatuhkan kacang atas kepala aku.. Mangkuk maggie betul! hu2.. Yang sebelah kanan sekali tu namanya Susanie.. atau dalam bahasa melayunye “Susah ni..” Selamba dog je die jatuhkan kacang. taulah aku suke kacang. dsebabkan itu, aku pn kaco diorang buat keje.. kakaka.. tp malangnya flight ke tawau 45 minit je guna 737-400. lepas land, aku dok borak2 ngan diorang kat belakang jap. ok jgak ar dorang ni.. xdela sombong sangat. walau die tau aku staff MAS jgak.

Vortices induced due to lower pressure above airfoil.. air swirling effect. yeah! aplikasi pembelajaran. landing config 737.  yux! =p

Sesampainya di Tawau, Cik CT menjemput aku.. bawak jln2.. sgt sporting orgnye.. =) Ni pemandangan kat Tawau.. Cantik gak.. hijau jer..

      

Melantak Tomyam Seafood dekat bandar tawau. Tomyam die sedap. yang pentingnya.. die BESAR PUNYER! gile besar mangkuk die.. makan sorang lak tu. aku mati2 ingat die pakai mangkuk kecik jer.. huh. penat menghirup!

Welcome to Tawau..

Masa melepak kat Airport tawau.. tgk sekumpulan technician/engineer Air Asia pakai overall merah striking. Erh.. sakit mata wa..! xde kaler lain ke? adeyh..

Gi Tawau hari ahad 1hb Ogos tu kul 1. Balik KK balik kul845 malam tu jgak.. hihi. 1st time naik Maswing ATR 72-500 plak. Kapal baru MAS tu. Agak best gak naik Turbo Prop ni.xde lah seperti yg aku sangka bunyi die xdela kuat sangat. Dok dalam pn selesa je.. 

Cuma yang aku rasa paling kelakar, orang yg buat video safety ATR Maswing tu.. Sengal habis. Ayat yang paling kelakar die: “Kami tahu anda saaaaaangat sayangkan telefon bimbit anda!”

Perlu ke cakap macam tu? sengal.. hu2.. lepas tu ada lagi : “Sila tanggalkan kasut tumit tinggi anda walaupun ianyan MAHAL” kakaka

Lain kali siapa yg naik ATR ni kena record. kalakar dowh.. 

 

Hari Isnin… Aku decide nak tangguhakn flight aku ke petang. Aku bertekad nak jugak pergi kaki gunung Kinabalu.. x kira!

On the way ke Kinabalu Park. Depan tu Shopping Mall terbesar Sabah.

 

Kinabalu Park Complex.. Sejuk woo… dah la hujan.. menyesal aku x bawak payung.. hu..

Udara kat sini sangatla nyamannyer! dgn kehijauan alam.. cewah… memang rasa peace gler ar.

Aku bukannye pencinta alam (macam tajuk lagu lak)

Tapi best gak amik gambar2 camni..

Sungai.. rasa nak minum je air die!

Jalan agi bang.. penat ker.. panjat sana sini.. aku abihkan masa 2 jam jalan kat kinabalu park tu.

 

          

Kinabalu park. Aku x sempat snap gambar gunung kinabalu ar.. aku perasan masa bangun tido on da way nak gi park die.. x smpat snap. sampai atas dah berkabus. masa balik pn xnampak sebab hujan lebat.

On da way balik, Kak Shidah DCA call aku!!!! dah la aku tgh mamai baru bangun tido sepanjang perjalanan dkat 2 jam ke bandar KK. “Ni Mohd Shufiarif yer.. Ni kak Shidah dari DCA ni. Oral Exam Aeroplane 2 minggu depan yer.. 11 August 2010 pukul 10 pagi yer.. Ulang balik apa akak cakap?”

Waa!!! aku dah xde perasaan dah masa tu.. dok pk nak balik cepat je.. terus ke hotel, pack2 n terus cabut ke airport KK.

Balik aku naik Airbus A330.

