Check domain name availability, who is the owner by using customized php script easily for free

Checking domain name availability, who is the owner by using customized php script easily for free.

checkdomain.webd.biz

domain name availability script

Saya baru lepas edit satu skrip php yang membolehkan anda memeriksa kekosongan nama domain ataupun domain name ataupun web address yang ingin anda beli. Setakat ni saya lihat skrip itu adalah yang terbaik dan paling mudah untuk anda melihat kesemua domain TLD seperti .com, .net, .biz, .org, .name, .us dan .info hanya dengan sekali klik!

Bukan itu sahaja, anda boleh melihat siapakah empunya domain name tersebut dengan klik pada butang “whois”. Maklumat terperinci mengenai tuan punya nama domain akan terpapar pada skrin anda. Jika anda nak sangat domain tu, anda bolehlah hubungi tuan domain tu.. Tapi selalunya mahal la diorang jual..hu2..

Memudahkan anda mencari nama domain yang sesuai. Saya meletakkan skrip tersebut pada server US saya iaitu di bawah domain biznaz.net kerana proses yang lebih laju. Kenapa lebih laju ye? Hmm.. sebab, bila kita klik “go”, bermakna kita hanya menghantar arahan sekali sahaja walaupun server jauh dari negara kita,tapi satu arahan saja pasti tiada masalah. proses yang paling besar adalah proses mencari kekosongan tersebut di mana kebanyakan domain checker server berada di US. Jadi proses yang berlaku di sana pantas kemudian terus menghantar keputusan ke Malaysia.

Ini terbukti apabila saya mencuba server webd.biz yang berada di Cyberjaya yang lebih lambat mendapat keputusan. Hmm… Harap skrip ni dapat membantu anda mencari nama domain dengan lebih mudah. Selamat mencuba! =)

What is ping?

what is pinging?

Apa itu ping?

Ping adalah satu terms untuk blogger memberitahu beberapa laman web mengenai kemaskini yang dilakukan dalam web blogger itu sendiri.

Contohnya jika anda mempunyai web/blog, sekiranya anda menulis topik baru, maka sistem ping akan memberitahu laman web lain yang anda sudah update content laman web anda seterusnya laman web lain seperti technorati.com akan menyenaraikan post anda itu di laman web mereka.

Ping adalah sangat penting untuk memastikan yang laman web anda mendapat visitor dan tersenarai dalam enjin carian.

Ping boleh dilakukan secara automatik dan manual.

Jika secara automatik, wordpress (best blog script) mempunyai Continue reading

Bagaimana / how to backup wordpress dan reinstall to another server.

Baiklah, saya nak sambung cerita mengenai bagaimana / how to backup wordpress dan reinstall to another server.

Pada mulanya saya pun pening juga tapi boleh je buat.. He2.. Pertama sekali, anda perlu ada ftp manager. Download free ftp manager dan install. Kemudian, masukkan user, password dan web address. Pergi ke laman wordpress anda contohnya jika anda install dalam www, copy semua file dengan drag semua file ke dalam folder dalam PC anda. Tunggu sehingga habis backup semua file. Sementara menunggu, sila ke cpanel anda selalunya beralamat webanda.com/cpanel. Masukkan user dan password spt biasa. Pergi ke bahagian PHP My Admin. Cari table untuk wordpress anda. Selalunya bernama Anda_wrdp1. Klik tab export. Export data anda terus dalam bentuk sql. Selepas itu, akan keluar skrip panjang mengenai database anda. Copy dan save. Kemudian masuk ke server baru anda dan upload semua file yang dah anda download habis tadi dalam server baru tersebut. Sementara itu, pergi ke mysql server baru dan setup database baru anda. Ingat username dan password ye..

php my admin dan fantastico for wordpress

Kemudian pergi ke bahagian PHP My Admin server baru dan klik tab sql. paste kan skrip database panjang yang anda copy tadi dan klik run. Siap proses database creation. Sekarang tinggal anda nak connect database to wordpress sahaja. dalam file wordpress anda ada file wp-config.php. Buka file tersebut dan edit bahagian user dan password database anda yang saya suruh ingat tadi. kemudian sila ke anda.com/wp-admin/install.php. Proses connection to database akan berlaku. Jika tiada masalah maklumat database dalam wp-config tadi, maka laman anda berjaya dipindahkan. Ha..senang jer.. Kalau ada apa2 nak tanya, silalah coretkan di ruangan komen. =)

Setting Wildcarded DNS

Jeng3.. Akhirnya saya berjaya setting wildcarded DNS.. Walaupun mulanya jahil. Sebenarnya senang je.. cuma jarang orang buat benda ni tu yang susah nk cari info. Tak penting pun untuk web biasa. Cuma saya nak buat satu projek subdomain system tu yang kena ada wildcarded DNS tuh..