Bye2 Sabah..! Semoga berjumpa lagi! =)

SURABAYA TRIP – CAPTURING FANTASY SCENERY AT BROMO VOLCANO

Trip Surabaya 30 Jan 2010 – 2 Feb 2010, aku bawak mak n papa just 2 minggu lepas balik dari Istanbul. Pergi ngan Aizat skali lepas kena racun.. haha.. Flight 737 agak membosankan. perjalanan 2 jam 40 minit ke Bandar Surabaya Indonesia. Apa yang menarik, Gunung Berapi Bromo berdekatan Surabaya yang memberikan pemandangan yang paling best pernah aku tgk dlm hidup aku! Volcano tu menjadi penyelamat kebosanan aku di Bandar Surabaya yang hampas dan membosankan. Nak cari souvenir pon susah kat Surabaya. Kalo korang nak gi Surabaya, direct je gi Bromo Volcano pon xpe. Lepas tu balik. haha. 

 

 

Macam fantasi.. Boleh buat lokasi filem ni.. memang cantik. Gunung Bromo ni kalo x silap gunung paling tinggi di Indonesia. Lebih 3000 meter. Kitorang pergi ke sana dari Surabaya pukul 12 tgh malam naik Unser dgn drebar sorang ke tengah gunung bromo sampai dalam pukul 3 pagi. Lepas tu kena naik jeep 4wd selama sejam off road memang best giler sampai puncak tempat viewpoint Gunung Bromo pukul 4 pagi. Seeejuukk… giler… suhu dalam 5 degree camtu. Lagi sejuk dari Istanbul hari tu. memang kena sewa jacket. Boleh nampak bandar Surabaya dari atas Gunung tu. Kira kitorang berada di aras awan. Tinggi gak. 

  

Melawat “Kebun Binatang” aka Zoo yang mana terbesar di Asia Tenggara. Jakun first time tgk kangaroo.. hik2. 

 

Makan ori Nasi padang. Camni la banyaknye nasi padang punye lauk. Kira kalau kita usik satu lauk, baru die caj. Kalo x, die x kira. Total makan 5 orang dalam RM35 jer.. Sorang dlm RM7 sekali air ler.. murah kan? hu2 

 

Best moment. Capturing with most beautiful sunrise in my life! Sunrise dari tempat view point Gunung Bromo! Shanteekk bangat seyh! 

 

Jakun lagi. 1st time masuk kapal selam. Ni kapal selam dah jadi museum sebab Indon dah x guna. Kira kapal selam model lama la ni. Panjang gak ar dalam dier.. 

 

The active Volcano.. Bromo.. Nak pergi tengok kawah die pon bleyh.. kena naik kuda pergi balik RM36 jer.. tapi aku x sempat tgk kawah die.. nk kena balik awal.. hu.. 

  

Membeli belah barang kulit di Tanggul Angin. memang murah sangat. Barang2 kulit die ori.. tapi murah. 

 

Melawat Lumpur iaitu sebuah perkampungan yang ditenggelami oleh Lumpur panas hasil dari letupan besar paip gas bawah tanah. Sampai sekarang Lumpur tu masih panas. Korang bleh nampak ada asap dekat tengah tu, masih ada pancutan lumpur panas dari situ. Memang menakjubkan. 

 

Makan paling best. Dengan Jus pure avocado tambah coklat.. yummy2.. pekat giler.. Murah jer.. dalam RM2.50 segelas besar x ingat. minum tu je dah kenyang. Selain dari avocado, capuchino dier pon sedap giler. Yang tu makan Lontong malang. Sedap gaks. Kat Surabaya agak susah nak cari restoran yang selera nak makan sebab macam jual kat kedai2 yang kecik n x bersih. yang kedai dkat ngan hotel arjuna kitorang je yang sedap n selera nak makan. murah plak tuh. 

1st day:
 
1110 airport – Naik teksi vios ke Sidoarjo – Cari hotel di Widodaren – Check in Arjuna 1pm – gi Ampel – Makan Gulai Kambing – 1230 sweet night.. zzz
 
2nd day:
 
730am ke kebun binatang surabaya – Tunjungan Plaza – A&W – Lumpur – Tanggul Angin – Sampoerna – Melantak 2 pinggan mee! Mee Pangsit + Mee Bakso Malang! haha
 
3rd day:
 
9am ke JMP – balik hotel – kapal selam – Surabaya Plaza – Makan Toni Jacks Indonesia
 
4th day:
 
12am ke Gunung Bromo – 3 am ke viewpoint Bromo – 6am lautan Pasir Bromo – Makan Nasi padang – 2pm airport
 
Total habis lagi banyak dari aku gi Istanbul, hu2..

Klik untuk tengok banyak gambar2 best n fantasi lagi.. >>> 

Continue reading

My Istanbul Part 3 + Videos

 Yang part 3 ni sekali dengan koleksi video best2 masa dekat istanbul. banyak gak kerja giler kitorang buat.. hik2..  

PART 1:

http://shufi.webd.biz/2010/01/18/my-great-istanbul-trip-crossing-continents-europe-asia/

PART 2:

http://shufi.webd.biz/2010/02/15/my-istanbul-crossing-continents-part-2/

From tram station. Bleh nampak Sultanahmet Mosque

 

Cantik2 lantern ni.. rasa nak amik sume tapi bajet xdak.. mahal giler benda ni. nak bawak balik msia pun leceh gaks.

Istanbul masa hujan.. Sejuk dowh.. Jangan lari laju2! hahaha

On da way melantak dengan rakusnya.. aku habis 30 Lira sekali makan malam last nih. duit byk agi xtau nak watpe.. makan jela…!

Ni sayur2 yang segar.. aku makan tomato siot kat sana! cam x caye! tomato kat istanbul memang sedap. kat msia je yang menggelikan.. ekk…

Hah. makan gak nasi kat sana.. yummy2.. yang ni sedap..

mari melantak! masa ni hujan.. sekali tumpang berteduh ler..

Benda paling manis pernah aku makan! turkish delight! GILA! Adi sampai xberani nak makan. Sekali makan gula naik sampai kepala! dalam tu penuh gula. Bawah die ada madu agi! huh.manisest in the world. hu2

Klik untuk tengok banyak gambar2 best lagi sekali dgn video ma.. >>> 

Continue reading

MY ISTANBUL CROSSING CONTINENTS PART 2

Setelah lama akhirnya aku decide nak upload part 2 Istanbul trip.
 
Short info itenary Istanbul trip:
1st day – hotel, round2, hagia sofya, 730 zzz
2nd day – topkapi, grand bazaar, CROSSING EURO-ASIA Bosphorus Sea, 1st kebab, 8 zzz
3rd day – Galata Tower, Taksim Square, Dolmabahce Palace, Lepak2 malam, 10 zzz
4th day – beg, tasbih, ayam golek, universiti Istanbul, Masjid Suleyman, Spice Market, Eminonu, makan roti pita & set kebab, belasah jus delima
5th day – Masuk topkapi palace, ayasofya, borong tshirt, melantak 30Lira
6th day – Borong Lantern, souvenir, Airport, 340pm fly, 740am at KL, 10am home!

 Yang part 3 ni sekali dengan koleksi video best2 masa dekat istanbul. banyak gak kerja giler kitorang buat.. hik2..  

PART 1:

http://shufi.webd.biz/2010/01/18/my-great-istanbul-trip-crossing-continents-europe-asia/

PART 3:

http://shufi.webd.biz/2010/02/15/my-istanbul-part-3-videos/

 
Melantak! daging kebab! boleh tahan gaks!
 
 
Jalan2 kecil yang cantik.
 
 
Kucing gemok! jadi mangsa kegilaan kitorang.. hehe
 
 
The matrix : episode 9 : “Jangan Bagi Kereta Lalu”
 
 
CSI : Episode 13 : “Kalau Berani Jalanlah! Aku Ade Pistol!”
 
 
Lokasi penggambaran : Terowong tempat tinggal kucing gemok
 
 
The making : “Kau ingat jalan ni bapak ko punye?” hi2..
 
 
Sepanjang jalan di belakang Sultanahmet.
 
 
Oh Lantern.. cantik2 sumer..
 
 
Aku ade beli 2 letak kat umah. tapi x sambung lampu ar.. Mak aku telangkupkan kat atas meja.. wakaka
 
 
Bargain! Ni pon belasah jugak. dah bargain 1st time x berjaya semalam. hari ni terpaksa beli gak kat org tuh.. kui2..
 
 
Salam perantauan dari kami pelajar Universiti Istanbul Fakulti Urut Mengurut sesi 09-10. Selamat tahun baru cina kami ucapkan.. ahaks!
  

          

Waktu solat dan suhu di sana pada pukul 12 tgh hari.            