Ikut cara mudah saya:

  • Beli domain name spt “anda.com”
  • Beli sekali dengan Managed DNS Service dari domain provider tu
  • Dia akan bagi akaun untuk login. Masuk ke bahagian Manage DNS
  • Ikut Instruction dari domain provider tu dulu
  • Kemudian baru pergi ke “A Record” di Manage DNS
  • Add new A record
  • Untuk Normal domain, box 1 (biar kosong), box 2 (letak ip address hosting anda spt 203.168.176.23), box 3(14444) dan add record
  • Untuk wildcarded DNS, box1 (*), box 2 (letak ip address hosting anda spt 203.168.176.23), box 3(14444) dan add record
  • Tara! anda boleh create subdomain sesuka hati dan boleh buat servis free subdomain macam cjb.net dll

Renung2kan.. dan selamat beramal! =)

Mylisis listed on google faster than yahoo

google_mylisis_1st.JPG

Mylisis listed on google faster than yahoo

Projek baru Webd Biz Solution, Mylisis berjaya disenaraikan dalam masa tak sampai 4 hari!!! Selalunya penyenaraian web mengambil masa lebih kurang 2 minggu ke 2 bulan! Alhamdulillah.. Experiment dan teori tentang Search Engine optimization saya telah terbukti berkesan. Termasuk banyak web saya semua berada pada top ten list dalam search engine. SEO ni sangat penting utk kita mudah dijumpai di dalam internet.

Untuk pengetahuan, projek mylisis adalah projek perintis yang akan mengubah trend penggunaan internet di kalangan rakyat Malaysia. Dalam jangka masa 2 tahun, rakyat malaysia akan menjadikan internet sebagai medium informasi,pasaran dan transaksi jual beli paling utama. Oleh itu, semua syarikat, organisasi dan individu perlu bersedia menghadapi anjakan paradigma ini dengan mula bersaing mendapat tempat dalam enjin carian dan pemasaran internet. Makin lambat anda mulakan, makin ketinggalan lah anda.

InsyaAllah projek ini akan siap sepenuhnya dalam masa seminggu.

Bersedialah bersaing dalam dunia digital!

Protect images from being copied from your web site

Mengelak dari right click atau copy gambar dari laman web anda.

Berikut adalah maklumat mengenai bagaimana anda boleh mengelakkan pelawat dari mencuri gambar dari web anda. Walaupun sebenarnya hampir mustahil untuk anda mengelakkan aktiviti tersebut kerana pelawat masih boleh menggunakan option print screen dan banyak lagi. Tapi anda boleh cuba cadangan saya ini untuk melambatkan proses tersebut.

Anda boleh menjadikan file gambar anda dalam bentuk *.swf iaitu file flash dengan cara menggunakan perisisan macromedia flash dan display file tersebut dalam web anda.

Gunakan software html protector untuk protect dari aktiviti right click pada web anda. Sila search “download HTML protector” di yahoo dan download software tersebut.

Selain itu, ada lagi tips lain di bawah.Sila baca dan selamat mencuba.

Continue reading

Ebook Search Engine Optimisation Percuma Untuk warga tipscyber!

Saya ada terjumpa satu ebook yang sangat bagus mengenai SEO (Search Engine Optimisation). Ebook ni menerangkan secara ringkas dan mudah. Sila download di http://shufi.webd.biz/easyseo.pdf .Antara topik dalam ebook tersebut adalah:

Chapter 1
“Optimize The Wrong Keywords And You’ll Likely Never See Results …”
Chapter 2
“How Changing One Single Onpage Optimization Factor Can Boost
Your Rankings By Over 350 Positions!”
Chapter 3
“The Secret To Getting Listed In Google In Under 24 Hours – Guaranteed!”
Chapter 4
“How To Skyrocket Your Website To The Top Of Google With
Properly Planned Offpage Optimization!”
Chapter 5 Continue reading

Pentingkah Search Engine Optimization (SEO) ?

Tahukah anda bahawa untuk mendapatkan ranking dalam page pertama search engine menggunakan satu teknik khas yang dipanggil SEO(Search Engine Optimization)?

webd on first page

Ia berfungsi apabila seorang surfer/visitor mencari sesuatu di dalam search engine, keyword yang berpadanan dengan carian yang dilakukan akan keluar pada page pertama.Kerana itulah page pertama hasil carian adalah laman yang terbaik.

Continue reading