 
Klik untuk tengok banyak gambar2 best lagi ma.. >>> 

AN-TERA + PANDOO OOJEE KI-A FOR-TE & TOY-OTA ALT-IS & VI-OS TR-D

  Huh. saje je nyusahkan orang baca tajuk tu. he2.. kalo korang perasan, aku dah bertukar ke warna biru tahun ni sempena azam baru aku. KDI pun dah berwarna biru bannernya dari oren. So transformasi besar2an akan berlaku dalam hidup aku. BIRU adalah warnaku.. yeah! =) Agi satu, aku dah lama dah disable search engine dari crawl web aku ni. sebab nak member2 je yg bleh baca. yang dari search engine xleh read sebab x jumpe. ni tengah pk balik nak on balik ke tak.. hurm.. aku malas orang tau aku ni KDI sebenarnye.. xnak la famous sangat rimas aku. wakaka.. so better aku keep this web private je.

 

 Semalam ahad 24 january 2010 aku memandoo oojee for-te, al-tis & vi-os sekali agi sebab aku nak duk belakang. For-te aku test 2 round, aizat test 2 round. kira puas la hari ni 3 kereta kitorang test utk review nanti. nantikan review kitorang dkat kdi okey.

tengah memecut guna shiftronic. tapi alt-is ni mahal je lebey.. for-te lagi berbaloi.. serius! the best kereta bawah seratus ribu.

 

Vi-os.. nothing to impress.. if my cikmok upgraded to cps 1.6 soon, hmm.. this car surely not the contender.

 

For-te.. speechless.. pickup best, selesa, so many function and i think its really worth for money.

 

aku, aizat n azib nak start melenjan. corner uturn belasah 80kmh dgn yakinnya. haha

lepas tu kitorang rushing gi kelab gathering ant-era motors-pots di PJ tu yang dok lane kanan kat federal tu sampai kantoi ngan Ray.. haha.. KDI dijemput bersama wartawan lain dari NSTP dan Berita Harian utk buat liputan gathering besar diorang. lebih kurang 30 biji kereta mahal2 termasuk skyline, fairlady, celica, BMW M5 Lumma design, Merce CLS AMG yg harganya half million.

 

Tapi geng2 kelab banyak layan kitorang sebab dorang tau sume car akan kluar kat KDI. So sorang2 aku interview sambil amik gambar. aizat tlg catat details. thanks a lot bro! =)

 

Mod setakat RM50k – 100k tu kira standard la.. bapak kayala hangpa ni.. hu2..

dahsyat2.. best gler la buat kejer ni tapi penat gler.. panas2.. kitorang photoshoot dalam dekat 3 jam. lepas tu nak kasi lega gi la makan MCD, tgk wayang n main bowling.. haha.. best gler arini.. jalan sakan. 

wow… ooohh… posing agi sikit… hek2.. =p

ehem2.. kasi la aku bergaya sikit dalam merce CLS ni kan.. baru beli tu beb.. panas agi tu.. hu2..

Hmm.. aku nak kena update agi banyak lagi pasal trip ke istanbul aku hari tu. nak kena setel minggu ni jgak. sebab sabtu ni aku akan bertolak ke Surabaya Indonesia pulak nak bawak mak aku jalan2.. Yeah!!!

SURABAYA!!! WAIT FOR ME!!! hik2..

x sabarnya nak tgk gunung berapi.. bom! bom!

hmm.. ni pun aku dah meletup ni sebenarnya.. ada masalah sikit kat KDI tapi aku rasa aku baru setelkan sume. hope it’ll be ok..

bulan depan ada lagi photoshoot bdak2 kelab ro-zar plak yang jemput aku. wah3… makin sibuk la pakcik. byk tol enjoy lepas DCA nih.. yahoo!!!

arh!!! update lagi at 339am.. aku x tido lagi nak setelkan prob yg masih ada.. luckily support datakl sungguh bagus and just left the last message coz xnak disturb them now. maybe tomorrow aku sambung lagi. and ni last message diorang:

MY GREAT ISTANBUL TRIP : CROSSING CONTINENTS EUROPE-ASIA PART 1

Trip ke istanbul boleh dikatakan sungguh menarik tapi x seindah memori di cape town tahun 2008. Tapi istanbul turkey juga ada memorinya tersendiri. menjelajah ke bahagian eropah turkey, istanbul, kami berempat (aku, naam, afiq n adi) memberanikan diri berbekalkan bajet sikit yang aku bawak iaitu 3 keping seratus euro dan 75 euro lagi menjadikan total rm1800, aku hanya guna 800 shaje! aku bawak balik lagi 2 keping seratus euro tu setelah 6 hari 5 malam berada di bumi turkey. sungguh bajet kan? tu pun kitorang belanja sakan kat sana shopping. kalo x shopping, memang dalam RM 400 je utk seminggu tu. flight kitorang bayar RM133 jer.. jangan jelous.. wakaka..

 6 january, pukul 1 pagi di KLIA, kami berempat terus berlepas dgn menaiki boeing 777-200 MH 030 dari KL ke Istanbul turkey. jarak dalam 8750km dengan kelajuan 850kmh-900kmh, hampir dengan kelajuan bunyi penerbangan mengambil masa selama 11jam. naik 777 memang best n selesa. cuma aku x minat humidity setting dalam kapal tu sebab pilot adjust agak low. so aku nyer bibir masa balik tu kering n agak suffer.

 sebelah aku ade seat kosong. flight seat configuration 2-5-2. so kitorang dok sebaris kat tengah. adi berjaya mengepau stewardess tu dgn hasil yang x diduga banyaknya.. aku rasa ni hasil pow in flight paling berjaya dalam dunia dan sejarah dunia telah pun tercipta. haha.. syabas bro adi kerana berjaya.,. tengok tu ada 3 bungkus. nanti aku tunjuk detail hasilnyer ape..

 sesampai di sana, kitorang naik train dalam setengah jam dgn harga 3 TL turkish lira lebey kurang rm6.90 ke bandar istanbul Sultanahmet dari airport atarturk. kitorang agak blur2 nak pegi mana sebab main gamble je sampai sana. terus decide gi sultanahmet cari hostel. masa lepak tepi train station, ade sorang mamat turkey ni approach kitorang. aku mula2 menolak. rupe2nye die baik orangnye. offer budget hostel semurah 20 lira sehari untuk sorang dalam RM46 sehari. so total utk accommodation 6 hari 5 malam baru dalam rm230.. gambar atas masa kitorang sarapan kat “TEREZ”! haha.. susah cakap ngan owner hotel yang xtau english nih. yang mula2 aku ngan naam ingat terez tu sarapan! rupenye TEREZ tu tingkat atas! so naam hilang wang pertaruhan 20 lira! haha.. hostel kitorang satu bilik 4 orang memang dekat ngan pantai. pemandangan dari atas nampak laut dekat jer.

 lepas makan kat TEREZ, kitorang jalan gi masjid sultanahmet. on da way jumper pasar… masa tu lepas zuhur dalam kul 1230.

 itu aku.. I @ Istanbul.. di masjid biru yang terkenal, sultanahmet! seni bina yang cantik! i like! =)

lepas puas bergambar di sultanahmet, kitorang meng hu ha merata2 utk jalan2 usha ape benda bleh buat. penat gak berjalan satu hari. gambar atas grand bazaar yang besar. tapi x beli pape sebab cam mahal. kitorang prefer shopping kat tepi jalan jer.

 yeah.. perah lagi bang.. just delima n oren. yummy2..

 erk!?? ade nama aku kat situ? “suphi” n “arif” uih.. makam sape ni kitorang xtau.. main terjah je

 ni la turkish desert shop yang menggiurkan.. lepas makan sebijik ape rase die.. nanti la aku cerita lagi..

 hagia sophia museum. macam masjid gak. betul2 depan masjid biru

 masjid biru di malam hari. shantek nyer…

 singgah solat di masjid biru. dalam die mak aih.. kat sana kalo masjid dekat2 je.. jalan sikit masjid. bukan kecik2, sume main kubah besar2 macam nih. dalam memang lawa gler. ada cam design dalam raudhah masjid nabawi. aku kagum gler ngan kubah die.

 balik awal kul 730 malam dah tido. sebab kul 5 dah gelap seyh… sebelum tidur 1st day, aku belek duit turkey kat atas tuh.

 amik gambor makanan yang telah di pau.. sebungkus ferrero rocher, sebungkus butter n jam, sebungkus besar kacang memang lebih dari cukup untuk seminggu makan ler! siap naam tambah agi 2 kotak jus masa nak kuar dari flight tu. sungguh kejam kitorang pow steward n stewardess. cakap staff mas je terus dapat berlambak.. walauwey.. best gler weyh… hu2

Klik untuk tengok banyak gambar2 best lagi ma.. >>>